kenalan tauke blog ini

Wednesday 29 January 2014

kursus pra-perkahwinan

Assalamualaikum

Syukur dapat hadir ke kursus tue  *kira dah settle satu hal ,,ehem*

sebenarnya aQ nak ceritakan input aQ dapat dari menghadiri kursus tue. *eh cam tak reti nak bina ayat.
sebelum ni aQ dengar membe2 cakap, kursus ni cam general sangat apa y diorang (penceramah) bagitaw, lebihnya kita kene banyak baca itu ini untuk memasuki gerbang perkahwinan  ,,wahhh gerbang bagai. ihiks. and member2 aQ cakap cam banyak focus ke prosedur nak kawen . tapi  ,,tapi  ,,y aQ attend ni aQ rase agak banyak jugak la penceramah bgtaw itu ini situasi dalam berumahtangga. masalah2 rumahtangga and cara atasi. y membe2 cakap kene lebihkan bacaan tue, tak dinafikan, y tu kene carik jugak. ilmu berumahtangga. kena banyak study dari pelbagai sumber.

tagline penceramah : seronok kahwen ni

so, kat sini terasa nak share apa y aQ dapat  *eh jap nak refresh kepala hotak*rolling

oke2 bole start cerita, aQ bagitaw mengikut slot eh  . eh  . eh. 

slot aqidah  :-
haaa part ni penting wooooo..

firman ALLAH
sesiapa y beramal soleh, dari lelaki atau perempuan  , sedang ia beriman ,maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan y baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka , dengan memberikan pahala y lebih baik dari apa y mereka kerjakan .   
                                                                                  
                                                                                                                                  surah al-Nahl ayt 97


Aqidah Islam

kepercayaan  dan keyakinan terhadap ALLAH ,beriman dengan adanya malaikat , kitab2  , para rasul , hari akhirat dan takdir ALLAH samaada baik atau buruk  .

Iman
membenarkan di dalam hati , mengucapkan dengan lisan dan beramal dengan perbuatan .

peranan aqidah dalam rumahtangga

1. aqidah y mantop dapat mengukuhkan hubungan dalam kekeluargaan . sebab dengan aqidah y mantop kita akan selalu merasakan tempat sebenar pergantungan hanya pada ALLAH. no matter what situation , berlaku masalah dalam rumahtangga ingatlah Dia . Merujuk dan mengadu segala hal padaNya.

2. Aqidah y teguh menjadikan sebuah keluarga tu kuat berusaha dan tidak takot apa2 ancaman melainkan ditakuti hanya lah ALLAH. haaa  ,,maka jadilah keluarga y lebih bertaqwa  . waaa best kan  .

3. Rasa bertanggungjawab  . Dengan keyakinan ALLAH sebagai pemberi rezeki  , maka akan terus berusaha untuk memenuhi keperluan hidup seharian. erm  ,,part rezeki ni ramai y takot kan , jangan ghisouu rezeki afta nikah lagi masyukkk yakin denganNya. *nasihat utk diri sendiri jugak*.

Firman ALLAH
ALLAH memewahkan rezeki bg sesiapa y dikehendaki-Nya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan (rezeki itu) baginya; sesungguhnya ALLAH maha mengetahui tiap-tiap sesuatu.


                                                                                                                            surah al-Ankabut ayt 62


slot pengurusan kewangan dan masa :-

haaa ,,part nie lelaki bese takot kan  . eh pompuan ketaq jugak .
consultant tue cakap 10% DARI PENDAPATAN tue simpan. 
kalo jenis hak liat tue buat je auto debit. senang kan. kire cam kengkonon bayar hutang tapi hutang sendiri padahal kita menabung untuk diri sendiri. waaa..gituu. sikit takpe , lama2 jadiklah gunung. *haaa aQ tulis pandai tapi aQ pom baru nak mencuba , hikhok. takpe, aQ kan menyampaikan apa y aQ dapat .heeeeee*

pompuan kene banyak saving sebab faktor penyakit pompuan lebih mendahului lelaki and senang la nak kene penyakit itu ini .

dari segi masa plak  ,,FAMILY FIRST, KERJAYA SECOND. taw la jenis nak maju, nak carik doit berguni tapi dah kalo doit banyak berjaya beria2 ,family tak bahagia  .bahagia ke kita  ??haaaa jawab2 . hahaha. hak penting ka-ba-rho-ka-tan (ye anak2 umi. hahaha. 

solat berjemaah  .cuba selit masa untuk solat jemaah at least maghrib and isyak dalam 1 hari dah kira oke . bak kate ustak ,, lelaki agak2 y susah nak imamkan tuh, betolkan bacaan Al-Fatihah dulu pom takdek hal, at least ada effort nak jadik imam and nak betolkan bacaan. cuba dulu ye brader brader, . DIA maha mengetahui setakat mana effort kita, kengss. *tetibe aQ duk imagine, comelnya si kecik cinonet tonggang tonggek duk ikot parent dia solat, comel tak, comel tak* .

pastue , rerajinlah pergi majlis ilmu . kasi mantop lagik rumah tangga. wahhh gituuuu  ..ilmu nie lebih elok berguru. if baca takpaham bole direct selling tanya .

haaa  ..part nie best ,,2,3 bulan 1x pergi la honeybulan. anak 1bakul pom cer try cuba test carik peluang pergi honeybulan. biasa hak pompuan la susah benor nak tinggalkan anak2. puan2 sekalian ,, adakala encik suami pom nak masa berdua jugak , nak bergedik bermanja bagai  . hek . takperlu jauh2 dekat pom bole . ikot kemapuan la , jangan la sampai kopak plak account bank kan .y nie nak mengeratkan lagi hubungan .bukan tabur doit semata2 .

 Dalam rumahtangga cuba create kan satu situasi y mana kita lakukan hari2 dengan pasangan. cth : cam wifey pakai kan tie utk suami nak g keje even semalam ada gado2 manja , eh manja ke kalo gado ??hahaha .tak kisa lah tapi tak kan la si wifey nak jerut leher suami kan even gram tahan cipan pom .and si huby pom tak kan nak tarik tie tue kan sebab taknak dipakaikan isteri  .

haaa, banyak lagi cth kan .salam hari2 dengan huby pom bole . tak kan masa pakai tie or salam tue kita kita ni tak melting ngan pasangan memasing kan . suhu nak marah pom down down down . if up up tue , something wrong somewhere la dengan hati tue  .recheck your heart  . 

khidmat rundingancara :-

>kene bijak menangani stress . cari DIA.
kenalpasti masalah , berkongsi masalah , BERDISKUSI .

> memerlukan pengukuhan emosi. 

>cuba selamatkan rumahtangga sebaik semampu mungkin.
if ada masalah, rujuk pejabat agama jangan libatkan parent lagi (mean nak bercerai). rujuk pejabat agama dia akan consult dulu . if rujuk parent, parent memasing akan mempertahankan anak memasing and akan jadik double triple masalah  . pening kengs.

>fahami diri sendiri, pasangan dan keluarga  .
once dah kawen, jangan 'jual ikan' selfish amek anak tak pedulik keluarga pasangan .bila dah kawen penyatuan keluarga tue penting . kalo ada family member y tak suka, cuba la carik alternatif untuk jernihkan keadaan, dah kita sanggup nak kawen dengan pasangan kita bermakna kita sanggup lah nak masuk dalam keluarga pasangan kita dan sanggup la nak hadapi sebarang kemungkinan .*takotkan nak masuk family baru ?entah camne la penerimaan mereka ,pernah tak fikir camtue  , ke aQ jep y pernah tpk camtue ?*

<ELAKKAN PERKATAAN KASAR dalam rumahtangga. 
jangan la wat keluar habis binatang kat dalam zoo tu hoiii. hahaha  .jangan ajar sebut nanti berjangkit kat anak2 , silap2 haribulan anak2 plak kasi binatang kat zoo tu kat parent. beware dengan lidah yep .

>banyakkan aktiviti agama bersama.
>HORMAT SUAMI. ingat u'ols suami tu SYURGA.*aQ ghase hak ni sume taw kot, tapi time geram kat suami buat jugak itu ini, takpom melawan*.kengs.suami y bijak taw la nak handle isteri dia. be gentleman.

haaaa  ,,tu la y aQ dapat masa attend kusus. ada la aQ top up mengikot bahasa aQ sendiri. aQ pom hengat2 lupa sebab entry ni duk dalam draft .tapi kan bagi aQ nak nikah nie bukan setakat doit je kene carik tapi ILMU , lebih2 lagi ILMU AGAMA. pas kahwen pom ilmu kene carik lagi. carik bersama pasangan . sweet kan, sweet kan . 

ada 1 cerita ni kan ..penceramah cerita  .

ada pasangan ni ngah berbulan madu baru kahwen katekan.then masa duk sonok2 tue (taw plak duk sonok2 kan,hahaha) huby dia cakap jum kita cerai untuk hari jep . wifey pom agak konpius then tros col pejabat agama tanya status dorg sekarang kan .pastue bila tanya si huby, dia cakap juz gurau. wohoooo...kasar gurau bro. hahaha. TETAP JATUH TALAK SATU.  so, tinggal la lagi 2 talaknya .

haa ,,kaum adam jangan memain dengan talak . better korang refer mana2 ostak berkenaan cerai. kalo tak sia2 jep nati jatuh talak 3. dek kerana banyak sangat 'lafaz kinayah', berkias.  geget jari la korong da tak bole bersama dengan isteri y kau cintai  . haaa padan muka. main main sangat ! eh jahat plak aQ .hahaha

hurmm..ada lagi part kesihatan . tapi cam ..cam..cam..penat da nak tulis . bole gitu  ?hahaha

harap berinformasi yep . 

opss ..cup2 . bagi aQ kan sape2 'mengidam' pasangan soleh/solehah. kasik diri tue soleh/solehah dulu. konpem dapat hak camtue jugak. bagaimana nak dapatkan tue , takyak fikirkan percaturanNYA. ALLAH maha mengetahui and itu janjinya . PEREMPUAN BAIK UNTUK LELAKI BAIK DAN BEGITU SEBALIKNYA. kerja kita usaha usaha usaha jadik baik and doa doa doa. 

peace yoooo  ..





Tuesday 21 January 2014

minggu intensif

Assalamualaikum

Sekarang aQ da dekat usm untuk ber minggu intensif . sape2 pjj sini taw la . setiap taon mesti ada minggu intensif, memang berminggu minggu lah  .

eh jap prasan sesuatu tak  ??????

aQ rajin tulis blog kan,, tak caya tengok lah date previous and sekarang  . wakakaka .

hahaha  ,,belog tak semengah takdek nak baca  . wuhuuuuuuuu  .takpe ni tatapan cucu aQ. ngehngehgeh . macam banyak annoying la plak  .sebenarnya nak crita kan semalam lagik aQ datang sini  .

semalam gerak dari jerteh, besut dalam pukul 11.15am konvoi dengan geng geng ganung 4buah kereta . polis escort u'ols . hahaha..haaa sebenarnya diorang tuh geng geng polis  . ada jugak y kerja lain.



masa on the way semalam berhenti la dekat perhentian titiwangsa ,konon nak solat la kan  ,,padahal aQ dengan kawan aQ lagik sorang tak solat pom situ sebab ramai orang kan . pastue duk tengok view, rupa2nya sini la ramai orang y tangkap gambar . wohoooo..cantik lorh  .jika diberi pilhan antara shopping and tengok pemandangan aQ lagik prefer abeskan doit untuk jelajah tengok pemandangan. walaupun ada orang cakap, doit abes tapi tak dapat pape nak compare ngan shopping. tapi bagi aQ its worth kot tengok pemandangan 'ubat mata'. and bila kita tengok pemandangan teros cam 'subhanallah cantiknya  ciptaan Mu'. kagum  !

masa kat pits stop ni la ada sorang polis ni tanya aQ, tak pernah kawan dengan polis ke ? aQ jujur la jawab tak. Dia cakap polis ni style gler2 sket sebab dah jumpe macam2 ragam orang y menipu, cakap belit belit bagai. tapi tak silap aQ , xkija polis pom gler2 kalo y jenis gler2. cam haku lah, depan geng2 tak hengat donia, tapi depan orang tak kenal sopan tahap nak wat menantu hoii. hahaha. tindakan automatikbertukar   wey. wakaka .polis tu cakap la aQ ni jenis jujur .cakap kene lurus tak leh bengkok, xle reverse2 ,,eh eh tue aQ y tambah. hahaha  . aQ ni memang jenis y jujur tapi aQ susah nak percaya kat orang .hahaha,,mengaku jujur tak tahan owhhh. 


haa  ni lak aQ tangkap masa duk atas jambatan pulan pinang. tak cantik aQ snap. masa ni nampak ada pengantin shoot kat sini. fulaa makkk shot kat jambatan p.pinang, kelasss kau nyah .

y klakarnya senja baru sampai usm. bapak ah lama perjalanan ,,hahaha,,padahal dekat je pom besut dengan penang, hah dekat la sangat tapi betol la dekat je . semalam banyak pits stop sampai usm 7.30 pm. maklomlah ber konvoi ngan geng kurang muda . wahhh ayat taknak nampak tua. wakaka

naseb baik sampai je boleh masuk hostel, tapi certain bilik je xberkunci semalam. so, kitorang apa lagi duk hostel la, takyah nak carik hotel or apartment bagai.


pagi pagi hari lagi makan bede alah nie .oppss..aQ bukan penggemar coklat yea tapi aQ addicted dengan kek coklat y moist punya .ni makan sebab dah takde apa so balon aje la coklat ni. syukur .



haaa,,2 pic pemandangan nie..actually view depan bilik aQ. sedapp mata mak memandangnya. ecehh..cantik ! bukak tingkap jep  tengok pemandangan menghijau. naseb baik lah dapat desasiswa (nama hostel kat usm) nie.




haaa...3 pic nie plak of course la bilik aQ. aQ duk berdua dengan kak sue dalam bilik ni. nampak buruk sket kan. ni bangunan lama . aQ oke je, comfort la jugak  .tapi kan bilik aQ jaoh gler dengan toilet. semput dulu baru sampai toilet . haaa ada unsur hiperbola disitu. hahaha. sepatotnya buat la toilet 2 penjuru, maksudnya 1 penjuru kanan and 1 penjuru kiri. oke cadangan diusulkan. muahehe

oke lah tue je nak bebel cerita .
oke bye  .
wat lex wat pis.






Saturday 18 January 2014

suamikuh suamimu baca ini

Assalamualaikum

ni entry y aQ copy paste plus edit siket2  ,,aQ ghase cam berguna je bagi kaum laki y bekal bakal jadik suami or dah jadik suami  ,,

dah la merepek  , jum baca and amalkan , bagitahu kat pakcik2, adik2 laki, kawan2 laki, jiran2 laki sekali  ,, hamoi2  . hahaha


Rasulullah SAW sangat mencintai dan lembut pada isteri-isterinya. Berikut adalah contoh sikap luar biasa baginda yang harus diteladani oleh setiap suami:

1. Rasulullah SAW tidak pernah menyusahkan isterinya. 

Jika pakaiannya koyak, Rasulullah SAW menampalnya sendiri tanpa menyuruh isterinya.

Rasulullah SAW selalu bertanggung jawab mencari nafkah untuk keluarganya. Contoh: Rasulullah SAW memerah sendiri susu kambing untuk keperluan keluarga maupun untuk dijual.

2. Rasulullah SAW tidak segan membantu isterinya di dapur.

Contoh: Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak untuk dimakan, sambil tersenyum Rasulullah SAW menyingsingkan lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.

Rasulullah SAW sering memanggil isterinya dengan panggilan mesra. Contoh: Aisyah r.a. dipanggil dengan panggilan Khumaira (yang kemerah-merahan) oleh beliau.

3. Rasulullah SAW tidak pernah mendesak isterinya menyediakan makanan.

Contoh: suatu ketika, Rasulullah SAW pulang pada waktu pagi. Beliau pasti sangat lapar saat itu. Tetapi dilihatnya tidak ada apapun untuk sarapan, bahkan yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka baginda bertanya, “Belum ada sarapan ya Khumaira?”

Aisyah menjawab dengan agak serba salah, “Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.”

Rasulullah SAW lantas berkata, “Jika begitu aku puasa saja hari ini.” tanpa sedikit pun tergambar raut kesal di muka beliau.

4. Rasulullah SAW sangat marah ketika melihat seorang suami sedang memukul isterinya. 

Contoh: suatu saat beliau melihat seseorang memukul isterinya. Baginda menegur, “Mengapa engkau memukul isterimu?”

Orang itu menjawab, “Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap berdegil juga, jadi aku pukul dia.”

Rasulullah SAW berkata lagi, “Aku tidak menanyakan alasanmu, aku bertanya mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu dari anak-anakmu?”

5. Rasulullah SAW tetap lembut dan santun kepada isteri. 

Rasulullah selalu memperlakukan isterinya sangat istimewa sekalipun baginda adalah pemimpin umat Islam tertinggi, bahkan saat itu adalah pemimpin terbesar di dunia.


haaa,, apa lagik kaum adam hidupkan sunnah Rasulullah nie  ,,bukan tawen 2,3,4 jep taw sunnah  . ini pom dikire hidupkan sunnah  .tapi  ,,tapi ,,pastikan anda nikah dulu la yep  , baru apply kan cara2 tuh .

wat lex wat pis

Sunday 5 January 2014

pelamin yang agak rare

Assalamualaikum

haaa,,mesti ramai y nak langsung majlis perkahwinan kan taon ni nak2 y baye baye haku neh  .*selalu failed opening aQ. hakhakhak

aQ ghase kan , lately ni asyik ada orang kahwen jep  .lepas sorang, sorang . macam kahwen mudah mudah jep  . haaa g2 kekadang aQ sendirik pom plek jugak dengan ghase aQ neh. hahaha

ni ada la y aQ google pelamin , mane la taw bagi ilham kat korang y menengoknya  .bez plak aQ tengok-tengok pelamin neh . *verangan sat  . hahaha . aQ suka la apa2 y nampak rare  .cam la aQ mati nanti kafan kan dengan kain pink kan  . heks .

meh  ,,meh  ,,kita usha usha pelamin


hak ni bagi aQ simple giloss but still nampak rare  .and mesti ada suara sumbang mahram  bajet low buat cenggini . kekadang y bajet low tu la jadi timbul idea kreatip .

y ni simple tapi cantik aihhhh .


owhhh,,bulan pom jadik  .kreatip kengs. cam feeling2 bersanding kat sky . haaa gitu  .hehehe


this one lawooo giloss..romantic woooo. combination merah and putih memang membangkitkan suasana romantika de amor . cewwahhh. seriously apa saja y merah hati sume aQ pandang romantik .kihkihkih.


tengok pelamin ni ingat kat lagu faizul juara af tuh , tros cam nak nyanyi 'terbang laaa,,bla..bla..lupe da. haks


y ni pom simple sesangat tapi nice. rase buat sendiri pom bole . bunga tu buat je la ngan kertas crepe* eh pandai plak aQ kertas crepe bagai . haaaa. not sure la wey tapi bagi aQ memang boleh buat sendiri la y neh cuma latar y nak tampal tuh maybe kat rumah kene letak langsir or tampal teros kat dinding rumah pom bole. muahaha


y ni entah kenapa aQ rasa cam sebuah playground gitu walaupun takde boyan or jongkang jongkit bagai. tapi itulah y aQ nampak


y nie nampak cam boyan (buaian) y besar and dia tambah-tambah je apa y patot . hentah pape je kan explanation. oke abaikan. cetttt


y ni vantage gitu . aQ tunjuk kat akak aQ. dia cakap cam sekolah tadika jep and dia tambah lagi low bajet boleh la buat..kuang asam pedas betol . hahaha. bagi aQ cantik simple and rare . 


waaaa,,y ni i'olls nampak sangatlah shomel  . ihiks


this 1 i loike very much lah . feeling bersanding snow white gitu. hahaha. aQ pilih y neh la . *verangan bole la*. hahaha. tapi serious cantik sangat and gaya cam 'my dream comes true' haa gitu aQ rase . susah nak explain. takpe takpe mimpi indah kuh. cettt.


pastu kan , apa y aQ ghase plak. lepas sorang kawen, pas tu sume duk pakat beranak beramai2. y tu duk post kat fB anak dia, y ni duk post kat fB anak dia. i'olls jeles taw . hahaha. jeles la sangat  .hiks 

haaa berkenan tak berkenan  ? apa pom ikot bajet lah , jangan ikot sangat dengan ayat 'sekali seumur hidup'. kadang berhutang sekali seumur hidup tue lah y bole merana seumur hidup . y ada lebih bajet buat cara lebih y ada kurang bajet tapi nak lebih kene usaha lebih kasi bajet tue lebih . weheeeee

oke  ? peace yooooooo..

Wednesday 1 January 2014

welcome 2014

Assalamualaikum

I would like to wish happy new year (masihi)

oke la, cam cliche je kan ayat aQ tuh  . ahaks  

dah berlalu usia 23 aQ  , sekarang da masuk 24 . Alhamdulillah .
banyak sangat y berlaku di usia 23 , y tak pernah2 terfikir akan berlaku pada usia tersebut  . syukur  .
pahit manis adalah asam garam kehidupan , selagi adanya DIA dengan kita ,kita harus mesti kuat hadapi dugaan hidup . again syukur .

tahun baru mesti azam baru kan  , padahal hari2 pom bole berazam . actually aQ tak pernah la nak public kan azam aQ tapi hari ni ghase cam nak tulis kat belog jep azam aQ .eceh.

aQ punya azam  :-

*nak 'baiki' solat (dari segi waktu) , hak ni tiap2 tahun aQ berazam terutama waktu subuh. slow2 ek  , banyak lagi kene 'baiki' sebenarnya . utk dapatkan khusyuk lagik (hak ni kene ingat maksud bacaan).

*nak pergi kerja awal .mean sempat punch card .

*nak masak awal sebab nak pergi kerja awal .tak nak kasi papa ma lapar  .jaaat aQ neh , selalu masak lambat , nampak la papa ma lapar  . huhuhu

*nak ajar students supaya reti solat sekurang2nya ingat semua niat 5waktu tue . tapi aQ harap sangatlah dorang boleh lakukan dari takbir hingga tahyat akhir. nak kasi mereka rasa pentingnya solat .moga2 sepeninggalan kuh dorang dah reti solat .

*the big thing  . ehem

hak2 lain banyak lagi tapi biaq capai hak ni dulu  , lagipom y lain tue long-term punya plan. ahaks

doakuh , moga aQ jadi :-

hamba ALLAH y solehah ,
anak y solehah ,
isteri y solehah ,
ibu mithali  .

amin ya Rab .

Thank ya ALLAH for everything  .