kenalan tauke blog ini

Thursday, 30 June 2011

messing !!!

owhhhhhhhh. a lot of thing happened today. make me messing. yeah!

aQ kalo ada problem yang amat merunsingan, aQ tak pernah refer siapa siapa. orang cakap kalo pendam lama lama bole jadi makan diri sendiri . tapi setakat ni ,setakat ni, aQ tak makan diri lagi, aQ makan nasi. 

cara mujarab aQ gunakan adalah aQ sembahyang hajat and sujud last tuh.... aQ nanges 1baldi. ahaks. masa mujarab lagi, aQ bangom pukul 3pagi or 4pagi untuk sembahyang hajat. and rugi la kalo tak tahjud sekali kan. bapak ah susah nak bangom masa tuh, alang alang tu buat la tahjud sekali. pahala tergolek golek tuh, ambik je la. you know why? masa tuh kan sunyi jep. wahhhhh syok ah berdoa. romantika de amor lah. ahaks.

kadangkala rasa jugak, ehhh kalo ada masalah baru nak ingat Allah. memang aQ hamba yang teruk. huishh. nak bangom 3,4pagi. aduyai liat yang amat. tapi time ada problem tuh, no matter what cuba jugak bangom. hehehe. after tuh baru la lega wey. even problem tak solve tapi kelegaan dapat dirasai. ada jugak aQ cerita kat orang tapi problem yang simple simple je la. puah duk saje saje, baik cerita problem kat orang. biar dia berproblem jugak. (cehh tak ah.)

aQ neh, hot-tempered sometimes. bila hot+penat = hot-temper ah jadinya. aQ selalu ingat yang Allah tak kan kasi ujian kalo kita tak mampu nak hadapinya. DIA maha mengetahui, so, korang jangan duk gatai gatai terdetik @ tercakap. eh berat nya dugaan, berkilo kilo , rasa tak mampu ah nak pikul. tapi kena ingat jugak, Allah tak kan mengubah nasib seseorang sehingga dirinya mengubah. haaa korang set ke dua dua dalil neh. mesti akan jadiiiii .... wahhhh kuatnya aQ, sekuat tiger ! perasaan give up tu normal. tapi jangan biarkan perasaan tuh bermastautin dalam diri.tak elok untuk kesihatan emosi.

oke. sekian ! lain orang lain cara diorang release problem. so, buat la pape cara janji happy :)

oke tu je lah nak conteng coret untuk hari neh. keep smiling.

Wednesday, 29 June 2011

healthy life :)

Halow halow

Tahu tak kalian, aQ ada pergi program pemeriksaan kesihatan terbuka.  aQ main taruk je nama program tuh. Not sure la program apa. Tapi yang pasti pihak kesihatan datang kat kampung aQ ni nak pantau kesihatan rakyat jelata untuk mencari orang orang yang demok demok kau memang debomm. Diorang aim siapa siapa yang body mass index (bmi) melebihi 25. If siapa siapa yang melebihi 25, diorang bole ikuti program seterusnya, kena register untuk ahli. Yang ni pom aQ tak sure ahli apa, tapi aQ nak taruk jugak  Ahli Bebas Obesiti.  Oke tak ? oke tak ? Tak silap aQ bmi normal adalah 18-25. Tetapi kalo bmi 24,25 pom rasa da pass nak masuk ahli tuh. Meh nak tunjuk cara kira : scroll down

example:

49.2/(1.49*1.49)=22.2
Use calculator scientific 570. Kalo tak, tak kua jawapan. (oke tipu)

Masuk ahli ni diorang akan pantau selama 6 bulan. Macam program the biggest loser lak. Bahaha.  Tapi aQ tak join pom program tuh. aQ just pergi cek kesihatan aQ jep. Ingat senang ke nak dapat cek free cam neh. So, kita haruslah take for granted oke ! hari tuh aQ cek gula dalam darah kat klinik swasta, tak sure cas berapa tapi rasanya dalam rm20 plus plus.  Padahal bukan buat apa pom, just ketip jari kita sikit, keluar darah and letak darah kat atas apa benda entah untuk tahu bacaan nye. Tu pom telan doit sampai  20 ringgit ka ? huishh. Swasta swasta.

Ini lah keputusan pemeriksaan kesihatan aQ :-

Random blood sugar : 5.3 mmol/l
normal oke ! lagipom aQ pergi cek neh after aQ lunch. Kalo tak lunch inshaAllah bawah lagi kot bacaan nye. Supposed kalo nak cek gula dalam darah kena puasa taw. Bacaan normal <7.0 mmol/l.

blood pressure : 115/74 mmHg.
Oke kot. Cause takde cakap pom aQ kena darah tinggi. So, consider oke lah. Hehehe.

Weight : 49.2 kg
Taw tak berat badan aQ pernah mencecah 58kg masa practical bulan 12-2 hari tuh. Sungguh ngeri.!Nauzubillah kalo singgah sampai 60kg. huishhh. Tapi tu tak mencapai target aQ lagi. Kalo bole aQ nak 45kg. dolu aQ bole maintain kan berat dari form3 till form5  45kg taw. after operate, berat aQ gedebommm naik naik tanpa segan silunya. Ni pom aQ tak taw macam mana bole turun cause aQ maintain supper dengan abang aQ yie . iman aQ tak kuat melihat dia supper, so haruslah aQ join skali.  

Height : 149cm
Sumpah mati hidup balik aQ ingat tinggi aQ 147cm. sebab masuk wad 2008 tinggi aQ 147cm taw. aQ ada dengar pompuan kalo da period tinggi da tak naik. Tak taw samada mitos atau fakta. aQ ni plak pe kes ? samada tinggi aQ naik @ bacaan tuh salah. tapi yang ni pom maintain pendek.

Jadinya, jeng jeng


Body mass index(bmi) aQ: 22.2
Yeye normal. Tapi kalo di tahap 19,20 kan best. *biasa la manusia selalu tak cukup dengan apa yang ada.

Anyway thanx to Allah kerana memberikan kesihatan sebegini rupa. ini hanyalah pinjaman sementara. 

Friday, 24 June 2011

h.i.k.m.a.h

ada hikmah disebalik 'tanam apple' neh . biasa orang sebut 'tanam anggur' kan ? ramai sangat 'tanam anggur' so better aQ 'tanam apple'. barulah pesaing tuh kurenz sikit kan. *big smile

entry yang ni aQ ada jugak post kat facebook fB . ada la 2,3 kupang orang yang like. maybe diorang pom tanam apple jugak. *wink wink wink.

bagi aQ , sepanjang aQ duk rumah ni. banyak jugak hikmah yang aQ dapat. one of them aQ dapat tolong maa and papa. *ceh nak bajet solehah la tuh. wink wink wink. yala apa yang aQ mampu tolong dari segi tenaga, maklumlah nak kasi doit tak mampu lagi. kasi je la tenaga zahir and batin sekadar mampu. korang ingat nak balas jasa kasi doit je ke ? kasi tenaga pom bole la. cuba korang fikir. *oke awan awan atas kepala.

kalo ikot flow neh

belajar -----> kerja ------> kahwin

mostly macam ni kan ? habis, masa mana korang nak tolong parents dari segi tenaga ? doit bila bila masa bole bagi. masa takde komitmen ni la, tolong parents apa apa yang patot. sometimes rasa penat wey, kadangkala nak nangis pom ada . tapi parents jaga kita dolu dolu lagi teruk kan .*tears.

sepanjang aQ duk rumah ni pom, aQ da lebih pandai masak . memang agak rasa teruk cause umur 21 baru ciput resipi yang aQ pandai masak. *sshhhhh sapa nak kutuk aQ pergi jaoh jaoh. you saka pergi jaoh jaoh. (ceh tiba tiba). aQ akan try lagi banyak resipi. yala rugi yang amat ada maa yang pandai masak superb tapi aQ tak take for granted. hoi rugi hoi.

ni 'hasil hasil' dari aQ belajar masak.



tu lah hasil percikan minyak. kat lengan pom ada jugak 'hasil'nya kene periuk panas tapi tak nak tunjuk ah sebab kat lengan. *oke fine! turun harga hantaran. 

dolu dolu kalau aQ yang siang ikan, aQ tak bole makan taw ikan tuh. sebab aQ teringat ingat darah ikan yang aQ cuci tu . and aQ akan makan nasi after1 o 2 jam lepas siang ikan cause nak hilangkan bau hanyir melekat  kat tangan padahal aQ da cuci tangan dengan asam limau tapi bapak ah kuat bau hanyir tuh. *teruknya kamu NM ! tapi sekarang da berubah, da tak macam dolu lagi. alah bisa tegal biasa. heeeeeeee. haaa kan ada improvement tuh duk rumah lama lama. *toink toink toink.



sekarang ni bagi banyak macam ni pom takpe tanpa segan silu aQ bole siang. 
.
baru baru ni jugak aQ jadi babysitter untuk baby alyaa and baby damia. aQ jaga dorang dari dalam pantang lagi taw. mula mula aQ tengok dolu akakkuh  and papa buat macam mana nak 'manage' baby dalam pantang . so, dah 2, 3 hari tengok. aQ da pandai mandikan dorang and pakai baju segala . korang bayangkan baby baby ni, sorang  berat 2.53 and 2.32. if im not mistaken la. kecik kan ? masa mandi aQ akan mengucap dolu. kot kot la terlucut dari pegangan. jenuh aQ nak ganti. bukan ada kat market or mana mana yang sebijik cam tuh wey.

haaaa. see ! kan aQ da cakap ada hikmah nya 'tanam apple'. benda benda alah tuh jugak bole wat  stand by nak kahwin nanti. so, tidok la kekok sangat nanti. and memang pompuan kena blaja pom benda benda alah tu semua and rasanya tak salah kalau aQ cakap lelaki pom kena belajar benda benda tu semua. zaman da berubah wey, perempuan pom ada karier sendiri jugak. so, ikot cara wonderpet "apa yang penting...kerjasama !' ding ding ding. . tapi jangan la 'tanam apple' lama lama sangat. agak agak la wey. 

oke bubye. :)

Monday, 20 June 2011

MY FATHER MY SUPERHERO

Actually title atas tuh aQ ambik kat *118#. Bahaha

Jum nyanyi !  
Papa ku pulang dari kota
Papa ku beli kan kereta
Kereta kancil warna merah
Bole ku bawa ke sekolah
Lalalala……………….

Sempena musim father’s day neh of course entry pom nak kebapaan kan. aQ punyai papa as my hero. Papa lah selalu protect aQ sehingga aQ besar gedabak begini. Kalo nak cerita pasal pengorbanan papa terlalu banyak. Bila ingat mesti aQ tum tum tum air mata bole berderai tanpa di suruh suruh wey.

Papa didik aQ dengan didikan agama.  oke fine, aQ mengaku, aQ agak social tapi aQ still ingat yang aQ neh orang islam, so banyak benda yang nak kena  ‘jaga’, dalam duk ‘jaga jaga’ tuh ada jugak yang tak terjaga. Huhuhu. Papa ni pendiam je wey,  Papa akan banyak cakap dengan maa tapi kalo guess datang rumah, takde la papa menyombong ! oke jep. *jemput la dating rumah kalian. Ngeh ngeh ngeh.

Masa kecik lagi papa lah  yang mandikan aQ 8 beradik neh, tukar pampers segala. Ni aQ dengar dari cerita maa and nenek nenek kuh. Yang aQ sempat tengok adeQ  je la, sebab aQ ke 2 bongsu. *wink wink. Waktu malam if nanges nanges papa la buat susu. And until now pom, kadang kadang papa yang mandikan cucu plak. Tak kekok pom even dah tua. Macam ada baby balik. Bahaha.  Maa kekok nak buat semua tuh. Mungkin kerana papa mendahului buat semua tuh menjadikan maa kekok untuk buat segalanya tuh.

aQ ingat lagi kalo masa skola menengah dolu. Duk hostel, weekend balik rumah naik bus sebab masa tuh rumah kat rhu 10. Dalam 45min dari skola. Selagi aQ tak sampai rumah, selagi tu papa tercegat depan pintu. *bukan tercegat cekak pinggang nak marah wey, tercegat risaukan aQ. Heeeeeeee. Masa duk jabi dari skola 15min jep, weekend papa datang ambik and hantar. Sometimes rasa macam dikongkong, sebab aQ tengok kawan kawan balik rumah dengan taxi, before balik tuh, diorang pergi jalan jalan dolu. aQ hanya pernah berpeluang 2, 3x je balik rumah dengan taxi. Tu pom mintak kebenaran dolu. * bila fikir balik, bukan papa nak kongkong tapi untuk keselamatan kan. Kalo tak aQ merayau entah mana mana.

Masa dah besar gedebak ni pom papa still jaga macam dolu. Kalo aQ balik cuti sem tuh, memang tak akan ada chance nak telajak bus ke station seterusnya. Memang tak akan oke! even berdengkur macam lembu pom . correction : aQ tidur tak berdengkur pom instead aQ penat sangat sangat.  Why ? sebab, kejap kejap papa call tanya dah kat mana. Even masa tuh pagi, yala naik bus malam sampai rumah pagi . normal la kan. And actually kalo papa taw aQ nak balik (eh bukan aQ sorang jep, akak-akak aQ dolu pom macam ni jugak before kawen) tak tidur sangat. Time turun dari bus, tak pernah aQ yang tunggu papa, mesti papa yang tunggu aQ. Haaaaaaaa nak cakap aQ tak independent la tuh. aQ tak kisah korang nak cakap apa. Ingat sonang ke nak jaga anak dara sorang ? aQ pernah dengar orang tua tua cakap jaga anak dara sorang lebih susah dari jaga 10 ekor lembu. * aish ada ke patot sama kan kita kita  yang anak dara neh dengan lembu. Bahaha

Papa ni keras kepala sikit tapi berhati lembut. Kalo papa cakap A, susah sikit nak tukar jadi Z ke, ZA ke*eh product kecantikan tuh.  Yang ni aQ mewarisinya. Keras kepala tapi hati aQ lembut tahap cipan wey. Heeeeeeeee. Bagi aQ papa seorang yang sangat sangat bertanggungjawab. Sebab tu aQ alergik dengan orang yang tak bertanggungjawab and moga moga dapat laki bertanggungjawab macam papa. Tapi anak lelaki papa sendiri pom tak mewarisi sangat sifat papa, orang lain tak tahu la. Kalo ada tu Alhamdulillah kalo takde tuh Innalillah.

aQ sangat sangat sangat sayang papa…How my life without him ? uwhhhh I cant imagine! Actually aQ pernah imagine papa ‘takde’. Masa imagine pom aQ bole nangis, kalo betol betol ‘takde’. Tak tahu la macam mana ? kalo nak diceritakan pengorbanan papa terlalu banyak. Setakat ni je lah mampu aQ tulis.


I LOVE YOU PAPA, NO ONE CAN REPLACE YOUR PLACE IN MY HEART !!!

Tuesday, 14 June 2011

penyu tak kan nangis lagi :)

Ingat lagi tak Terengganu mengungguli piala F.A 11 jun hari tu ? if tak ingat, makan kismis banyak ye lepas ni.

Hari tu, aQ balik dari dating  dengan kawan kawan kuh , sampai rumah dalam pukul tolak 5minutes lagi nak pukul 8.

Sampai je, aQ terus solat maghrib, tak mandi dolu sebab takot tak sempat maghrib. aQ yakin, aQ bersih, sesuci murni. Poyoss..then after solat aQ terus pergi mandi la wey. Takkan tak nak mandi malam kot even sesuci murni. aQ tak baca yasin pom,biasanya baca yasin dolu then tunggu isyak baru buang telekung. Bapak ah semangat nak tengok match. Sampai banyak perkara skip.

8.30 aQ dah tersengih sengih depan tv. Wow sharp ! memang menghargai masa betol!  iyalah masa kan petroleum. *aishh jangan baling bantal aQ tukar peribahasa.  Padahal 8.30 tu tak start lagi match, buat dolu ‘benda benda alah’. *oke oke dah explain atifah, semua orang dah taw apa yang kau nak sampaikan.
Bapak ah ramai orang pergi tonton live ark. If I’m not mistaken 85 ribu orang yang menyemak kat stadium tuh. aQ ada dengar yang rakyat ganu (cerita selanjutnya pom aQ akan guna kan ganu, baru best sikit, ganu mean Terengganu, oke faham ye kalian ?) yang mana pergi stadium dapat doit minyak n doit pocket skali. Kalo aQ taw sebegitu ‘keistimewaannya’ , aQ sanggup pinjam kereta akakkuh, mintak izin dengan papa nangis nangis nak pergi stadium tuh. oke tipu.

Dalam duk tengok tengok tuh, dalam masa ke berapa entah, tapi lambat jugak ah nak ada jaringan gol dari mana mana team tuh. Tup tup tup tengok Kelantan masuk gol. Haduyai memang pilu ! sebab masa tinggal lagi sikit. aQ tengok muka muka orang ganu 10sen jep, tak macam Kelantan semua 50sen. Wow wow gumbira diorang ! aQ still tersengih sengih depan tv, mana la taw ganu ada gol lepas ni kan. Tunggu tunggu , takde. aQ rasa diorang maybe dah give up, main pom sekadar nak habiskan masa. *cehh cakap orang give up, padahal diri sendiri. Blushing ! yup, memang aQ rasa dah malas nak tengok so, aQ blah. Lagi pom zara berak, memang kerja aQ lah yang men ‘clean n clear’ kan bontot dia tuh. Masa duk clean clean, dengar sorakkan gol. For sure lah ganu, sebab nya sorakkan tuh kedengaran dari luar tv. Mean orang dalam rumah aQ, takkan nak sorak bagi team Kelantan kot.  masa gol tuh, tinggal beberapa saat jep lagi. Horey ! horey ! sign of good news, right ?

Time ni plak muka penyokong Kelantan 10sen. Ngeh ngeh ngeh. Mana tak 10 sen nye, masa Kelantan gol tadi, diorang nampak muka confident menang and aQ pom sampai bole give up. Yala, masa dah cun cun nak habis waktu Kelantan gol tuh. That’s why diorang dengan muka selesa nye yakin menang. Masa ganu gol tuh, ramai yang cakap sebab kena tandukan sorang team Kelantan tuh. Ya! Memang benar tapi kalau diperhatikan gerak perlahan tuh,  memang bola tuh akan masuk even tak kena tandukan dia and 1 more thing ada sorang team ganu jersey 15 kat belakang tuh. If bola tu terpesong pom, mesti ah dia akan masukkan, tak kan nak biar kot. Oke faham di situ ?

Masa pom bertambah lagi. *hamboi masa pom tak kenyang kenyang, asyik tambah jep. Of course lah kena tambah tak kan nak declare 2,2 menang . piala pom ada 1 jep. Main punya main 1 lagi gol ganu yang jaringkan. and masa tambahan tadi pom dah tinggal sikit lagi nak habis. *mulut senyum meleret leret. Muka confident menang. Bahaha. Tettttttttttt………………masa tamat ,finally T.E.R.E.N.G.G.A.N.U  M.E.N.A.N.G ! horey ! horey! Oke senyum yer penyu, jangan nangis lagi. aloo mucuk mucuk.

sekilas pandang ! jum layannnnnnnnnnnnnnnnnnn


hamboi hamboi, sonok !


Congrate to team TERENGGANU! Have fun trip to Europe. J

Thursday, 9 June 2011

kena tinggal !

Happy Friday everyone !
Al0pz, dah baca surah al-kahfi belom ? tak ingat yer, page nya 293-304. Di pagi jumaat yang indah, di syorkan pada korang baca surah al-kahfi ni. Saje jep aQ nak share, kata sharing is caring kan ? J sebab dengan baca surah ni dapat menyelamatkan kita pada 2 jumaat. Mean, korang baca jumaat hari ni, korang akan selamat sehingga jumaat depan and begitu la seterusnya kalo korang amalkan lah. Selamat dari segi camne wallahhullam, setakat tu je baru ilmu yang aQ dapat.  aQ tak tipu wey, meh aQ buktikan:

Tett
.
.
.
.

Rasulullah bersabda: Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya dari jumaat yang dia baca kepada jumaat yang berikutnya. ( H.R Baihaqi)

credit to uncle google J

Oke sekian saje tazkirah kita pada pagi yang mulia ini. Renung renungkan dan selamat beramal. *tone dr ezy (not sure ah ejaan name beliau) tazkirah kat hot.fm. comey+kelakar tone nye. I loike !
Let’s go to new paragraph, nak cerita pasal title tu haaaa.

Semalam hampir separuh orang kat rumah takde pergi kuala Terengganu . ada kenduri kat sana. aQ tak ikot p0m. biasalah perempuan solehah kan , mana la suka berjalan. *tipu yang amat ! sebenarnya aQ kena tinggal maa tak kasi pergi cause suruh temankan ahkakkuh dalam pantang.  Sob ! sob ! sob !

aQ pom dengan separuh rela akur jep. Actually aQ pom tak suka nak pergi kenduri kenduri neh even makan free and nak balon banyak mana p0m. takde plak orang nak halang tapi nya kat kenduri biasalah orang ramai yang amat. Rimas eh ! rela keempunan makan free ! aQ nak ikot semalam sebab nak pergi hantar baby alyaa (damn tembam) kat rumah nenek sebelah aboh dia sebab today dia dah nak bertolak pergi johor. Tapi kat rumah ni p0m ada sorang lagi baby, baby damia. Anak kepada akak ku jgak.

tapi aQ ada cakap kat maa yang aQ neh macam ada komitmen plak nak pergi situ sini tak bole, ingatkan single mana mana bole pergi tanpa ada komitmen pape. * bapak ah menipu, baru yang ni maa tak kasi , dah cakap tak bole pergi situ pergi sini. Selama ni bole jep mengikut keadaan ,tempat and waktu. Semua itu diambil kira untuk mendapat keizinan.  Huahuahua. Maa plak bagitahu, takpe la kita tolong orang, Allah akan mudahkan urusan kita. Yup ! that’s right tapi semua tuh kena ikhlas kan ? mudah ke nak ikhlas ? kalo di pupuk betol betol bole jep nak raih ikhlas tuh. * like fall in love gitu. Bahaha. Tapi bagikuh, entah la ikot mood and keadaan nak ikhlas. aQ manusia biasa ! *ayat takleh blah .

so, semalam aQ main masak masak kat dapur. * ceh ceh dah pandai masak sekarang. Jangan duk perasan sangat lah atifah oii, baru ciput resepi yang kau tahu. And belom tentu sodap kau masak ! L Actually aQ suka masak tapi aQ tak reti, disebabkan ketidak retiaan (bm failed !) itu lah kadang kala menyebabkan aQ give up tapi aQ try hard untuk jadi pemasak sesedap maa masak. Zaman bila akan terjadi perkara itu , no body knows ! sunggoh sedih di situ :( .
jeng
jeng
jeng

sweet sour . *orang letak epal hijau, aQ pergi letak epal merah, lantak lorh itu je yang mampu. bahaha

ni plak tempe. aQ suka sangat, ratah macam tu jep. baik untuk jantung !

ni la lauk yang aQ masak semalam.

Oke selamat menatap and menilai . aQ sedia menerima kritikan . kritik banyak sangat, lain kali masak sendiri!  .




Tuesday, 7 June 2011

Mek Kampung ?

hallow hallow
nak conteng  coret something sikit hari ni. time rajin kunjung tiba bole la update blog neh. 
nak cerita cerituk nya hari ni ada tetamu datang. mereka adalah keluarga abang iparkuh.  then kitorang apalagi.... buat buat kalut kemas rumah. *buat buat je oke. sebab maa yang suruh kemas, selagi tak bergerak o tak buat buat kalut, selagi tu la maa akan suruh, suruh dan suruh kemas. maa selalu cakap, buat malu je ada anak dara tapi rumah sepah . *tapi anak dara maa malu ke ? sunggoh annoying soalan ini.

maa plak duk pikiaQ nak buat lauk apa nak jamu mereka. so, 1part lagi kalut. *aishh cakap dahi luas cool, masalahnya aQ je yang dahi luas, maa tak ! so aQ je la yang cool. tapi maa selalu cakap aQ careless. yes ! i admit ! 

 pas tu, aQ dengan ahkakkuh pergi la beli lauk untuk masak. akakku je yang pergi beli , aQ duk dalam kereta jep. aQ pergi pom cause nak tolong drive untuk dia cause dia tak reti kereta auto. * saje  tak nak cakap yang diri tu driver.bahaha. pakaian aQ teramat sangat lah kampung, dengan tak mandi nya. ya ampun ya ampun. teruk nya kamu atifah ! *memang aQ gadis kampung pom. aQ pakai kain batik, *amat lah teruk sebab tak reti, cardigan and tudung indon yang nampak pipi aQ yang gedabak gemok. segalanya untuk cover pakaian tidur. maklomlah pakaian tidur camne kan. mek kampung oi, mek kampung !

after few minutes beli lauk, kemudian mereka sampai. aQ duk kalut nak pergi mandi. huuuuuuuu. 
bapak lah banyak mereka bawak makanan. serious manyak wey. karipap yang dah goreng 1plastic besar, yang tak goreng 1bekas petak besar tuh. ala ala karipap segera la then kuih apa entah yang manis manis tuh. *sunggoh daif nama kuih kuih tradisional tak kenal. takpe ada masa lagi nak berkenalan .

tadi kitorang masak simple simple jep asalkan bole dimakan kan ? tadi aQ la siang ikan, then lumur ikan dengan garam segala. *ala bahan bahan yang nak goreng ikan tu la. antara lauk lauk nya adalah * wah wah skema nya nak expalain yang neh. sayur pedas air petola, ikan goreng, ikan kering goreng, budu, sambal,kerabu sarang, gulai nenas, sambal, udang masak merah. simple kan ? masa makan makan tuh duk share resipi. aQ dengar je, nak nyampuk haram! takde resipi aQ nak share. sadis !

lama jugak la mereka datang sini, duk sembang sembang and main dengan cucu cucu. petang sikit baru balik.
oke la dah penat conteng coret. nak usha benda lain lak kat tenet. :)