kenalan tauke blog ini

Friday 11 May 2012

Iblis

Assalamualaikum

entry aQ neh sekadar sedikit perkongsian dari pembacaanku untuk rohani kita bersama. dan mungkin lepas ni aQ aku akan terus lagi post benda benda macam ni untuk peringatan pada diri serta menguatkan rohani dan of course untuk kebaikan bersama..oke da muqaddimah. !

Dirawikan bahawa iblis bertanya kepada Imam Syafie ra', "bagaimana pendapatmu dengan orang yang menjadikanku sebagai pilihannya dan memperlakukan sesuatu yang dia kehendaki. Setelah itu jika dia mahu memasukkanku ke Neraka. demikin ini adil atau tidak?"

Imam Syafie terdiam sejenak lalu berkata, "Wahai Kamu! Jika dia jadikan kamu untuk sesuatu yang kau kehendaki, maka dia menzalimimu. Tapi jika dia jadikan kamu masuk untuk sesuatu yang dikehendaki maka jangan tanyakan perbuatannya. Dia makin rosak."

Lalu iblis berkata, "Demi ALLAH wahai Syafie aku telah menjerumuskan dengan pertanyaanku ini tujuh puluh ribu abid(abad) hingga mereka keluar dari buku ibadah."

Ketahuilah hati ibarat gedung pertahanan dan syaitan itu musuh yang hendak menyusuk ke dalamnya,hingga menguasai dan memerintah. Tidak mampu menjaga pertahanan dari musuh kecuali dengan menjaga pintu gedung dan celah-celahnya. Tapi juga tak mampu menjaganya kecuali harus mengetahuinya. Maka menjaga hati dari godaan syaitan adalah wajib wardhu ain. Dan saranan untuk melakukan wajib adalah wajib pula. 

Jika tidak mampu menolak syaitan kecuali mengetahui lorong lorongnya, maka mengetahui lorong-lorong itu menjadi wajib. Sedangkan lorong dan pintu-pintunya sebagai sifat hamba adalah banyak. Antara lain adalah marah dan syahwat. Marah merupakan belenggu akal. Jika akal lemah pasukan syaitan akan menyerbu. Banyak kemarahan seseorang itu adalah permainan syaitan. 

Dan telah tersebut Ba'dhul Auliya' berkata kepada iblis, "perlihatkan kepadaku bagaimana engkau mengalahkan manusia?"

Ibis berkata, "Aku mengalahkannya ketika marah dan berkeinginan." Lorong adalah kerakusan. Boleh jadi kerakusan membuat seseorang buta dan tuli.  Ketika syaitan menggoda menawarkan segala cra untuk mencapai keinginannya meskipun cara itu mungkar dan keji.

Dirawikan bahawa Nuh as menaiki kapalnya beserta dengan semua jenis bintang dan manusia yang berpasang-pasangan sebagaimana perintah ALLAH. Tiba-tiba dia melihat seorang tua yang tidak dikenalinya berada di dalam perahunya itu. 

Nuh bertanya, "mengapa engkau masuk?" Dia berkata, Aku masuk untuk menggoda hati teman teman hingga hatinya bersamaku meskipun badan mereka bersamamu." Nuh berkata, " Keluarlah wahai musuh ALLAH sesungguhnya engkau dilaknati!" Iblis menjawab, "Dengan 5 cara akan kuhancurkan manusia. 3 di antaranya akan aku ceritakan padamu tapi yang 2 tidak."

Kemudian ALLAH menberi wahyu kepada Nuh bahawa: "yang tidak itu kau tidak memerlukannya. Mintalah agar dia menceritakan yang 2 saja." Kemudian Nuh berkata, "apa yang 2 itu ?" Iblis menjawab, "keduanya tidak mendustakan dan mengingkariku". Dengan kedua kuhancurkan manusia. Iaitu rakus dan hasad. Dengan hasad aku dilaknati dan direjam. Adapun rakus,  telah menyebabkan Adam terkeluar dari Syurga. Maka aku menggodanya dengan kerakusan."

Lorong lain adalah kenyang makan meskipun halal. Sebab kenyang akan menguatkan syahwat sebagai pedang syaitan.

no ! no ! jangan makan sampai macam ni u'ollss nanti susah nak solat and zikir.

Telah dirawikan bahawa Yahya as nampak iblis membawa penjerat lalu Yahya bertanya, " Ya iblis penjerat apa itu ?" iblis berkata, "Inilah syahwat ku pakai menjerat manusia." Nabi YAhya bertanya, "adakah aku akan dijerat?" iblis menjawab, "jika kamu kenyang , kuberatkan kau dari solat dan zikir." Nabi Yahya bertanya lagi, "Adakah selain dari itu?" iblis menjawab, "tidak". Lalu Nabi Yahya berkata, "kerana ALLAH semata , perutku takkan kupenuhi makanan selamanya." iblis juga berkata, "demi ALLAH, aku akan menggoda manusia di sepanjang hayat. "

Adapun lorong iblis yang lain suka berhias pada pakaian  dan rumah perempuan. Syaitan selalu menghusut orang untuk itu ini hingga dia kerugian umurnya dan takkan sedar sampai mati bahawa dia dijalan syaitan dan mengikut hawa nafsu yang berakibat buruk. Nauzubillah.

Sedangkan tamak merupakan lorong iblis. Shafwan bin Salim telah meriwayatkan bahawa iblis menjelma sebagai Abdullah bin Hanzalah. Shafwan menegurnya "Hai Ibnu Hanzalah, peliharakanlah apa yang ku ajarkan padamu." Ibnu Hanzalah menjawab, "Aku tidak memerlukannya.". Shafwan berkata, "Ya Hanzalah fikirkanlah. Jika baik ambillah, jika tidak buang saja. Janganlah kamu minta kepada selain ALLAH. Lihatlah bagaimana ketika engkau marah, sesungguhnya aku memilikimu ketika marah."

Demikian pula sifat tergesa gesa.

Rasulullah bersabda: "tergesa gesa itu dari syaitan dan berhati hati itu dari ALLAH. Ketika tergesa gesa syaitan meniupkan kejahatannya kepada seseorang sekira dia tidak tahu".