kenalan tauke blog ini

Sunday 16 March 2014

saat hati kesedihan

Assalamualaikum

pagi hupdek  .

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

Ketika merasa sedih pejamkan mata dan katakan dalam hati , "inilah perjalanan hidupku ..Allah Ta'ala letakkan aku disini ..Semua ini perancangan Allah ..Jadi  , aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya  diatas setiap ketetapan-Nya..dan aku terima qada' dan qadar diriku ..Sesungguhnya , setiap sesuatu ada hikmahnya . Terima kasih ya ALLAH kerana mengasihaniku.." selepas itu, buka mata dan senyumlah . ~pesanan ustak kazem elias

...Mulakan fokus kepada syukuran. Fokus kepada apa y ALLAH berikan pada kita dan bukan kepada apa y kita alami. Yakin kepada ALLAH , ALLAH akan membantu. Kehidupan akan menjadi lebih bahagia.
~prof dr muhaya hj mohamad


Friday 14 March 2014

terkebil-kebil

Assalamualaikum

burung hantu menaip  ,,

aQ mula golek-golek landing 11.30pm. pastue vibrate wassep and message masuk. aQ pom tengok dan terasa gatal jari jemari nak men reply. takleh biar ,,ghaseeee je nak reply. hahaha

lepas tue. dah terkebil-kebil tak boleh tido. ape pasal ?baca Al-Insyirah untuk tenang (surah ini boleh menenangkan kita). harapan nak suh tido dengan harapan lagi bole bangun pukul4 untuk menggoreng esemen.

takmo tido jugak! so, untuk manfaatkannya. aQ bangom hadap esemen. pastue jadi ngantok. eh syaitonn! syaitonn! aQ buat kerja berpaedah teros aje ngantok. syaitonn jugak y salah. haahaha.

oke dah. aQ dah siap esemen part aQ then dah emel kat group. dah oke bole proceed if k.o kene baiki. itu perkara biasa. tue pom nak bagitaw ke ?? phewww.

Friday 7 March 2014

kenangan sepanjang hayat 23 tahun

Assalamualaikum

hye,,hye ,,kerajinan menulis belog datang so kita kene manfaat sebaiknya .esemen tersengeh2 menanti tue ,,relax2 esemen tak kan dibiar tanpa kasih sayang. cewwahhh .

aQ nak cerita kenangan2 y berlaku sepanjang hayat hidup 23tahun ,,itu pom kalo hengat la . hehehe. mula2 dari tadika . hah ?watt lu ,,,,,nak cerita since tadika,,ingatkah ?inshaALLAH. ada peristiwa y aQ ingat memang sampai bila2 la aQ ingat .

tadika
tadika ni dekat je dengan rumah aQ, tersangatlah dekat, kentut pom bau...oke cam over je kan pembohongan aQ tue. sebenarnya sebelah rumah je pom. bila aQ pergi tadika, lepas tue time belajar aQ tengok pintu rumah aQ tertutup maka jelaslah papa ma aQ takde kat rumah. maka meraung lah aQ 1 tadika sampai bengkak2 mata. bila aQ nangis memang takdek ubat lah, ice cream, susu, apa lg ? sume aQ jeling. cikgu pujuk pom tak jalan. kawan2 ajak main pom memang tak terkesan nak join. aQ akan nangis sepuas2nya. haaa terukk gler rase .perghh !

 haaa,,walaupun aQ ni kaki nangis tapi terselit jugak kaki buli. 1 lagi y aQ ingat, ada sorang budak laki nie, dia jenis y suka nyorok kan diri, lepas tue jenis xkawan dgn org kan. aQ ni nakal, aQ selalu usik dia, aQ cubit dia, tarik telinga dia sebab nak suruh dia bercakap lepas tue kan dia nangis. aQ pujuk2 dia pom senyap lepas tue aQ buat balik cam tadi sebab dia diam kan. hentah pape aQ dengki dia diam..eeiiii kejam nya rasa. uhh kejam! kejam! mitak2 lah anak aQ tak terikot perangai sewel tue . hai la hai..

sek rendah
masa sek rendah ni aQ pernah sekolah di 2buah sekolah taw. 1,2,3 takdek kenangan y aQ ingat tapi masa ni aQ dah ada best friend. tapi rasanya sejak tadika lagi. kitorang memang best friend tapi time gadoo tak hengat donia. pas tue mak2 kitorang baik kan kitorang. sweet tak ? hahaha. n sampai sekarang best friend. 

masa 4,5,6 pindah sekolah. masa darjah5 ada kenangan dengan cikgu praktikal. y ni macam menyampah sket n sweet pom hadoo. hehehe. cikgu praktikal tue 4 orang sume laki. and aQ rase diorang masa tue umur 21 ketika aQ berumur 11 tahun. sebab taon akhir maktab kene praktikal and maktab dulu takat diploma je. eh wat luuu aQ cerita pasal ni plak. hahaha. sebenarnya aQ baik la dengan cikgu praktikal ni n student lain pom baik jugak. bole gurau2 gaya cam abg adik gitu. best la best. pastue kan, main tukar number telefon dgn sorang cikgu ni. tak sangka 1minggu cuti sekolah, hampir tiap2 malam dia col. sumpah 1mgu cuti aQ tak tenang, aQ tak pergi memana taw sebab duk tunggu kot2 cikgu tue col. kantoi la nati. ingat memula cam nak tny homework ke hape ke kan, n igt tak col dah lepas tue. rupa2 selalu col n juz tny buat apa, makan apa. afta tue aQ tak pedulik cikgu tue sebab dia menyeksa cuti aQ. 

pastue, y lagi best cikgu jugak merangkap kepada kawan cikgu tadi tue..dia marah2 aQ. dia masuk kelas aQ sebelom ni tak masuk sbb dia tak mengajar kelas aQ. ari tue dia masuk, bebel pasal adab dgn guru bla,,bla,,bla,,kami 1 kelas tunduk. then dia pom sebut nama aQ..fuhh terkejot dia cakap aQ sombong dgn cikgu. malu pom ada masa tue. apa tak malu cakap dalam kelas camtue kat aQ. aQ dalam hati da panas sangat dah. start daripada tue, aQ jupe cikgu tue senyum pom tak, apatah lagi nak bagi salam memang aQ tak bagi ah. nampak tak dendam kesumat ? kuangkuang,, haaaa,,masa dulu tak pk berkat tak berkat ilmu lagi pom cikgu y marah aQ tue tak mengajar aQ. selamat2. hahaha. peristiwa ni berlaku dah dekat2 diorang nak habes praktikal. masa dalam 1mgu nak habes tue bese la buat2 jamuan kan. jamuan perpisahan. cikgu marah tadi bagi aQ kek and senyum and dia taw la aQ nak marah dia. aQ dgn hepy nya..haa taw pom bersalah..wat luu nak marah2 aQ sombong. tapi,,tapi,, kan diorang tue sume baik. eh cikgu2 terasa cam nak jupe cikgu mesti anak2 cikgu dah 2 or 3 orang memasing. heeeeeeeeee. y sebenarnya tak elok buat kat pendidik cam tue . fuhh  !insap !

sek menengah
masa aQ form3 ke form2 lupa da,,ada la sorang akak ni fitnah aQ amek tempahan langsir tapi langsir tak siap. actualy ni agenda dia. dia y amek tempahan tue tapi tak taw lesap ke mana langsir tue *duit lah lesap*. entah la camne dia cakap aQ bla,,bla,, kat kwn sekelas dia. sebab tue langsir kelas. pastue akak y kelas tue jugak 2,3 orang jugak la face to face dengan aQ. dia taw aQ tak buat ..dia plak y pujuk aQ sabar kerana difitnah. eh cam baik je kan aQ sebab orang tak pecaya aQ buat cmtue( lesap kan langsir) hahaha. aQ ingat apa y akk tue fitnah aQ tapi seriously aQ dah maafkan and takdek dendam kesumat pom. wohooooo. even masa tue kawan2 aQ sendiri lari dari aQ sebab percaya dengan akk tue buat cerita. *eh ada plak y pecaya aQ buat gitu, xckop baik lagi muka aQ neh,,hahaha*. hilang kawan sekejap tapi ada lagi y jenis cool tue kawan je dengan aQ. 

y paling best form5. masa ni best sangat sangat dengan kawan and dengan subjek akaun. addicted kot buat latihan akaun jep. cikgu akaun tersangatt lah best. tegas and manis ! hahaha. masa ni memang rapat gler 1kelas. bawak makanan and makan ramai2. and kelas aQ kot y paling sporting and paling bising and paling selalu kene sound dengan cikgu2. wakaka. aQ ni suka makan so stok dalam meja banyak, and kawan aQ pom jenis ada stok makanan dalam meja. tapi selalu ah kene amek dgn budak2 laki. tapi diorang makan share tak sume diorang balon. hahaha.. tapi kan pena sekali kelas aQ di blacklist sebab kes budak2 laki cikgu sume taknak masuk nagajar. sedih glerrr kecuali cikgu akaun and cikgu pend al-quran & as sunnah. 2 cikgu ni je y masuk. tapi taknak ah cite lelebih. lagipom aQ dah taw kisah sebenar tue dari budak laki sendiri. diorang takbuat pom apa y dperkatakan tue. kat cikgu2 pom aQ tak nampak salah tapi itu lah 1titik nila rosak 1belanga susu. tapi,,tapi,,tapi,,banyak la y best2 form5. till now kitorang berkawan taw. siap2 gosip bagai. and tak berubah still gler2 cam dulu jugak bila jupe. cuma sekarang jarang jupe jarang sms or col. masing2 ada tanggungjawab masing2.

diploma
y tak best time ni . aQ pernah buat esemen y 70% dan mendapat sleeping partner. haruuu jugak la masa tue. aQ tak tido, tido sekejap2 demi esemen tue. ada y membantu tapi tak membantu sangat. lepas tue present, salah part kewangan lect bagi chance utk baiki. alhamdulillah. lepas tu markah dapat sama rata. bole rasa tak apa y aQ rasa ? hahaha. masa tue geram la sekarang takdek la n pengajarannya sabar lah menghadapi sleeping partner. 
ada jugak y best masa ni. 1kelas taon akhir rapat gler 1 kelas. banyak aktiviti kitorang buat bersama. and aQ lupa kenapa diorang panggil aQ mak and lagi sorang adzim tue diorang panggil ayah. adzim tue paggil aQ tiz zaqiah sebab ada nama aQ sama cam tiz. entah pape entah. hahaha. eh rinduu gler ah nak bbq, bercanda ria dpantai, dinner, bukak pose bsama ngan diorang. besttttttttttt.

praktikal diploma

haa ,,time ni pom best. ofismate y baikk. boss baik sampai bole paw lanje. hehehe

kerja kat sutera beach resort

keje sini kejap je rm200 dapat dalam masa 2minggu. kene buat sale. jual pakej hotel. deal dengan client y gatal2 even dalam col sahaja. pernah nak jupe dgn client y gatal tapi tak jadik. oh yes Allah masih sygkan aQ. Alhamdulillah. ofismate pom best, boss super duper sporting and gler gler jugak. but then aQ berhenti maybe keje tue xsuit dgn aQ. siap ada orang ajar aQ menggatal lagi sebab nak tarik client tak bole dibuat memang aQ tak reti and tak terlintas pom nak belajar buat camtue. tapi 1 aQ terkilan ada y salah sorang ofismate aQ mintak aQ ajarkan dia mengaji tapi dah aQ berhenti tak sempat nak ajar dia. uhhh sad !

degree
haaa,,ni y sekarang. pom dapat akak2 n kawan y best. walaupun aQ the only one y tak kawen dalam kalangan diorang tapi best. bole masuk lah. diorang pom ada masa serious ada masa gler2 and time gler2 y banyak nya. hahaha. and op coz diorang protected aQ adik ni. adik la sangat kan..haaa tapi memang rasa cmtue sebab paling muda. muahehehe. ada sorang akk ni kak fizan jupe masa orientasi dia cakap kat aQ,,jupe nur kejap je tapi berkenangan manis. waduhh...melting nur kak. akk pom baik n omey ngatt. hehehe. sebab aQ sebilik 1minggu je ngan akk tu masa orientasi . tue y jap je jupe.

kerja guru fardhu ain
y ni pom best dapat kawan sekerja y kene dengan jiwa raga even dah kahwen. bole share2 cerita. and diorang selalu la cakap pasal rumahtangga. perlu pengorbanan itu, ini and yes sabarr itu penting. waaa,,best lah dengan diorang tak kaki skema tak kaki langgar peraturan sgt. bestt. 

kenapa aQ bercerita sume nie ?sebab ada kerja tapi saja nak tulis belog. hahaha. takde la y sebenarnya banyak y membuatkan kita hepy daripada kita bersedih. tapi bila ALLAH jentik sikit dengan dugaan kita teros down dan menyalahkan orang sekeliling,,,eh aQ lettew. huahuahua.. dan ada y teruk menyalahkan takdir. mintak jauh kita sume jadi cmtue. kadang kita kene ingat dugaan tue kifarah dosa kita. tak perlu blame orang lain. cuba cek dulu salah kita. apa y kita dah buat. lepas tue sama2 lah kita baiki.

life is too short utk kita tidak merasa bahagia. banyak cara mencari ketenangan cam aQ hang out dengan kawan2 *eh baru tadi buat. hahaha*. bercanda ria dengan anak buah, bergewdik2 dengan papa ma and pegi pantai . itu cara aQ. tapi seriously la aQ cakap walaupun kita buat itu sume, itu hanya memberi ketenangan pada WAKTU ITU SAHAJA. dah kenapa capslock. hahaha. 

oke serious sket.  pape pom kita kene ingat ALLAH..ALLAH y first. inshaALLAH apa pom kita akan tenang. pujuk hati dengan mengingati-NYA. ingat plak cerita ustak masa dip dulu,,ustak tanya taw tak kenapa mat saleh/ omputih datang sini pergi pulau bagai ? kata ustak, itu la cara dia cari ketenangan. kita juz atas tikar sejadah jep nak carik ketenangan. dan bersyukurlah nikmat paling besar kita ialah dilahirkan sebagai seorang islam dan diberi KEIMANAN. so, gunalah nikmat y besar itu. 

kita memang tak tahu takdir hidup kita camna ke depan nanti, tapi apa y kita boleh buat adalah berdoa y terbaik untuk takdir hidup kita . usaha ,doa and tawakal bulat2 kepada-NYA.


kasih sayang ALLAH mendahului kemurkaan-NYA . 

Alhamdulillah,,alhamdulillah,,alhamdulillah.


eh kene layan esemen lak . lahai lahai

Tuesday 4 March 2014

bersangka baik padaNYA

Assalamualaikum

petang2 dah nak maghrib hupdek belog  .

selalu tak reti nak buat opening . seterez ! hahaha

hidup kita tak selalu indah . apa y kita impikan tak semestinya dapat tapi apa y kita dapat itu lah y kita perlu (banyak maksud disini). setiap inci y berlaku dibawah kawalanNYA. so, DIA maha mengetahui apa y sedang berlaku, apa y telah berlaku dan  apa y akan berlaku. tapi kita juga kena faham walaupun hidup ini telah di' atur oleh NYA kita tetap disuruh berusaha . ingat Qada' dan Qadar ALLAH bole berubah melalui usaha dan doa. *sila rujuk y pakar, bila cakap pasal Qada' dan Qadar kene hati2, Nabi Muhammad sendiri teliti mengenai qada' dan qadar.*

apa y berlaku ada hikmah nya. bila duduk diam fikir apa y kita belajar dari apa y berlaku . Allah tak kan jadi kan sesuatu untuk sia-sia. ingat bersangka baik padaNYA. bila ujian datang, jangan cakap kita teranaya tapi mungkin dengan 'tangan'(dosa) kita dapat ujian cam tue . InshaALLAH mudah-mudahan itu penghapus dosa kita . bersangka baik padaNYA.

kadang apa y kita lalui teramat berat tapi ALLAH telah berjanji takkan bebani kita sesuai dengan kesanggupan kita . sweet kan ALLAH. ujian bole jadi kita kuat, ujian bole jadi kita lemah sebab tue pentingnya kebergantungan kita pada ALLAH. dan ingat derita tak selamanya kekal. ALLAH nak hadiah kan pelangi y indah untuk kita . banyakkan berdoa .bersangka baik padaNYA. 

sekali fikir, apa y kita perlu sume ALLAH bagi kan. tapi kita ? kekadang nak sujud padanNYA pom lewat waktu. ehem ,,huh! tapi kita time hepy sukar untuk syukur padahal itu semua kurniaanNYA. takdek satu pom milik kita .ingat itu !kita berusaha sekuat mana pom jika tidak d'izinkan olehNYA maka ianya takkan terjadi. takkan gugur sehelai daun tanpa izinNYA. ingat kita kuat kerana NYA. jangan sombong takabbur dengan NYA even se tough(bahasa rojak aQ) mana pom kita . hati kita kuat dengan izinNYA. 

bergantunglah kepada ALLAH. DIA maha pengampun even dosa kita seluas lautan. hidup akan lebih indah jika kita selalu mengingatiNYA. selalu titipkan doa. mungkin ada kala kita rasa tak bahagia, sepi tapi ingat DIA selalu ada dengan kita . mohon petunjuk dariNYA. ada pape masalah refer DIA dulu,baru manusia. banyak cara untuk connect denganNYA. salah satu cara solat tahjud mustajab, bagun waktu 1/3 malam.

kita manusia bila diuji cepat melatah . mempersoalkan itu dan ini. tapi tidak pernah mengenang dosa y dilakukan. yea manusia memang pelupa. y dapat tak nampak y tak dapat diungkit . ingat y dapat adalah keperluan kita. bersangka baik padaNYA.

sama2 muhasabah diri kenapa diuji mungkin kerana (dosa) y lalu , mungkin ALLAH nak kasi pelangi ,perkara baik. *biasa 'barang' baik , kene susa sikit,,tehehe*

peringatan untuk diri sendiri jugak nie. jauhkan dari down. down. down.

Ya ALLAH arahkan hati-hati kami untuk terus taat kepadaMU. Amin ya Rab .

choww maghrib sudaaaaa....






Saturday 1 March 2014

bisnes

Aasalamualaikum  ,,

hah,,hambek 2 entry skali hupdek .

sekarang ramai sangat muda mudi berniaga kan sampai kan aQ jatuh cinta jugak dengan niaga. bagos menghidupkan sunnah Rasullullah s.a.w.

masa aQ grad 2011, gler kentang usha kerja. parent aQ plak jenis y nak anak2 kerja gomen. bese la rakyat terengganu kelantan. dimata mereka gomen terjamin, gomen senang hidup, gomen itu gomen ini. dannnnnn,,aQ antaranya y terpengaruh.dulu la. tak dinafikan lah kesenangan itu semua, sampaikan aQ operate hari tue pom ditanggung beres sebab guna kad pencen papa  y kerja gomen. wohooooo.

setelah usha which is kerja gomen then mintak then kecewa tak dapat. aQ pom macam malas dah . hahaha. pas tue bile pk balik baik kerja swasta masyukkk even penat. penat takpe  janji masyukkk. bole saving kaw kaw muda mudi ni. nampak tak aQ materialistik kat situ  ? hahaha. dulu mungkin.

tapi, tapi, parent aQ tak kasi pergi kL which is berlambak kerja swasta y mana kita bole demand gaji dgn experience. aQ pom pernah dapat kerja kat kL tapi tolak sebab parent tak kasi. kau pergi hujung donia pom kalo parent tak restu xmasyukkk jugak. ke-be-ra-ka-tan tue penting. ecehh..

lepas tue aQ usha2 fb, blog bagai ramai muda mudi bniaga. cam bez plak kan. hak y paling membuak2 prasaan nak nege bile aQ baca kisa seorang akak ni. baca sinibaca sinibaca sini dannn baca sini. suke tengok dorang laki bini 1 kepala minat biz.

aQ pernah menyuarakan pada dady kuh yang berbunyi  begini  ,,*hah bunyi bagai*

aQ : pa ,,orang nak niaga .
papa: nak niaga lagi, nak belajar lagi, nak kerja lagi.. mana satu nak buat ? fokus 1,1 nanti lari fokus .
aQ: hurmm,,orang bole buat la sume tue .
papa:nak niaga bukan senang, kene rajin..usaha sokmo.
aQ: hurmmm,,(dlm hati down)

dengan brader aQ plak

aQ; yie, pinjam 2k nak niaga .
brader: dang ke nak bayar tue, bisnes gane, susah niaga.
aQ: *senyap* dlm hati aQ sendiri xtaw mampu bayar ke tak. xtualy try nasib je tue nak pinjam.

nampak tak ?takdek sokongan aQ nak niaga kan, tue tak termasuk dgn mom aQ lagi y takpernah nk menyokong aQ nak niaga. dan memang aQ down, down, down. yes, bagi aQ sokongan dgn modal, sokongan lagi penting !takpe aQ tak give up aQ carik diorang y jenis suka sharing pasal biz y jenis xtahap kedekut tahap cipan. *maaf agak pusing ayt tue*.

aQ pom jupe la sorang nie. dia surirumah and berbiz nampak bez kan ? kan ? xtualy dah kenal dia masa belajar dulu. aQ mintak tips and cakap la y takdek org support pom aQ niaga and opcoz family aQ bukan kaki niaga and bukan dari y jenis bniaga tapi kaki gomen. muahaha. 

apa y menyebabkan  aQ cpt down :- 
*op coz takdek sokongan.
*MALU. yes .capitalslock. memang aQ jenis malu nak niaga, tak friendly muka masam tahap mangga putik. nk niaga kene pandai market, ayt nk sweet. but then aQ takdek skill tue sume. :( :(

sekarang aQ try biz tapi selalu la consult dgn kwn aQ tue .bile down tanya dia  itu ini. xtualy ,,zemangat tue  penting. jgn kedekut, byk kan sedekah. sedekah saat kita tiada (kau mampuuu??apa plak tak, modal senyum kan ada). hulur kat mak ayh terutamanya. jgn bkira dgn mereka.

pape nak buat hubungan dgn ALLAH, mak bapak kaum muslimin muslimat kena jaga .

byk lagi la sebenarnya kene belajar.
kenapa aQ jatuh cinta dgn niaga :-
*time fleksible.
*bole focus pada family (urus suami+anak).
*nak pergi makkah masa muda.
*nak pergi melancong.
*nak kumpul harta masa muda.
*nak ank belajar tanpa loan.
*ehem,,pompuan kene lebih saving sebab senang kene penyakit nak berbanding lelaki.

~~inshaALLAH~~
hurmm,,ada lagi sebab paling utama tapi biarlah ku, dia, dan DIA tahu.

bukan senang nak jadi senang, bukan susah nak jadi susah. ya ALLAH kuatkan semangat kuh .

oh ic

Assalamualaikum

hellow ,,hellow  ,,hellow  ,,

i'ols da ada kat rumah ni haaa. cam la ada orang pedulik kan . hahaha

semalam 11.2.14  . mula pagi sampai ke malam(pagi berikutnya) berlaku itu ini y menyusahkan hakuu..sebab aQ sendirik jugak .

pagi pegi test kat dewan  ,aQ bgom da cun da pkul 4pagi ,,konon bgom study kan  . lepas tu study lelap study lelap study lelap  ,,agak2 hotak hadam tak camtue  ?pastue masuk je subuh tros solat then sambung lagi study konon la kan .mandi dalam 7.30 camtue .siap bagai test pukul 8pagi .rush situ sini tertinggal kad matrik.

oke part ni bez  ,,dah duduk cantik molek nak jawab test baru perasan yang kad matrik tertinggal ,,aQ pom wat lex wat pis lagi. cakap kat kak ida kat sebelah. kad tertinggal , tak kan nak pegi amek kat hostel kot. akk tue cakap wat kua je ic . naseb baik ic ada. yang bez nya pengawas masa test hari tue sume strit. adehhh time aQ wat hal la dapat yang strit ,,padahal before this attend test tak pernah pom pengawas mitak or even tengok sekali pun kad matrik aQ yang terbentang kat atas meja . tup tup tup hari tue siap mintak lagik. aishh ! ada yang cik kak sebelah aQ ic takdek, kad matrik takdek. masa jawab test tue pengawas suruh pergi amek, aQ pom tak sure la hostel cik kak tu dekat tak dengan dewan. lagi haruuuu kan. makan waktu test .

siap je test ,,tunggu pengawas kutip jawapan. dah kutip tunggu plak arahan depa kasi keluar. biasa la strit kan. lepas announce keluar tue  ...apa lagi,,,tros ah cabut pergi makan. sampai je cafe prasan y ic haku takdek. lepas tue tengok hp y silent tadi sebab test ada beberapa kali missed call num yang tak kenal. pastue col dia balik dia cakap ic aQ bla,,bla,,bla,, amek kat ofis pjj.

aQ pergi kat ofis tue takdek pom. aQ tinggal num kat ofis tue, if ada kontek aQ. disebabkan ic takdek aQ pom tanya orang yang col tadi dia pom cakap bla,,bla,, bla,,kat sini sebenarnya aQ banyak curios tapi malas la nak taip . aQ beria sangat carik ic tue sebab hari tue aQ da nak balik kampung. 

petang tue pulak, ada lagi 1 test. tue test yang terakhir. yang ni bez jugak. siap2 jawap teros anto. then pengawas datang carik aQ kat luar dewan. rupa2 aQ tak lorek ic. huuuuu,,dapat telor ayam la tak lorek ic kat omr .balik pada cerita tadi , aQ pom tunggu punya tunggu ofis pjj col tapi non hadoo.. oke lantak lah, nanti balik buat ic baru.

balik bilik solat asar bagai teros shot balik. dekat maghrib jugak la. aQ balik dengan kak sue and kak hery,, dalam kete aQ duk belakang .bez tidooo je kerja . dalam pukul 1 kot jupe bapak-bapak polisi buat roadblock. pastue entah kenapa aQ bgom dari ketiduran.polis tue mitak lesen lesen kak hery .lepas dia tilik2. then polis tue cakap yang belakang tue nak ic. agak terkejot tapi tak sangat sebab maybe mamai2 lagi kan. kak hery cakap nur ic nur. konon la kan buat2 cam ada . lepas tue tetiba polis tue cakap takpe lah , bole gerakkk.
legaaaaaaa. kak hery cakap, klo betol kene cek tido kat situ la kita pagi ni sampai esok.

dari pagi sampai ke malam derita ic. selama ni ic aQ tersengeh2 dalam purse takdek plak orang mintak nak tengok . huuuuuuuuu

tapi ,,tapi ,,hari tue aQ rase nak hempuk orang pom ada . yang lalu lalang depan aQ pom aQ rase serabut . huhuhu. seterezzzz mak noks. supposed to be im should hepy on dat day  ,,,but suddenly  ...tsk,,tsk,,tsk,,,.

oke penat dah bebel, cerita pom dah basi dalam draft and dah buat dah pom ic baru. oppsss,,ic baru y 1st time hilang denda rm110 yeppp. tapi bole buat rayuan samaada dikurangkan or rm 0 bayarannya.depend pada rayuan. 

bye :)