kenalan tauke blog ini

Saturday 18 January 2014

suamikuh suamimu baca ini

Assalamualaikum

ni entry y aQ copy paste plus edit siket2  ,,aQ ghase cam berguna je bagi kaum laki y bekal bakal jadik suami or dah jadik suami  ,,

dah la merepek  , jum baca and amalkan , bagitahu kat pakcik2, adik2 laki, kawan2 laki, jiran2 laki sekali  ,, hamoi2  . hahaha


Rasulullah SAW sangat mencintai dan lembut pada isteri-isterinya. Berikut adalah contoh sikap luar biasa baginda yang harus diteladani oleh setiap suami:

1. Rasulullah SAW tidak pernah menyusahkan isterinya. 

Jika pakaiannya koyak, Rasulullah SAW menampalnya sendiri tanpa menyuruh isterinya.

Rasulullah SAW selalu bertanggung jawab mencari nafkah untuk keluarganya. Contoh: Rasulullah SAW memerah sendiri susu kambing untuk keperluan keluarga maupun untuk dijual.

2. Rasulullah SAW tidak segan membantu isterinya di dapur.

Contoh: Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak untuk dimakan, sambil tersenyum Rasulullah SAW menyingsingkan lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.

Rasulullah SAW sering memanggil isterinya dengan panggilan mesra. Contoh: Aisyah r.a. dipanggil dengan panggilan Khumaira (yang kemerah-merahan) oleh beliau.

3. Rasulullah SAW tidak pernah mendesak isterinya menyediakan makanan.

Contoh: suatu ketika, Rasulullah SAW pulang pada waktu pagi. Beliau pasti sangat lapar saat itu. Tetapi dilihatnya tidak ada apapun untuk sarapan, bahkan yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka baginda bertanya, “Belum ada sarapan ya Khumaira?”

Aisyah menjawab dengan agak serba salah, “Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.”

Rasulullah SAW lantas berkata, “Jika begitu aku puasa saja hari ini.” tanpa sedikit pun tergambar raut kesal di muka beliau.

4. Rasulullah SAW sangat marah ketika melihat seorang suami sedang memukul isterinya. 

Contoh: suatu saat beliau melihat seseorang memukul isterinya. Baginda menegur, “Mengapa engkau memukul isterimu?”

Orang itu menjawab, “Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap berdegil juga, jadi aku pukul dia.”

Rasulullah SAW berkata lagi, “Aku tidak menanyakan alasanmu, aku bertanya mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu dari anak-anakmu?”

5. Rasulullah SAW tetap lembut dan santun kepada isteri. 

Rasulullah selalu memperlakukan isterinya sangat istimewa sekalipun baginda adalah pemimpin umat Islam tertinggi, bahkan saat itu adalah pemimpin terbesar di dunia.


haaa,, apa lagik kaum adam hidupkan sunnah Rasulullah nie  ,,bukan tawen 2,3,4 jep taw sunnah  . ini pom dikire hidupkan sunnah  .tapi  ,,tapi ,,pastikan anda nikah dulu la yep  , baru apply kan cara2 tuh .

wat lex wat pis