kenalan tauke blog ini

Tuesday, 31 July 2012

tak kreatif !

assalamualaikum

dah 2,3 hari nak update blog tapi kemalasan melanda. hah..
ni aQ baru lepas kemas rumah..jemur kain ..angkat carpet , buang habuk and febrezee (cakap 99.9% mati kuman kan ???hahaha) bagai..dah la berat gler carpet tu, nak terkentut tarik carpet tuh pergi jemur kat beranda. huhuhu

after kemas kat luar semua. aQ plan nak kemas bilik. kalo ikotkan dah malas tapi mata serabut tengok sepah. aQ neh nak kata pembersih tahap cipan tu tak jugak, tapi tak bole tengok kotor kotor, nak kata pengemas sangat pom tak jugak tapi tak bole tengok sepah..kira aQ neh qanaah la..hak..hak..hak..

lupa nak ambik gambar sebelom kat sini. ni afta kemas kira oke la. aQ kan qanaah. bahaha


nampak tak spangebob bagai tuh. bukan aQ punye taw. euww..kat  katil ni kire oke da kot. aQ tak demand sangat bab2 tempat tido. bagi aQ kasi bantal peluk 1 and bantal alas kepala 1, da kire oke. tido atas simen pom aQ tak kisa . *tapi setakat neh tak pernah lagi la, takat tido atas sofa tu pernah la* hak..hak..


yang ni neh kene ejas lagik. aQ tengok serabai lagik !


bilik aQ space tak besar sangat tapi barang banyak. so, taktaw nak 'handeng' barang kat mana or nak kemas macam mana. sedih ! tak kreatif mengemas ! huhuhu. any idea(s) ?


Wednesday, 18 July 2012

orientasi

assalamualaikum

haii...haii..bertemu kembali kita di atifahmuhammad.blogspot.com.
oke hari tu pada 11july which is hari pendaftaran ceq untuk further study and instead of my frenz bezday nadyalee...hepy besday again ! hadiah tunggu ceq kahwen ngan datuk naaa... 

bertolak dari besut dalam 430pg. sampai kat usm dalam 1030pg sebab agak lama singgah masjid and kedai. alhamdulillah dapat bilik comfort and jumpa sorang akak ni baik sangat baik and membantu.

sangat comfort oke :) ceq di fahamkan ni hostel baru.

ni la akak tuh..kak fizan. amoi sket kan..heeeee

ni masa bacaan ikrar.

you know what ? ceq rasa cek antara termuda lah kat sini. hikhik. sebab tanya tanya umur berapa mesti 25 and above. biasa la pjj kan..kereta sorang sorang besaq habaq hang !
rata rata tanya ceq kenapa buat pjj ????tak buat fulltime ???
jawapan ceq, nak kerja and nak saving...

Antara faktor faktor nak sambung belajar :-

1. Sebab dulu masa skola skola pernah terfikir, at least aQ kena ada degree.

2. Sebab adik beradik sambung belajar so, terdorong untuk sambung belajar. *malu*


3.Nanti takot jugak anak tanya belajar takat mana, orang dulu dulu mungkin bole buat alasan takde doit tapi kita sekarang rasa macam tak relevan dah alasa tuh..seriously aQ cakap sekarang nak belajar doit tak jadi penghalang..tunggu nak dengan tak nak jep. and 1lagik mungkin bole encourage kan anak anak untuk belajar. *tetiba cakap pasal anak kan*

~kerana ALLAH itu pasti~ perlu ke mention ????

oke..meh ceq nak promote nak galakkan sambung belajaq kat usm. rata rata mengatakan yuran usm paling murah di abad ini. then exam hanyalah 1taon sekali. belajaq melalui portal (on9) ada sidang video bagai..tapi..tapi..tapi..asiggment mencurah curah seperti coklat mencurah ke ladang gandum maka jadi lah choco crunch..


haa..belajaq dekat sini la..

ada jugak yang tanya ceq kerja bila bila and cepat pulak dapat further study. sebab ada yang tak dapat umur lebih tua dari ceq. rasanya sebab koata kot and lebihnya rezeki ceq...alhamdulillah. 

siapa siapa yang nak belajaq ikotlah kat mana mana institusi pom..kalian bole buat loan yayasan (takat neh terengganu provide), ptptn , kwsp..and zakat (terengganu). rasanya cukup untuk bayaq yuran pom takpa da kan ??? dari segi minyak ulang alik belajaq and print assigment bagai. I think its not burden anymore..



jumm..jumm..pakat further study jumm..doakan ceq dipermudahkan urusan belajaq and habes dalam masa 4taon yer...takmo lebih lebih..heeeeeeee

Monday, 9 July 2012

NurMuhammad Sweet House

assalamualaikum

hellow..salam sayang u'olls..ni i'olls baru nak berjinak jinak dalam dunia business online..so, give me support ya :) i'oll cuba cari harga yang mampu student milik and apatah lagi orang yang bekerja.. try la usha usha yer..


usha sini yer sayangs..darlings..intan payung..hehehe.

sila la LIKE. setiap LIKE u'olls, i'olls sangat sangat lah menghargainya. happy shoping ya ! 


Sunday, 8 July 2012

rezeki

assalamualaikum

bangom pagi pagi..macam biasa rutin ..sembahyang subuh then 7.30 kejut anak buah si zara ..mandi mandi dia bagai. hantar pergi tadika..macam anak sendiri tanggungjawab nya kan ? takpe practise make perfect. muahaha..

Lepas tu, aQ kene gerak pergi dewan lak pukul. ceewahh..macam la dewan tu jaoh kan padahal depan rumah jep. Event kat dewan tuh pukul 8am tapi aQ pergi 9.30am. tu pom sebab papa and ma 2,3kali suruh pergi. aQ pom cepat cepat ah mandi.

taw tak aQ pergi 9.30am ...pukul 12.30 baru event tu start tapi aQ cool jep..tak marah walaupun rasa nak meletup jugak ah. eh keleng kejap cool kejap nak meletup..hahhahah.

actually , aQ nak pergi ambik doit rm200 kat dewan tuh. doit bakti remaja. berbakti la sangat kannn..hak. tahun lepas aQ dapat doit kem bakti remaja rm 500 derr..pergi 3 hari 2malam..tadah telinga jep. sape nak kasi habaq mai ? aQ pergi tu pom masa tu tak cukup 21 lagi, tak cukup bulan la taon da cukup. hek. rezeki nak dapat kan. sebab sepototnya orang yang daftar mengundi jep bole pergi.



doit tadi aQ bagi papa rm50 and maa rm 50. ambik berkat derrr..eh betol la kalo bagi makayah doit murah rezeki taw. aQ confirm ah tak pokai nya bagi doit kat makayah. sikit pom takpe la tengok atas kemampuan ler..sejak sejak aQ keje neh, aQ kasi la papa ma tiap tiap bulan. tak banyak pom. papama pom tak kisah bagi or tak, aQ saje je la feeling nak bertanggungjawab. hak..hak..bulan lepas kan aQ tak kasi papa and maa doit seriously rasa macam pokai sangat sangat. rupa rupa makin kite tak bagi makin rasa kurang. 

ade tok guru pernah cakap taw andai kite ade rm250. biarlah rm200 tu bagi makayah ..haa...sampai macam tu sekali. sanggup ke ????? eh teringat plak zaman aQ kat kolej dulu..cehh..macam tua bebenor cakap zaman padahal baru taon lepas grad diploma. dulu masa kat kolej kitorang dapat elaun taw rm265/month. ade la member aQ neh, dia kasi mak dia rm50. tengkenzut aQ..yala bayangkan rm265/month kasi plak mak rm50. aQ ni da la tak kasi makayah, arwah nenek aQ plak tambah elaun aQ adelah..tu pom rasa macam tak cukup lagi..haishh nafsu serakah betoi aQ neh...tapi kan , aQ tengok member aQ tu oke jep. bole aje makan macam biasa. tu la kuasa ALLAH kan. 

so, moral of the story jangan berkira nak kasi orang tua kita doit biarpun mereka mampu. akak aQ pom pernah cakap sepanjang dia kasi papa maa doit tak rasa lagi macam takde doit, kekadang ade lebih lagi dalam sebulan tuh. what we call..rezeki...

Friday, 6 July 2012

Surah Al-Masad

assalamualaikum

salam jumaat semua. penghulu segala hari.

aQ straight je la eh ? malas nak pantun pantun.
macam ni tadi tangan aQ ada la terkena pisau sikit eh banyak jugak. darah macam biasa mengalir macam air. tengok tengok jam dah 3.15pm ..masa tu aQ tak sembahyang zohor lagi. da nak habis waktu kan. so, tak taw nak buat macam mana nak kasi darah cepat kering. nak letak minyak gamat take time jugak nak tunggu darah berhenti..

tut..tut..abang aQ cakap baca tabba tiya da (surah al-masad) 3kali then ludah kat luka tuh. aQ sebenarnya berkira kira jugak nak buat yang ni ke or nak letak gamat. sebab aQ terfikir orang macam aQ bace surah takot takot ade tersalah bace..lari maksud so tak jadi ubat lah. eh paham tak ? tak reti nak terangkan. tapi aQ decide baca surah tuh dari sapu gamat sebab da lewat sangat nak solat..aQ baca 3kali then ludah kat luka tuh, tak sampai 3minit terus kering darah and luka pom tertutup. Amazing right ?


share share la yer. 
oke ..salam sayang..*ceewaahh..


Wednesday, 4 July 2012

aku dan angan angan

assalamualaikum

hellow..and selamat petang. hi-tea jumm..

oke..oke..straight forward. aQ neh sebenarnya makhluk ALLAH paling seksi suka berangan. selalu berangan. biasa aQ berangan pasal dapat kerja yang best best..dapat beli itu ini. dapat pakai honda jazz. dapat belanja papa maa. hah..hah..

Tapi aQ berangan tak sampai ke tahap drive kereta bole tercium bontot kereta orang sebab berangan..takpom masa goreng ikan, takdek ah sampai hangit duk layan angan angan..owh..tidak! tidak! setegar itu. Entah la nak cakap aQ kuat berangan tak jugak.

Rasulullah saw bersabda :
"permulaan kebaikan umat ini adalah dengan zuhud dan yakin dan akhir kehancuran adalah sebab bakhil dan berangan angan panjang".

akhir kehancuran adalah sebab bakhil dan berangan angan panjang. huhuhu.. takotnya. takmo da berangan lepas ni. takmo ! takmo ! tapi nanti buat plak. seeloknya eloknya kalo takdek buat pape, contohnye termenung..owh ya, termenung neh bole membawa kita ke arah berangan angan. so, better la kita berzikir. ye dok ?

Adam as berwasiat kepada anaknya Syits dan diperintahkannya agar wasiat itu disampaikan kepada anak anaknya sesudah itu..mean kite kite lah you all.

5 wasiat :

1. Katakan kepada putera puteramu, janganlah kalian terpaut kepada dunia. sesungguhnya aku di syurga terpaut dengan tidak seberapa, kemudian Allah mengeluarkanku darinya.

2. Katakan kepada mereka, janganlah kalian turuti kehendak isterimu, sesengguhnya aku telah turuti kehendak istreriku dan aku makan syajarah, namun akhirnya aku menemui penyesalan.

3. Katakan kepada mereka, jika hendak berbuat fikirkanlah apa akibatnya. Kalaulah aku fikirkan akibatnya tentulah aku tidak menerima nasib ini.

4. Jika hatimu terpaut oleh sesuatu tinggalkan saja ia. Sesungguhnya ketika aku makan syajarah, hatiku amat terpaut padanya, namun aku tidak kembali sehingga akan ditimpa penyesalan.

5. Bermesyuaratlah dalam segala urusan. Jika aku bermesyuarat dengan para malaikat, tentulah nasib seperti ini tidak akan menimpaku.

Renung renugkan.






Sunday, 1 July 2012

photographer cilik

assalamualaikum

hai, hellow..how are you..are you there ? *tetibe rasa merepek sensorang..hah..hah..tapi memang begitulah selalunya..

rutin harian macam biasa petang around pukul2 pergi mengajar. ustajah kann...ahaks. tadi dalam kelas tak taw nak buat hape ..cek cek nota budak, rotan rotan budak..hahahaha..tadi budak budak ade training untuk sukan on thursday. so, tak ramai lah budak budak dalam kelas. 






ni semua keje bebudak neh..

here....

ni plak gambar gambar yang dia ambil oleh si kecik zara..


ada yang tak berapa centre lah..hape lah. biasa la baru 5taon kan..ni kira oke la.


tak aci betol, dah la aQ kurang tinggi daripada maa..maa plak pergi pakai heel..hohoho.. ni masa nak pergi rumah ciksue. balik sekolah ..dalam pukul 5.45pm macam tuh terus pergi ..sebab tu bawak banyak barang. sebab pergi da senja, nak mandi sana. zara la, bukan aQ.

ni gambar oke sikit kot..nak cakap centre tak jugak..nak cakap oke pom k.o aje. .tapi..tapi yang memusnahkan gambar  sebenarnya orang  yang dalam gambar tuh. muahaha.


oke la bubye. salam sayang darikuh..*ceeewaaahhh.