kenalan tauke blog ini

Wednesday, 29 January 2014

kursus pra-perkahwinan

Assalamualaikum

Syukur dapat hadir ke kursus tue  *kira dah settle satu hal ,,ehem*

sebenarnya aQ nak ceritakan input aQ dapat dari menghadiri kursus tue. *eh cam tak reti nak bina ayat.
sebelum ni aQ dengar membe2 cakap, kursus ni cam general sangat apa y diorang (penceramah) bagitaw, lebihnya kita kene banyak baca itu ini untuk memasuki gerbang perkahwinan  ,,wahhh gerbang bagai. ihiks. and member2 aQ cakap cam banyak focus ke prosedur nak kawen . tapi  ,,tapi  ,,y aQ attend ni aQ rase agak banyak jugak la penceramah bgtaw itu ini situasi dalam berumahtangga. masalah2 rumahtangga and cara atasi. y membe2 cakap kene lebihkan bacaan tue, tak dinafikan, y tu kene carik jugak. ilmu berumahtangga. kena banyak study dari pelbagai sumber.

tagline penceramah : seronok kahwen ni

so, kat sini terasa nak share apa y aQ dapat  *eh jap nak refresh kepala hotak*rolling

oke2 bole start cerita, aQ bagitaw mengikut slot eh  . eh  . eh. 

slot aqidah  :-
haaa part ni penting wooooo..

firman ALLAH
sesiapa y beramal soleh, dari lelaki atau perempuan  , sedang ia beriman ,maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan y baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka , dengan memberikan pahala y lebih baik dari apa y mereka kerjakan .   
                                                                                  
                                                                                                                                  surah al-Nahl ayt 97


Aqidah Islam

kepercayaan  dan keyakinan terhadap ALLAH ,beriman dengan adanya malaikat , kitab2  , para rasul , hari akhirat dan takdir ALLAH samaada baik atau buruk  .

Iman
membenarkan di dalam hati , mengucapkan dengan lisan dan beramal dengan perbuatan .

peranan aqidah dalam rumahtangga

1. aqidah y mantop dapat mengukuhkan hubungan dalam kekeluargaan . sebab dengan aqidah y mantop kita akan selalu merasakan tempat sebenar pergantungan hanya pada ALLAH. no matter what situation , berlaku masalah dalam rumahtangga ingatlah Dia . Merujuk dan mengadu segala hal padaNya.

2. Aqidah y teguh menjadikan sebuah keluarga tu kuat berusaha dan tidak takot apa2 ancaman melainkan ditakuti hanya lah ALLAH. haaa  ,,maka jadilah keluarga y lebih bertaqwa  . waaa best kan  .

3. Rasa bertanggungjawab  . Dengan keyakinan ALLAH sebagai pemberi rezeki  , maka akan terus berusaha untuk memenuhi keperluan hidup seharian. erm  ,,part rezeki ni ramai y takot kan , jangan ghisouu rezeki afta nikah lagi masyukkk yakin denganNya. *nasihat utk diri sendiri jugak*.

Firman ALLAH
ALLAH memewahkan rezeki bg sesiapa y dikehendaki-Nya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan (rezeki itu) baginya; sesungguhnya ALLAH maha mengetahui tiap-tiap sesuatu.


                                                                                                                            surah al-Ankabut ayt 62


slot pengurusan kewangan dan masa :-

haaa ,,part nie lelaki bese takot kan  . eh pompuan ketaq jugak .
consultant tue cakap 10% DARI PENDAPATAN tue simpan. 
kalo jenis hak liat tue buat je auto debit. senang kan. kire cam kengkonon bayar hutang tapi hutang sendiri padahal kita menabung untuk diri sendiri. waaa..gituu. sikit takpe , lama2 jadiklah gunung. *haaa aQ tulis pandai tapi aQ pom baru nak mencuba , hikhok. takpe, aQ kan menyampaikan apa y aQ dapat .heeeeee*

pompuan kene banyak saving sebab faktor penyakit pompuan lebih mendahului lelaki and senang la nak kene penyakit itu ini .

dari segi masa plak  ,,FAMILY FIRST, KERJAYA SECOND. taw la jenis nak maju, nak carik doit berguni tapi dah kalo doit banyak berjaya beria2 ,family tak bahagia  .bahagia ke kita  ??haaaa jawab2 . hahaha. hak penting ka-ba-rho-ka-tan (ye anak2 umi. hahaha. 

solat berjemaah  .cuba selit masa untuk solat jemaah at least maghrib and isyak dalam 1 hari dah kira oke . bak kate ustak ,, lelaki agak2 y susah nak imamkan tuh, betolkan bacaan Al-Fatihah dulu pom takdek hal, at least ada effort nak jadik imam and nak betolkan bacaan. cuba dulu ye brader brader, . DIA maha mengetahui setakat mana effort kita, kengss. *tetibe aQ duk imagine, comelnya si kecik cinonet tonggang tonggek duk ikot parent dia solat, comel tak, comel tak* .

pastue , rerajinlah pergi majlis ilmu . kasi mantop lagik rumah tangga. wahhh gituuuu  ..ilmu nie lebih elok berguru. if baca takpaham bole direct selling tanya .

haaa  ..part nie best ,,2,3 bulan 1x pergi la honeybulan. anak 1bakul pom cer try cuba test carik peluang pergi honeybulan. biasa hak pompuan la susah benor nak tinggalkan anak2. puan2 sekalian ,, adakala encik suami pom nak masa berdua jugak , nak bergedik bermanja bagai  . hek . takperlu jauh2 dekat pom bole . ikot kemapuan la , jangan la sampai kopak plak account bank kan .y nie nak mengeratkan lagi hubungan .bukan tabur doit semata2 .

 Dalam rumahtangga cuba create kan satu situasi y mana kita lakukan hari2 dengan pasangan. cth : cam wifey pakai kan tie utk suami nak g keje even semalam ada gado2 manja , eh manja ke kalo gado ??hahaha .tak kisa lah tapi tak kan la si wifey nak jerut leher suami kan even gram tahan cipan pom .and si huby pom tak kan nak tarik tie tue kan sebab taknak dipakaikan isteri  .

haaa, banyak lagi cth kan .salam hari2 dengan huby pom bole . tak kan masa pakai tie or salam tue kita kita ni tak melting ngan pasangan memasing kan . suhu nak marah pom down down down . if up up tue , something wrong somewhere la dengan hati tue  .recheck your heart  . 

khidmat rundingancara :-

>kene bijak menangani stress . cari DIA.
kenalpasti masalah , berkongsi masalah , BERDISKUSI .

> memerlukan pengukuhan emosi. 

>cuba selamatkan rumahtangga sebaik semampu mungkin.
if ada masalah, rujuk pejabat agama jangan libatkan parent lagi (mean nak bercerai). rujuk pejabat agama dia akan consult dulu . if rujuk parent, parent memasing akan mempertahankan anak memasing and akan jadik double triple masalah  . pening kengs.

>fahami diri sendiri, pasangan dan keluarga  .
once dah kawen, jangan 'jual ikan' selfish amek anak tak pedulik keluarga pasangan .bila dah kawen penyatuan keluarga tue penting . kalo ada family member y tak suka, cuba la carik alternatif untuk jernihkan keadaan, dah kita sanggup nak kawen dengan pasangan kita bermakna kita sanggup lah nak masuk dalam keluarga pasangan kita dan sanggup la nak hadapi sebarang kemungkinan .*takotkan nak masuk family baru ?entah camne la penerimaan mereka ,pernah tak fikir camtue  , ke aQ jep y pernah tpk camtue ?*

<ELAKKAN PERKATAAN KASAR dalam rumahtangga. 
jangan la wat keluar habis binatang kat dalam zoo tu hoiii. hahaha  .jangan ajar sebut nanti berjangkit kat anak2 , silap2 haribulan anak2 plak kasi binatang kat zoo tu kat parent. beware dengan lidah yep .

>banyakkan aktiviti agama bersama.
>HORMAT SUAMI. ingat u'ols suami tu SYURGA.*aQ ghase hak ni sume taw kot, tapi time geram kat suami buat jugak itu ini, takpom melawan*.kengs.suami y bijak taw la nak handle isteri dia. be gentleman.

haaaa  ,,tu la y aQ dapat masa attend kusus. ada la aQ top up mengikot bahasa aQ sendiri. aQ pom hengat2 lupa sebab entry ni duk dalam draft .tapi kan bagi aQ nak nikah nie bukan setakat doit je kene carik tapi ILMU , lebih2 lagi ILMU AGAMA. pas kahwen pom ilmu kene carik lagi. carik bersama pasangan . sweet kan, sweet kan . 

ada 1 cerita ni kan ..penceramah cerita  .

ada pasangan ni ngah berbulan madu baru kahwen katekan.then masa duk sonok2 tue (taw plak duk sonok2 kan,hahaha) huby dia cakap jum kita cerai untuk hari jep . wifey pom agak konpius then tros col pejabat agama tanya status dorg sekarang kan .pastue bila tanya si huby, dia cakap juz gurau. wohoooo...kasar gurau bro. hahaha. TETAP JATUH TALAK SATU.  so, tinggal la lagi 2 talaknya .

haa ,,kaum adam jangan memain dengan talak . better korang refer mana2 ostak berkenaan cerai. kalo tak sia2 jep nati jatuh talak 3. dek kerana banyak sangat 'lafaz kinayah', berkias.  geget jari la korong da tak bole bersama dengan isteri y kau cintai  . haaa padan muka. main main sangat ! eh jahat plak aQ .hahaha

hurmm..ada lagi part kesihatan . tapi cam ..cam..cam..penat da nak tulis . bole gitu  ?hahaha

harap berinformasi yep . 

opss ..cup2 . bagi aQ kan sape2 'mengidam' pasangan soleh/solehah. kasik diri tue soleh/solehah dulu. konpem dapat hak camtue jugak. bagaimana nak dapatkan tue , takyak fikirkan percaturanNYA. ALLAH maha mengetahui and itu janjinya . PEREMPUAN BAIK UNTUK LELAKI BAIK DAN BEGITU SEBALIKNYA. kerja kita usaha usaha usaha jadik baik and doa doa doa. 

peace yoooo  ..