Actually title atas tuh aQ ambik kat *118#. Bahaha
Jum nyanyi !
Papa ku pulang dari kota
Papa ku beli kan kereta
Kereta kancil warna merah
Bole ku bawa ke sekolah
Lalalala……………….
Sempena musim father’s day neh of course entry pom nak kebapaan kan. aQ punyai papa as my hero. Papa lah selalu protect aQ sehingga aQ besar gedabak begini. Kalo nak cerita pasal pengorbanan papa terlalu banyak. Bila ingat mesti aQ tum tum tum air mata bole berderai tanpa di suruh suruh wey.
Papa didik aQ dengan didikan agama. oke fine, aQ mengaku, aQ agak social tapi aQ still ingat yang aQ neh orang islam, so banyak benda yang nak kena ‘jaga’, dalam duk ‘jaga jaga’ tuh ada jugak yang tak terjaga. Huhuhu. Papa ni pendiam je wey, Papa akan banyak cakap dengan maa tapi kalo guess datang rumah, takde la papa menyombong ! oke jep. *jemput la dating rumah kalian. Ngeh ngeh ngeh.
Masa kecik lagi papa lah yang mandikan aQ 8 beradik neh, tukar pampers segala. Ni aQ dengar dari cerita maa and nenek nenek kuh. Yang aQ sempat tengok adeQ je la, sebab aQ ke 2 bongsu. *wink wink. Waktu malam if nanges nanges papa la buat susu. And until now pom, kadang kadang papa yang mandikan cucu plak. Tak kekok pom even dah tua. Macam ada baby balik. Bahaha. Maa kekok nak buat semua tuh. Mungkin kerana papa mendahului buat semua tuh menjadikan maa kekok untuk buat segalanya tuh.
aQ ingat lagi kalo masa skola menengah dolu. Duk hostel, weekend balik rumah naik bus sebab masa tuh rumah kat rhu 10. Dalam 45min dari skola. Selagi aQ tak sampai rumah, selagi tu papa tercegat depan pintu. *bukan tercegat cekak pinggang nak marah wey, tercegat risaukan aQ. Heeeeeeee. Masa duk jabi dari skola 15min jep, weekend papa datang ambik and hantar. Sometimes rasa macam dikongkong, sebab aQ tengok kawan kawan balik rumah dengan taxi, before balik tuh, diorang pergi jalan jalan dolu. aQ hanya pernah berpeluang 2, 3x je balik rumah dengan taxi. Tu pom mintak kebenaran dolu. * bila fikir balik, bukan papa nak kongkong tapi untuk keselamatan kan. Kalo tak aQ merayau entah mana mana.
Masa dah besar gedebak ni pom papa still jaga macam dolu. Kalo aQ balik cuti sem tuh, memang tak akan ada chance nak telajak bus ke station seterusnya. Memang tak akan oke! even berdengkur macam lembu pom . correction : aQ tidur tak berdengkur pom instead aQ penat sangat sangat. Why ? sebab, kejap kejap papa call tanya dah kat mana. Even masa tuh pagi, yala naik bus malam sampai rumah pagi . normal la kan. And actually kalo papa taw aQ nak balik (eh bukan aQ sorang jep, akak-akak aQ dolu pom macam ni jugak before kawen) tak tidur sangat. Time turun dari bus, tak pernah aQ yang tunggu papa, mesti papa yang tunggu aQ. Haaaaaaaa nak cakap aQ tak independent la tuh. aQ tak kisah korang nak cakap apa. Ingat sonang ke nak jaga anak dara sorang ? aQ pernah dengar orang tua tua cakap jaga anak dara sorang lebih susah dari jaga 10 ekor lembu. * aish ada ke patot sama kan kita kita yang anak dara neh dengan lembu. Bahaha
Papa ni keras kepala sikit tapi berhati lembut. Kalo papa cakap A, susah sikit nak tukar jadi Z ke, ZA ke*eh product kecantikan tuh. Yang ni aQ mewarisinya. Keras kepala tapi hati aQ lembut tahap cipan wey. Heeeeeeeee. Bagi aQ papa seorang yang sangat sangat bertanggungjawab. Sebab tu aQ alergik dengan orang yang tak bertanggungjawab and moga moga dapat laki bertanggungjawab macam papa. Tapi anak lelaki papa sendiri pom tak mewarisi sangat sifat papa, orang lain tak tahu la. Kalo ada tu Alhamdulillah kalo takde tuh Innalillah.
aQ sangat sangat sangat sayang papa…How my life without him ? uwhhhh I cant imagine! Actually aQ pernah imagine papa ‘takde’. Masa imagine pom aQ bole nangis, kalo betol betol ‘takde’. Tak tahu la macam mana ? kalo nak diceritakan pengorbanan papa terlalu banyak. Setakat ni je lah mampu aQ tulis.
I LOVE YOU PAPA, NO ONE CAN REPLACE YOUR PLACE IN MY HEART !!!
No comments:
Post a Comment