kenalan tauke blog ini

Friday 24 February 2012

PETUA IMAM SYAFIE

Assalamualaikum


Empat perkara menguatkan badan


1. Makan daging.


2. Memakai haruman.


3. Kerap mandi.


4. Berpakaian dari kapas.





Empat perkara melemahkan badan


1. Banyak berkelamin (bersetubuh).


2. Selalu cemas.


3. Banyak minum air ketika makan.


4. Banyak makan bahan yang masam.



Empat perkara menajamkan mata


1. Duduk mengadap kiblat.


2. Bercelak sebelum tidur.


3. Memandang yang hijau.


4. Berpakaian bersih.




Empat perkara merosakan mata


1. Memandang najis.

2. Melihat orang dibunuh.


3. Melihat kemaluan.


4. Membelakangi kiblat.



Empat perkara menajamkan fikiran


1. Tidak banyak berbual kosong.


2. Rajin bersugi (gosok gigi).


3. Bercakap dengan orang soleh.


4. Bergaul dengan para ulama.



4 CARA TIDUR


1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.


<doa dan zikir itulah kekuatan seorang muslim >




Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi amalan 

kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya 

meskipun beliau sudah meninggal. ♥sharing is caring ♥ Orang Muda Geng Kita

notatangan : as stated above. aQ dah !  giliran korang plak share. opps...share and amal. insyaALLAH.
keepsmiling :)

Sunday 19 February 2012

pasangan

Assalamualaikum

Alopz u 'olls *nada gewdix*.

Lama rasa tak berblog walking writing . Tetiba nak tulis entry neh sebabnya sekarang neh tengah dengar hot.fm then artis jemputan hafiz af. and..dJ plak tanya ciri ciri perempuan idaman dia la konon.so, timbul nafsu keinginan nak menulis tajuk yang ada kaitan dengan soalan tuh.

oke la stop membebel muqaddimah takat tuh...jum mulakan bicara..

Dolu dolu aQ pernah jugak buat list nak pasangan macam tuh macam neh. tak nak yang macam tuh tak nak yang macam neh. aQ rasa bukan aQ je yang lain pom mesti ada jugak buat list nak ciri ciri itu ini. kan ? kan ?

comman dialoge

Q : ko nak pasangan macam mana ?
A : aQ nak yang beriman.

not exactly like this but mostly like this, right ? *macam keleng ayat*

perghh semua nak yang beriman kan ? tapi kita persiapkan diri tak nak dapat yang beriman tuh ? oke! tepuk dada tanya iman yer.

actually bagi aQ tak perlu la nak list kan ciri ciri pasangan itu ini bagai. once ko dah jumpa dengan seseorang tuh, maksud aQ yang ko suka la mesti dah terbang hanyut kemana list ciri ciri yang ko nak tuh. kalo ko baik, baik la ko dapat kalo sebaliknya, sebaliknya la ko dapat. ALLAH da bagitahu siap siap dalam surah annur ayat 26 :


(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
                                                                                                                                  surah An-nur ayat 26.


so, kerja kita hanya persiapkan diri untuk jadi yang soleh/solehah untuk dapatkan pasangan yang soleh/solehah. right ?

nak senang ko ikot je guidline yang islam dah kasi siap siap . 4 je pom, yang ko.. oppss.. aQ jugak list 10, 20 bagai tuh, apa celop ?

meh aQ remind ciri ciri pasangan mengikut islam .

lelaki : 1.  agama
           2. keturunan
           3.  harta
           4.  akhlak

perempuan : 1. cantik
                    2. keturunan
                    3. akhlak
                    4. agama

senangkan ? setiap point tuh ada huraian tersendiri. apa apa pom agama tuh penting ! bagi aQ kalo seseorang tuh mencintai ALLAH lebih dari mencintai kita insyaALLAH everything gonna be oke. jangan gadaikan maruah diri untuk menagih cinta manusia. jangan takut hilang cinta manusia tapi takot akan hilangnya cinta Ilahi. kita milikNYA dan cinta kepadaNya cinta yang hakiki. DIA lebih mengenali hati kita dan lebih mengetahui pasangan yang macam mana terbaik untuk kita.

sama sama la kita berdoa padaNya untuk jodoh yang terbaik. insyaALLAH. :)

Sunday 5 February 2012

maulidur RASUL (NABI MUHAMMAD S.A.W)

Assalamualaikum

Hari ini sudah sedia maklum 12 rabiuawal tarikh islam merupakan hari kelahiran baginda Nabi Muhammad S.A.W. Kita diseru untuk selawat kepada baginda. spend masa dalam 2,3 minit untuk selawat kepada baginda tidak terlalu lama, bukan ?Moga kita dapat syafaat darinya nanti. Ikuti kisah dibawah ini . hew..hew..

Pada suatu malam seorang lelaki bermimpi melihat Rasulullah s.a.w tetapi baginda tidak menoleh memandangnya.

“Wahai Rasulullah, apakah engkah marah kepadaku?” Tanya lelaki itu.

“Tidak” Jawab Rasulullah s.a.w

“Mengapa engkau tidak memandangku?” Tanya lelaki itu lagi.

“Kerana aku tidak kenal kamu”. Kata Rasulullah s.a.w

Lalu lelaki itu bertanya lagi “Bagaimana engkau tidak mengenaliku ya Rasulullah? Aku adalah umatmu. Para ulama pun mengatakan bahawa engkau lebih mengenali umatmu daripada ayah dan ibunya sendiri.”

“Mereka benar. Aku tidak mengenalimu kerana engkau tidak mengingatiku dengan membaca selawat. Padahal aku kenal dengan umatku itu bergantung kepada bacaan selawat mereka kepadaku.” Jawab Rasulullah s.a.w

Lalu lelaki itu terus terjaga dan mewajibkan dirinya membaca selawat seratus kali sehari.

Bebarapa hari kemudian, lelaki itu bermimpi melihat Rasulullah semula seraya Baginda s.a.w berkata “Sekarang aku telah kenal engkau dan aku syafaati engkau”

-Mukashafah Al Qulub : Imam Al-Ghazali

Ya Allah, berilah selawat ke atas Nabi Muhammmad s.a.w dan ke atas keluarga Baginda sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji Lagi Maha Mulia. Ya Allah, berkatilah ke atas Nabi Muhammad s.a.w sebagaimana Engkau telah memberkati ke atas Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.