kenalan tauke blog ini

Monday 7 November 2011

gemuk kurus gemuk kurus

assalamualaikum

hari ini sangat sangat penat. keluar rumah dalam pukul 11pagi then balik 5 petang. keluar lagi petang tu balik rumah 645petang. tired ! dah la jam, drive pulak manual. hadoyai...haru.........

tapi...tapi.. tu bukan perkara yang nak dibicarakan...

ni aQ nak bagitahu tadi pergi wedding kawan aQ so jumpa la dengan kawan kawan yang lama jugak. diorang cakap aQ kurus dari sebelom neh. dolu pipi tembam teramat sekarang kurenzz tapi yang penting body aQ ah kurus sikit.

aQ pom plek kenapa orang bole perasan aQ kurus sebabnya aQ selalu supper. nasi ? for sure hari hari. dalam 2kali sehari, kadang kadang 3kali. tak bole hidup aQ tak makan nasi. memang tak bole jadi mek saleh aQ neh.

aQ tak tahu ar diorang cakap tu sekadar suka suki or betol betol tapi semalam pom kazen aQ cakap aQ nampak makin kurus . aQ neh kalo orang cakap aQ gemuk pom aQ tak terasa serious isu gemuk kurus neh aQ sikit pom tak sensitif. kalo laki tegur aQ gemuk macam doraemon pom. lantak ah. tak bagi apa apa effect pom padaku. bahaha.

perasaan gembira tu ada tapi lebih kepada nak tergelak kalo orang cakap makin kurus. sebab aQ compare kan dengan cara pemakanan aQ tuh, cam impossible plak nak makin kurus.

owhh ya terlupa mungkin sebab aQ jaga anak anak buah aQ kot. ke situ ke sini, buat itu and buat ini. and aQ jugak tak makan sangat junk food. orang cakap junk food neh lagi gemuk , actually.

sebenarnya tak elok gemuk gemuk sangat . banyak penyakit tapi tak semua yang gemuk banyak penyakit tapi probability nak dapat penyakit tu tinggi la, aQ tak cakap yang kurus neh takde penyakit, ada jep. dari segi pemakaian, orang gemuk neh susa nak cari size. complicated to be a fashionable at the same time nak tutup aurat. biasa baju lawa tak banyak size besar unless tempah.

aQ bersyukur dengan body aQ yang sekarang neh. biar pom orang cakap gemuk ke, kurus ke. alhamdulillah aQ masih sihat walafiat. tu yang penting !

oke la tido dolu. bubye :)

Sunday 6 November 2011

eidul adha

assalamualaikum

just wanna to wish happy eidul adha.
*tujuan: nak kasi hidup ini punya blog. heeeeee


oke salam sayang..muaxhhh dari budak ini....
.tak ambik gambar raya neh. sibuk melantak lembu. heeeee

oke la bubye ..:)

Saturday 29 October 2011

convocation's day

assalamualaikum

First of all thank to ALLAH, I already finished my study diploma in accountancy within the time frame. 3years ? aQ rasa tak sampai 3 taon pom ditambah pula course aQ ada practical just 3months. *eh bertukar plak bahasa. heeeee

hari ni, rasa macam terbalas apa yang belajar selama neh. tak tahu apa perasan aQ masa neh ...hahaha. tapi memang sangat sangat bersyukur takde repeat paper bagai. orang cakap course account bila masuk sem4 akan face dengan repeat paper . kat situ da mula complicated nya course neh. tapi alhamdulillah I'm not the one of them and my close friends too.

tapi tak dinafikan masuk sem4 quite complicated. actually ni psiko jep. da senior sebelom neh cakap susah plus plak tengok ramai yang repeat kita yang dengar pom ter..mind set susah. hahaha. padahal pokok pangkal nya kita. heeeeeeee

hari neh aQ pergi bertemankan family of cause! sampaikan anak buah aQ a.k.a damia pom mandi kt picc..heeeeeee. mangat ohhh.

gambar first 18sx ?..LOL





ni masa kitorang tengah tunggu turn kolej kitorang untuk naik stage. bapak ah borink..so posing posing dolu even camera are not allowed masa majlis berlangsung. ada kitorang kisah ? hahahaha . yang tengah beratur tuh tak sure ah dari kolej mana.


after da selesai majlis. kami dibenarkan duk dalam dewan selama 1jam. aQ pom mencari cari lah kelibat papa and maa. nun..jaoh disana temput duduknya. heeee. eh papaMaa sedondan lorh. :)

haaa..bunga yang sweet tuh dari papaMaa. nasib tak bagi tedy-bear. tak suka aQ dengan benda alah tuh.


jeng..jeng..now ! we are diploma holder. degree ?insya Allah.. baru aQ perasan yang aQ dikelilingi dengan teman teman dip in computer networking. i sorang je nyah dip in accountancy. heeeeee. suka sangat pic neh. credit to zati coz taken this photo. duk godek godek gambar convo jumpa la gambar neh.



keluar jep dewan kitorang terus campak campak jubah and...jadi la model tak cukop inci. *aQ je la. hek.



kitorang berposing cepat cepat sebab family kitorang dah tunggu kat bawah. so, turn untuk bergambar dengan family plak. nasib baik damia tak nangis lama menunggu. suka betol dia tengok orang ramai lalu lalang.


turun jep tangga tiba tiba dapat bodyguard. heeee..:) tak sangka kawan kuh datang. masa rehearsal si seraf datang ni si najib mudin plak yang t-shirt merah . (kasi beza dengan pm) datang . the another one member dia, aQ tak kenal. muka aQ entah pape, aQ penat sebenarnya terkejar situ sini. *penat la sangat. 


dah selesai hantar jubah bagai. tunggu plak abang aQ datang ambik. so, kitorang tunggu je la kat lobi.


taw tak..masa pergi tuh aQ tak breakfeast pom. papaMaa masuk dewan lewat sebab pergi breakfeast..camni ah tak ajak..huuuuu. actually masa tu aQ da 'berpisah' dengan papaMaa that why tak pergi breakfeast. maa la yang cakap papa tu beriya sangat nak breakfeast. bayangkan aQ dari 7.30pagi sampai 5.00petang baru jumpa nasi kat kg.baru. abang aQ bawak kitorang pergi sana. nasib baik makanan sana not bad. alah kalo bad pom aQ bedal jep, dah lapor tahap hape entah. aQ makan nasi full , licin aQ bedal. biasanya aQ mintak half jep. 

oke la. hope my future shine shine. heeee. pray for me ya !

bubye :)

Friday 28 October 2011

raptai... eh rehearsal

assalamualaikum

sebelom berlangsung apa apa majlis formal yang menjemput vvip macam aQ mesti ada raptai or rehearsal kan ? hahahaha. taw tak, aQ sebelom neh elok jep sebut nak pergi rehearsal, tapi sebab terlalu taksub dengan surat konvo itu hari in malay, of course la ditulis raptai bukan rehearsal . aQ pom asyik duk sebut raptai jep, aQ rasa macam pelik jep. hahaha. entah kenapa padahal aQ neh pencinta bahasa ibunda. *konon.

aQ pergi majlis rehearsal tuh bertemankan papa and abang aQ. aQ rasa banyak giler doit abang aQ habis. yala asyik tabur doit kat tol jep. and sepanjang kepergian kami ke rawang abang aQ lah yang bawak pergi jejalan so...mesti la banyak doit habis kan ? owhhh..terhimpit rasa bersalah. kuang kuang kengkonon bersalah.

on the way ke picc tuh, kitorang pergi breakfast kat serdang. bole tahan la nasi lemak kedai tuh, sebab dia pedas, aQ suka pedas pedas neh. abang aQ la yang bawak kan ke kedai tuh, dia taw la part mana yang best  sebab dia duk upm dolu.

aQ sampai memang lewat, masa tuh lecturer and student da sibuk distribute apa apa yang patot da. aQ cakap kat papa nak balik sendiri after rehearsal tuh, abang aQ plak cakap nanti susah la, sesat la apa kobonde entah. aQ pom oke fine nak tunggu pom tunggu la. so, diorang pergi sembahyang jumaat kat masjid putra 
jaya la.

lama tak ketemu dengan rakan rakan taulan maka ini la jadi nya. hahaha



jangkaan habis rehearsal pukul3 tapi siap awal, so aQ men'contact si kawan aQ yang pemurah (kibas sikit)  si asraf neh a.k.a seraf nak jumpa seterusnya belanja aQ, aina and zati makan. heeeeee. seraf sampai kat picc dalam 1lebih so dia rushing nak pergi jumaat so bapak ah racing drive kereta bawak kitorang pergi kedai makan. nasib baik hidup lagi aQ neh. heeeee

dia hantar kitorang kat kedai makan then after solat tuh dia datang balik . of course la kalo tidak sapa nak bayar ? habaQ mai. hahaha. takde lah sebenornye jumpa kawan tuh yang penting belanja tuh hal ke 2. *ecece. hahaha


lawo pandangan dari picc neh kan ? padahal bangunan bangunan jep. haaaaaaa


oke la aQ da malu...haahaha. 



bubye

Thursday 27 October 2011

i-city....akhirnya

assalamualaikum

selepas makan petang, aQ cakap kat akaQ aQ jum la kita pergi LCCT. aQ dah rasa dah yang aQ neh sebut benda yang salah. but she got what I mean. heeeee. mind reader agaknya. after tuh, aQ tergelak,apa ke songeknye nak pergi LCCT. bukannya nak terbang ke mana pom. huuuuuuuuuu

dalam pukul 9malam macam tu ah kitorang gerak pergi i-city dari rawang. abang aQ yang bawak bukan akaQ aQ, katenyer nak tanda kertas. so, papa and dia kat rumah, baby damia pom tak bawak sekali. papa tak larat sebab tadi siang teman aQ pergi masjid india. yang pergi maa, adik, abang aQ 2 orang. kalo ikotkan maa pom penat tapi terpaksa sebab kami duk berajak jugak pergi. heeeeeee. bole tahan jaoh dari rawang, banyak betol tabur doit kat tol. 

dalam 45minit jugak ah baru sampai. sampai je tempat tuh terus ingat kat zara. kalo bawak dia memang happening gler ah. dia mesti suka tempat tempat macam gini.

oke jum la menyentap tengok gambar kitorang pergi situ

eh ni masa nak pergi tak sampai lagi. sambil sambil 'test power' camera  ambik gambar dalam
gelap..heeeeee

oke yang bawah neh da sampai situ

see...betapa penatnya muka maa..huhuhu cian maa




oke daa....battery camera low. ada 1 gambar yang suam suam je lighting tuh, haa.. masa tuh la takde battery, tu pom kalo u'all notice la.

akhirnya dapat jugak pergi LCCT i-city. heeeeeeeeee

k bubye dari aQ and beruang neh. kikiki

pssttttt...notice tak ada 'couple' kat belakang aQ tuh ? wakakaka


Saturday 22 October 2011

pilihlah ustazah

assalamualaikum

rajin aQ taip entry (sambil taip lajulaju). hahaha

attention : entry berantai lagi !

something yang dad aQ usahakan adalah...

sampai jep rumah, mom cakap abang aQ da dapat kerja lain. alhamdulillah. so, kena resign la kerja yang lama sebab kerja yang baru neh lebih menjamin.

makanya aQ pom take over la kerja yang lama dia. kesian dad aQ pergi situ pergi sini nak aQ 'take over' kan kerja lama abang aQ tuh. susa jugak nak dapat kerja neh . bukan susa jugak la memang susa! dulu orang pandang pom tak kerja neh tapi sekarang berebut rebut even apply guna spm jep degree holder pom mintak taw. but compulsory kena skola agama waktu spm dolu. paham ? tapi aQ yang sodek neh apply pakai spm, orang kat ofis tu tanya belajar takat mana ? aQ cakap diploma jep, takpela tak nak guna diploma nak guna spm. gler berlagak aQ neh ! hahaha

gedek..gedek..aQ pergi la interview, punya la study (study la sangat). aQ takot yang part bahasa arab, aQ kurenzz la b.a . eww...eww. nama jep skola agama. hihihi. padahal pergi interview tuh takdop sangat pom b.a , hukum tajwid je banyak. (gelebah jugak). susa wey tanya pasal mad mad. terasa diri jahil lagi pasal agama. :(. masa nak interview account cum admin assistant itu hari aQ study pasal aCcount tapi tak sangat sebab memang aQ ambik course accontancy kan, ni da bertaon taon tinggal, maunya nak ingat ?


taw tak kerja apa yang aQ merepek repek neh ? kerja nya guru/ustazah kafa. alhamdulillah i got it even perlantikan bertempoh wow..wow..ustazah la sangat aQ neh...kesian la sapa yang jadi anak murid aQ tuh. hah..hah..

masa awal awal masuk budak konpius gak aQ neh ustazah or tidak, taw la aQ dressing tak macam ustazah tapi ati aQ ustazah bagai. hehehe. tapi merasa jugak orang panggil aQ cikgu or ustazah (cakap macam cita cita nak jadi cikgu ). hahaha. lama kelamaan aQ jadi best plak dalam bidang perguruan neh. mungkin sebab ajar kelas darjah 5 and kelas pandai, tu yang jadi syiokkkkk tuh.

da hampir 1bulan aQ kerja. masa masuk kerja hari tuh, kebetulan budak budak neh exam upkk. nak muntahhh jugak la time tanda kertas yang bertimbun timbun tuh. ni pom buku kemajuan diorang tak siap lagi and buku catatan harian pom tak complete lagi. hah..hah..



kerja aQ 3 hari je dalam 1minggu. gaji dekat dekat 1k. oke la kalo takat tu gaji, duk dengan mak bapak bole nak survive hidup. aQ ada terfikir penat 3taon belajar account alih alih kerja lain. (even sekarang still menunggu and mencari keja lain). tapi bak kate abang aQ kerja dulu apa yang dapat janji pocket masyukkkkk. hahaha. gler doit ! memang !



mengantuk sehh...sebab hari tu budak budak ramai takde pergi berkhemah kokorikulum

eh lupa nak bagitaw, aQ tak jadi la kerja kat kL tuh. happy ! sebab dapat duk dengan parent kat sini but sedih lepaskan jawatan tuh . takpe mungkin ini yang terbaik untuk aQ. aQ tak heran pom nak duk kL tuh, bagi aQ kL hanya tuk aQ enjoy enjoy tapi kalo nak 'idup lama lama' di kota macam tuh, memang aQ tak prefer kL tapi if rezeki aQ pas ni kat kL, aQ terima.

mampukah aQ 'mengikis' doit akaQ and abang aQ setelah berstatus bekerja ?


oke la sekian !

interview koboi

Assalamualaikum
Pada bulan lepas yang lalu aQ ada attend 1 interview. Alaa aQ ada cakap kat previous entry aQ. Haaa yang tu la. Sejak 4menjak neh, entry aQ macam rantai makanan jep. Bahaha. Yala asyik bersambung jep, tapi takde plak aQ tulis to be continue ark ?

aQ pergi interview for accounts cum admin assistant kat sebuah company kat metro pudu, kL. Actually ni company kawan kak aina a.k.a my is in law. aQ dapat taw job neh pom dari kak aina . Masa tu aQ duk johore so segala sijil nenek moyang aQ tak bawa.

So, aQ mintak abang aQ kat rumah send sijil sijil yang aQ da scan. Nasib baik ada jugak sijil yang aQ scan. Membantu jugak la sijil sijil tu. aQ pergi interview neh pom sebab kebetulan nak pergi putrajaya. Kalo tak, aQ rasa aQ tak pergi kot dari johore nak ke kL semata mata nak ettend interview tu.

Taw tak 2jam aQ cari company neh, aQ pergi dengan akak and abang ipar aQ. At last kitorang macam da give up cari so kitorang decide nak balik. Masa on the way balik tu kat fly over jalan lake yew kot ke sg. Besi. (hahaha. aQ memang tak taw sangat jalan  kL) terjumpa la kat situ. Ala yang dekat fraser business tu la. aQ pom baru first time pergi situ. Tempat tu cam commercial la. Belakang tu ada kolej baru nak bukak, memang tempat business la.

aQ pergi interview lewat 1jam. Kahkahkah. Pas tu sampai je call kawan kak aina tu en.abi. dia tanya tak jumpa lagi ke ? Yala masa duk cari cari company tu aQ call dia  tanya map ke company tu. aQ call nak cakap yang door company apsal terkunci , rupa rupa nya kena tekan pe benda entah. Maklom lah aQ ni tak biasa ! hah..hah..hah..

after tekan tu aQ pom naik lif then terus ke bilik interview. After negotiate pasal gaji and segala macam aQ mintak nak fikir 1minggu whether nak terima or tak offer tu. Gler demand aQ neh!

aQ pom tanya akaQ akaQ and abang abang aQ. Diorang cakap oke terima la cari pengalaman. Sebab aQ neh zero experience. Tapi the second one abang aQ tu cakap kat pudu tu ‘black area’. Memang aQ pom tahu situ teruk . jenayah paling aQ takot simbah asid. Seriously aQ takot yang amat yang neh.

Keesokkan harinya aQ mintak kak maa kawan aQ temankan survey tempat kerja tu dekat dengan apa and nak tinggal kat mana. Company tu dekat dengan lrt chan sow lin. Bak kata manager tu you jalan cepat 5minit you jalan lambat 10minit. Kikiki. Taw tak lrt situ punya la sunyi, ada la 2, 3 kerat je manusia then lorong nak menuju ke company dari station lrt tu punya la sunyi. Tapi tak taw la kot kot weekdays ramai yang lalu lalang situ sebab situ memang takde tempat hiburan semua tempat kerja. aQ pergi weekend masa tu no wonder la takde orang.

cup..cup.. masa aQ jumpa kak maa tu , aQ pergi sorang je dari rawang ke kL. aQ buat bijok jep mean tawakal je la. aQ cakap kaQ aQ, aQ da biasa. kalo tak cakap macam tu, kot kot tak kasi plak pergi. mom aQ terkejut aQ pergi kL sorang, huduh huduh aQ pom mom aQ sayang. hahahaha. masa pergi tu memang setiap kali transit aQ tengok map ah. taw tak masa aQ nak tengok map tu, ada la girl neh, I think dalam form3 kot , dia cakap kat aQ, 'kenapa awak pandang saya ?'. nak tergelak rasa masa tu, prasan tol girl tuh ! sebab dia duduk berhampiran dengan map that why la dia prasan aQ tengok dia. dalam hati aQ, kesiannya budak neh, cam kurang kasih sayang and perhatian.

After survey segala aQ decide nak duk area sg.besi , kira 2x transit nak sampai ke tempat keja tu if im not mistaken. So, aQ terima la nak kerja situ tapi aQ tak gitaw lagi manager cause dia bagi masa next Friday so, aQ memang kasi betol betol next Friday ah. Memang kena jadi sodek sikit hal hal gini.

Esoknya ahad aQ decide plak nak balik rumah . yala aQ duk pikiaQ nanti kalo da kerja susa cuti da la 6 hari kerja dalam 1minggu. Bila plak aQ dapat balik lama lama. Kalo balik ahad tu at least dapat jugak duk rumah 1minggu.

Sampai je rumah, dad aQ bagitaw something and usahakan something tuk aQ….makanya……………. ?

Friday 30 September 2011

take care of baby damia

assalamualaikum

oke for the previous entry aQ ada cakap nak cerita kenapa pergi johore kan ?

haaa mari rapat mari dekat aQ nak ceritakan ini. (sebenarnya entry neh da lame duk dalam draft, susa hidup bila terkena serangan penyakit malas)

actually aQ kene pergi jaga baby damia anak kepada akak aQ . dia takde pengasuh lagi plus dengan dia tak berapa nak kasi kat orang takot orang tak jaga sebagaimana aQ jaga. cewwahhhhhhhh.

sejak aQ jaga damia baru la aQ tahu diriku ini tidak cukop lagi ciri ciri nak jadi seorang ibu. kahkahkah. mencabar nya jaga baby neh. penat ! nak nangis pom ada. biasanya aQ jaga baby tak pernah alone ni alone . siksa wey. tambah tambah si damia tak bole orang takde dengan dia. mesti nangis. hadoyai.

mom aQ suruh wat balik rumah (kat kampung) . sebab kat rumah aQ ramai yang bole tengok tengokkan. bole gilir gilir. ni nak sembahyang pom kena sembahyang tepi dia. tu pom kalo nasib baik je tak nangis. bahaha. lagipom mom kesian kat aQ jaga sensorang. kikiki.

haaa ni la dia baby damia yang di canang canangkan eh tak tak yang di ceritakan tuh.








haa..ni masa dia nangis then aQ letak kat atas peha aQ cam tuh. habis seluar aQ kena air mulut dia. sedap agaknya rasa seluar aQ tuh. bahaha



yang ni plak video dia berak...uk..uk..uk.. kelakar betol muka terang berak, bersunggoh sunggoh. that's why aQ rakam.




nak selit entry lain sikit..padahal nak selit gambar. kikiki
hari tu pergi kat kementerian pendidikan malaysia then jalan jalan jap kat putra jaya cause after tu nak gerak pergi interview aQ plak.

tuuu....dia.........


tengah hari masa neh, nasib baik mata aQ tak tertutup. panas sangat sangat ah. tapi still senyum sokmo. *sebab depan camera. bahaha

baby damia tido...

akaQ aQ cakap, pakai baju kurung tapi posing cam tuh. berbaju kurung pom bersebab nak pergi interview. hohoho. noticed tak selipar aQ pakai ? ha..ha..


with akaQ kuh. sama sengal je dengan aQ






oke la bubye.

Saturday 17 September 2011

johore again !

assalamualaikum

sedang ber breakfeast dengan family. tetiba abang aQ cakap nak balik da. mean aQ pom terpaksa ikot pergi johore on that day jugak cause tompang abang aQ tuh. tersentak den. yala tak siap pom lagi barang barang nak bawak ke sana. tapi ...tapi..yang tu tak kisah sangat..yang kisahnya perasaan aQ. yala aQ kan susah sikit nak jaoh jaoh dengan parent neh. hehehe

so, aQ cepat cepat basuh segala pakaian yang nak bawak. siap angkat ampaian kat halaman rumah lagi tuk jemur kain nak kasi matahari terus ke pakaian aQ. hahaha. maa cakap before balik makan nasi la dolu mean lunch kat rumah la. hehehe. suka aQ dengar, dapat melengahkan masa pergi. kikiki.

kakaQ anak sedara aQ plak cakap. cepatnya abi nak balik. and 2,3x tanya aQ cikteh nak ikot kita tak. siap offer diri nak tolong kemas barang aQ lagi then buat apa je yang aQ suruh janji aQ ikot. hahaha..syoknya..tapi sayang budak budak setakat mana sangat reti pack barang. hohoho

taw tak on that day maa buat ayam bakar. perghhhhhhh...sedap tahan gapan plus plak tahap cipan. aQ cakap kat maa aQ nak makan banyak. maa cakap makan laa. tapinya space perut aQ luas mana sangat nak makan banyak banyak at the same time. konon lepas ni susa la nak makan ayam bakar maa buat..bajet nak pergi tak balik balik. bahaha.

dalam pukul 4.30pm. kitorang bertolak. sampai kuantan dalam pukul 11 lebih. duk pusing pusing cari hotel cause abang aQ penat da nak drive. giler ah. mostly full. kitorang pom terjumpa The Zenith Hotel. perghhhhhh mewah and lawa gler kot. aQ sempat snap kat tandas je. tompang tandas cause aQ and kak aina nak.....*alah macam kau tak tahu orang pergi tandas buat apa. haip ! nak snap kat lobi. malu !!! kikikiki.

kak aina pom tanya la receptionist situ berapa yang lower punya dia cakap rm248 (bilik). memang tak la kan sebab awal awal pagi da nak check out. memang tak berbaloi la kan. tapi oke la dengan standard hotel dia yang begitu mewah tu.

kitorang nak cari hotel seri malaysia tapi tak tahu kat mana. gps pom takde. nasib badan ! kalo situ goverment staff kan dapat discount , right ? lagipom kak aina cakap hotel tu bole tahan la. entah aQ tak pernah masuk.

pusing punya pusing jumpa la Shahzan Inn. Check in situ jep. situ je yang ada bilik and reasonable kot. entah aQ pom tak tahu sebab abang aQ yang pergi tanya and settle kan payment.

bilik dia biasa biasa saja tapi berbaloi la kalo just nak tidur je then pepagi da nak check out. bole la pilih Shahzan Inn neh.

berikut adalah photo photo kitorang sepanjang on the way ke sana. *hahaha gler ayat bM habis.

ni masa berhenti makan kat mana entah before sampai kuantan. aQ tidur then tiba tiba da sampai tempat  makan. hahhaha

apakah yang abang nabil cuba lakukan ?

kakaQ pandai possing , mengalahkan cikteh uwh..

with sis in law a.k.a kak aina


ni da check in Shahzan Inn

owhh..rupanya begini la keadaan kuantan. ahahaha baru merenung even 3taon aQ duk kuantan. kikiki


breakfeast at shahzan inn

jari gemok itu milik aQ. hehehe. 

inilah plak baby kegemaran aQ. nomey nomey
masa on the way kuantan ke johor berhenti kat station minyak....haaa jumpa ...........

chubby kan ? anak kepada kawan abang aQ..nama aisyah rasanya same with kakaQ.


nanti aQ update sebab musabab ke johore.

oke la bubye. 

Friday 16 September 2011

Baaanyak cantik !!!

 Actually hari tu lagi nak cerita tapi’demam raya’. Busy aihhh. sampai terupdate entry lain dolu. Hehehe.

K k meh nak story,
Hari raya ke3 kot, aQ and family pergi raya  rumah sedara sebelah maa kat setiu kami pergi ziarah kubur then pergi tengok rupa tanah papa kat rhu 10. Sebelom sampai kat tanah papa singgah kedai jap beli air.

After tuh, kami pergi rumah pok mie kat pak kancil. Masa duk sembang sembang tu, aQ perasan la handphone sony aQ takde. Yang nokia je ada, sebab nokia ‘active’ sikit aQ pom pergi la selongkar WVM yang aQ naik tuh, tak tahannya JMY yang aQ tak naik pom aQ pergi selongkar jugak sebab aQ duk sekejap kat JMY lagi masa berhenti kat kubur.kami bergerak 2buah kenderaan on that day.

2,3 kali jugak la aQ selongkar. Bila call perempuan tu angkat cakap ‘please try later’. Oke fine. aQ try la lagi tapi still perempuan tu cakap macam tu. aQ da dapat rasa hP aQ da kena ambik kat orang lain then dia buang simcard aQ tu, that why asyik perempuan tu je cakap.

Tapi seriously aQ tak rasa berdebar. aQ cakap la kat akak akak aQ nape erk tak rasa berdebar pom. Tapi aQ sayang wey kat hP tu, aQ beli dengan doit simpanan aQ. Nape la bodoh sangat guna doit simpanan  semata mata nak beli hP wat penat papa simpan je. Oke forget about that, past is past. *ayat pasrah. Hahaha. Kak aina plak tolong simpati kat aQ. Hehehe

Even tak berdebar, aQ ajak abang aQ lagi sekali pergi kat kubur, konon jatuh kat situ tapi harammm takde pom. Ajak jugak pergi kedai yang berhenti tadi tapi dia cakap kalo jatuh kat kedai tu memang takde harapan nak dapat balik. Terasa doit hangus masa tu. Hehehe.

Esoknya, kami pergi plak setiu sebab planning nak gotong royong rumah arwah chik and makan sotong celup tepung kat pantai rhu 10. aQ ajak abang aQ sorang lagi pergi kedai tu. aQ pom tanya mak cik kedai tu. Dia cakap memang ada nampak budak laki (maybe remaja) ambik benda (my hP) warna putih kat depan kedai dia tu. Pendekkan cerita nasib baik mak cik tu kenal budak tu and suruh anak dia pergi ambik (my hP) kat rumah budak tu.

Alhamdulillah I got it back. What we call ‘kalo da rezeki tu tak kemana’ ye dak ? tapi tak tahannya battery hP ada dalam 80%  sebab masa aQ bawak da tinggal lagi 4%. Nama untuk connection kat gigibiru (bluetooh) dia da tukar, language hP tukar english ke malay and and and and gambar, video, lagu yang ada dalam hP sudah selamat dia delete. Memang nampak sangat dia nak guna hP aQ tu. And contact number jadi jammed tak bole bukak, bila try bukak akan stuck. Consider contact number hilang la kan ? Dalam masa 1malam semua tu dia ‘kerjakan’. ini la yang dikatakan baaanyak cantik !!!! TAK MALU nak guna hP AKU!!! 

oppssss....ni photo kitorang pergi makan nasi dagang rumah ciksue neh before pergi pantai. aQ tak makan pom, tak gemor eh. tapi ni photo after makan.......




Ini plak photo photo kitorang kat pantai rhu 10, tapi tak semua ada sebab kitorang berpecah sekejap.




abang nabil (yang nampak half tu) tak habis habis mintak nak main air pantai, tapi tak dapat.

muka photostat abi

meh nak gossip jap......haaa tengok photo bawah neh


masa ni kitorang ternampak anak pokmie eming dating siap bawak family awek lagi ouh...sopan ! hehehe. kak aina sempat ambik gambar kereta je. tak jadi nak kenakan dia. hahaha

masa ni hP da dalam tangan aQ. Gembira J.

abang nabil ngajuk cause takleh main air, aQ cakap nanti keluar hantu air kalo pergi. hahaha



see...gembira kan...kan.. 
k la peace. *refer photo above. hehehe