kenalan tauke blog ini

Saturday, 19 May 2012

karnival kerjaya

assalamualaikum

tadi siang aQ pergi kat karnival kerjaya dengan si aina. aQ kan job seeker..seeker ke ? hahaha.

sebelom pergi papa dah warning if kerja swasta takyah ambik la. kalo aQ jenis yang tak kerja lagi takpe. ni kerja aQ yang ni cam oke ..tup..tup..nak ke swasta memang tak ah kan. incase la gaji 1m. *tapi toksah duk berangan memang  tak akan jadik.*padahal papa da taw kat situ takdek offer kerja gov tu tak galakkan sangat pergi tapi aQ plak yang gatai nak pergi. huahuahua

masuk aje dewan tanya cik akaQ tuh kerja yang offer swasta or gomen (goverment). cik akaQ tuh cakap takdek ag kekosongan gov..hahaha. kelakar kan. tak kan offer kerja gov kat karnival. imposible ! aQ ngan aina pom ambik la hati, taktaw la ambik hati sape tapi kitorang isi borang yang job mesia tuh. padahal kitorang da isi online.




kami isi borang neh kat luar dewan..tup..tup..datang sorang mak cik neh tanya tempat orang kasi  doit untuk bantuan skola kat mane. mak cik tu punya tanya macam kitorang neh ada buat salah pape. ingat nak marah hape la, rupa rupa nak tanya tu jep..


aQ rasa nampak cam mak cik mak cik jep gambor neh. hahaha..tapi muka mak cik tuh lagi garang taw. mak cik ni cam comey comey jep. pang !

Lepas pergi karnival tuh..akaQ aina datang ambik kitorang . then terus pergi hospital lawat uncle aina kene stroke sebab masa tu da pukul 1. kan waktu melawat pukul1. agak lama jugak ah pergi hospital, aQ aina and anak buah dia keluar dari wad. tunggu aje mak aina masuk lawat kat luar. eh paham ke ayat aQ neh ? Lolz..

apa yang kami buat...jeng... jeng.. jeng...

gambor neh bole masuk dalam pertandingan ibu dan anak hape entah...lupe ! heeeeeeeee






again...macam mak cik ! hah..hah..

oke ini lah yang kami lakukan diluar wad. lokasi hospital besar besut ..kahkahkah..ngek sunggoh datang melawat orang sakit tapi ini plak kerjanya..

oppss..pasal karnival tuh entah aQ tak mengharap pape pom. kerja yang offer pom macam suam suam aje.cehhh..gler demand! hahaha

oke la nak tido..bubye.

Wednesday, 16 May 2012

happy ustajah's day

assalamualaikum

seperti yang ramai tahu hari neh adalah hari guru..*skema ayat*. aQ saje tukar ustajah sebab aQ kan ustajah. heeeeee

so, hari neh cam sekolah sekolah lain, sekolah aQ jugak celebrate..and hari neh jugak aQ bawak puding karamel hasil buatan maa. agagaga. sebab cikgu cikgu diminta bawak kuih muih. weird ? hahaha

sambutan agak meriah la. diluar jangkaan kuh. sebab aQ expect tak meriah sebab nya masa majlis penyampaian hadiah hari tuh sangat sangat nampak daif majlisnya. sehinggakan aQ rasa taknak pergi sambutan hari guru neh. heeee..tapi semua sangkaan kuh meleset. meriahh..habaQ hang! asyik gelak aje aQ. hahhaha

jumm aQ tunjuk kan activities hari guru..

pagi pagi..of course lah breakfeast dolu..aQ tak breakfeast sebab da balon nasi bungkus kat rumah..rugi noksssss..

haa..tu time breakfeast ah. aQ tak ambik gambor makanan yang banyak atas meja. memang manyak ah tapi da perut kenyang..tak dapek nak tolong habiskan. huuuuhu..

after selesai breakfeast. ada la sket briefing pasal nak main main bagai neh...and asing kan group untuk main. tengok gambar bawah neh..ni permainan kukur nyor(kelapa). ni kira first step kene kupas ah dulu then kopek and....


here kukur...sepatotnya aQ yang kene kukur tapi nampak cam lem..bap sangat senang cerita nampak cam tak biasa, group aQ pom suruh berhenti then cikgu yang kat bawah neh yang sambung. actually dulu dulu masa duk ngan nenek aQ pernah aje aQ kukur nyor tapi da lame tinggal..kekok sket.

pssttt.....ni cikgu zakaria..dulu cikgu bahasa melayu(penulisan) aQ. now, kerja satu bumbung lak..hahaha. small world. teehehehehe.

yang kat bawah ni plak mainan baling kelapa untuk jatuhkan tin yang tersusun tuh. asyikkk gelak jep aQ tengok orang main permainan neh. at last turn aQ 1 tin pom tak jatuh. muahahaha.



ni plak acara dewan..antaranya kena lukis gajah ..yang mana paling cun antara lukisan cikgu laki and cikgu perempuan..students neh kira judges la. oppsss..tak snap gambar lukisan sebab lukisan terlalu hodoh..lagi pom malas nak berdiri ambik gambor. heeeeeee




antaranya lagi..nyanyian, sajak...and...


karoake u'olls..first time i attend teacher's day celebration ada cikgu korak..hebakk ah skola neng..hahaha..tapi tak berapa nak karok sebab keyboard tak jumpa wayer apa entah..taknak kasi karok la tuh..heeeeeee.

 ni..ustazah nama apa entah nyanyi lagu..ibu kot.

ni plak hadiah aQ dapat hasil dari main main padahal tumpang tuah orang aje. do I care ? hahhaha.


ni plak..hadiah cinonet cinonet (students) bagi..kikiki.thanx a lot sayang sayangs.



here..ni la nama skola yang aQ mengajar. heeeeee. *ni jugak hadiah dari cinonet*



ni pic da balik dari skola..nampak penat tak ? nampak tak ? nampak tak ? hah..hah..


"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara"





Sunday, 13 May 2012

check it out

assalamualaikum

Moga moga semua sihat sihat and dalam redhaiNYA selalu..entry neh sekadar nak share apa yang aQ terbaca kat muka buku and aQ rasa amat berguna..jum ! kita sama sama check :)


Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :


1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.

Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.



2. Buat kerja, tak siap.

Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.



3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.

Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.



4. Masa habis dengan sia-sia.

Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.


amacam u'olls ada simpton simpton tuh tak ? 




Alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bankrap di akhirat nanti. Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing. 


Sama sama muhasabah diri moga moga hidup kita selalu diberkatiNYA. Amin Ya Rab..

Friday, 11 May 2012

Iblis

Assalamualaikum

entry aQ neh sekadar sedikit perkongsian dari pembacaanku untuk rohani kita bersama. dan mungkin lepas ni aQ aku akan terus lagi post benda benda macam ni untuk peringatan pada diri serta menguatkan rohani dan of course untuk kebaikan bersama..oke da muqaddimah. !

Dirawikan bahawa iblis bertanya kepada Imam Syafie ra', "bagaimana pendapatmu dengan orang yang menjadikanku sebagai pilihannya dan memperlakukan sesuatu yang dia kehendaki. Setelah itu jika dia mahu memasukkanku ke Neraka. demikin ini adil atau tidak?"

Imam Syafie terdiam sejenak lalu berkata, "Wahai Kamu! Jika dia jadikan kamu untuk sesuatu yang kau kehendaki, maka dia menzalimimu. Tapi jika dia jadikan kamu masuk untuk sesuatu yang dikehendaki maka jangan tanyakan perbuatannya. Dia makin rosak."

Lalu iblis berkata, "Demi ALLAH wahai Syafie aku telah menjerumuskan dengan pertanyaanku ini tujuh puluh ribu abid(abad) hingga mereka keluar dari buku ibadah."

Ketahuilah hati ibarat gedung pertahanan dan syaitan itu musuh yang hendak menyusuk ke dalamnya,hingga menguasai dan memerintah. Tidak mampu menjaga pertahanan dari musuh kecuali dengan menjaga pintu gedung dan celah-celahnya. Tapi juga tak mampu menjaganya kecuali harus mengetahuinya. Maka menjaga hati dari godaan syaitan adalah wajib wardhu ain. Dan saranan untuk melakukan wajib adalah wajib pula. 

Jika tidak mampu menolak syaitan kecuali mengetahui lorong lorongnya, maka mengetahui lorong-lorong itu menjadi wajib. Sedangkan lorong dan pintu-pintunya sebagai sifat hamba adalah banyak. Antara lain adalah marah dan syahwat. Marah merupakan belenggu akal. Jika akal lemah pasukan syaitan akan menyerbu. Banyak kemarahan seseorang itu adalah permainan syaitan. 

Dan telah tersebut Ba'dhul Auliya' berkata kepada iblis, "perlihatkan kepadaku bagaimana engkau mengalahkan manusia?"

Ibis berkata, "Aku mengalahkannya ketika marah dan berkeinginan." Lorong adalah kerakusan. Boleh jadi kerakusan membuat seseorang buta dan tuli.  Ketika syaitan menggoda menawarkan segala cra untuk mencapai keinginannya meskipun cara itu mungkar dan keji.

Dirawikan bahawa Nuh as menaiki kapalnya beserta dengan semua jenis bintang dan manusia yang berpasang-pasangan sebagaimana perintah ALLAH. Tiba-tiba dia melihat seorang tua yang tidak dikenalinya berada di dalam perahunya itu. 

Nuh bertanya, "mengapa engkau masuk?" Dia berkata, Aku masuk untuk menggoda hati teman teman hingga hatinya bersamaku meskipun badan mereka bersamamu." Nuh berkata, " Keluarlah wahai musuh ALLAH sesungguhnya engkau dilaknati!" Iblis menjawab, "Dengan 5 cara akan kuhancurkan manusia. 3 di antaranya akan aku ceritakan padamu tapi yang 2 tidak."

Kemudian ALLAH menberi wahyu kepada Nuh bahawa: "yang tidak itu kau tidak memerlukannya. Mintalah agar dia menceritakan yang 2 saja." Kemudian Nuh berkata, "apa yang 2 itu ?" Iblis menjawab, "keduanya tidak mendustakan dan mengingkariku". Dengan kedua kuhancurkan manusia. Iaitu rakus dan hasad. Dengan hasad aku dilaknati dan direjam. Adapun rakus,  telah menyebabkan Adam terkeluar dari Syurga. Maka aku menggodanya dengan kerakusan."

Lorong lain adalah kenyang makan meskipun halal. Sebab kenyang akan menguatkan syahwat sebagai pedang syaitan.

no ! no ! jangan makan sampai macam ni u'ollss nanti susah nak solat and zikir.

Telah dirawikan bahawa Yahya as nampak iblis membawa penjerat lalu Yahya bertanya, " Ya iblis penjerat apa itu ?" iblis berkata, "Inilah syahwat ku pakai menjerat manusia." Nabi YAhya bertanya, "adakah aku akan dijerat?" iblis menjawab, "jika kamu kenyang , kuberatkan kau dari solat dan zikir." Nabi Yahya bertanya lagi, "Adakah selain dari itu?" iblis menjawab, "tidak". Lalu Nabi Yahya berkata, "kerana ALLAH semata , perutku takkan kupenuhi makanan selamanya." iblis juga berkata, "demi ALLAH, aku akan menggoda manusia di sepanjang hayat. "

Adapun lorong iblis yang lain suka berhias pada pakaian  dan rumah perempuan. Syaitan selalu menghusut orang untuk itu ini hingga dia kerugian umurnya dan takkan sedar sampai mati bahawa dia dijalan syaitan dan mengikut hawa nafsu yang berakibat buruk. Nauzubillah.

Sedangkan tamak merupakan lorong iblis. Shafwan bin Salim telah meriwayatkan bahawa iblis menjelma sebagai Abdullah bin Hanzalah. Shafwan menegurnya "Hai Ibnu Hanzalah, peliharakanlah apa yang ku ajarkan padamu." Ibnu Hanzalah menjawab, "Aku tidak memerlukannya.". Shafwan berkata, "Ya Hanzalah fikirkanlah. Jika baik ambillah, jika tidak buang saja. Janganlah kamu minta kepada selain ALLAH. Lihatlah bagaimana ketika engkau marah, sesungguhnya aku memilikimu ketika marah."

Demikian pula sifat tergesa gesa.

Rasulullah bersabda: "tergesa gesa itu dari syaitan dan berhati hati itu dari ALLAH. Ketika tergesa gesa syaitan meniupkan kejahatannya kepada seseorang sekira dia tidak tahu".

Thursday, 10 May 2012

aku tersentuh

assalamualaikum

sob ..sob..tskkk..tskk..nanges la kengkonon.
semalam tengok kat buletin utama tv3. kes yang ibu dera baby tuh. actually before tengok situ da tengok kat fB tapi tak plak tergerak hati nak click. sebab aQ tahu aQ neh jenis emosional sikit, kalo kesian tuh memang sampai bole nangis nangis. that why la tak tengok. tapi dalam berita tertengok plak.

yaALLAH aQ rasa luluh hati *hamboii luluh bagai ayat* . aQ rasa cam nak nangis, maa pom cakap benda yang sama. maa duk risau kot kot cucu cucu maa orang buat macm tuh. aQ rasa si ibu tuh ada problem dengan hubby dia. entah entah masa dia buat tuh da tak nampak macam anak. biasa la kalo da diri dirasuk setan macam macam bole jadik.

yang hairan bin ajaibnye yang rakamkan video tuh. kepala hotak letak kat lutut ke hape. sanggup dia biar jep. kalo aQ ada kat situ, aQ rela aQ kena pukul. tapi 'kalo' 'kalo' neh buah syaitan. takdek la nak cakapnya budak tu  tak taw pape and memang tak patot dia diperlakukan cam tuh. see...menulis blog pom aQ da cam emo.

eeii..sedih gler ah. and lagi geram dapat tahu penjara just 18bulan. tak fair langsung kan ?! tak setimpal dengan apa yang dia buat. moga moga baby tuh selamat and takdek kerosakkan dalaman.

tengok ah betapa KEJAMNYA !!*jangan tengok if anda emo macam saya.







Tuesday, 1 May 2012

hari menyesakkan

assalamualaikum

semalam aQ buat amali solat yang neh kira final untuk UPKK ah. so, buat amali neh kat surau. students 34 orang ni untuk kelas aQ, yang kelas second 31 orang. aQ jugak kene buat kelas second tapi tak buat lagi cause nak habiskan kelas aQ dulu.

bayangkan 34 orang dengan ruang legar agak besar surau tuh. tak dang aQ nak kawal. padahal budak budak darjah 5 tapi entah kenapa la semalam hyper sangat diorang. macam budak terlebih gula. hah..hah..diorang bising, main main bagai bila aQ bangom angkat rotan diorang pom lintang pukang lari. kalo tak ingat keprofesiolan aQ sebagai guru neh memang aQ kejar la diorang.

tengah tengah buat amali tuh, antara diorang ada gaduh sampai nangis nangis, menjerit bagai. penat aQ nak melayan nasib baik la bergaduh tuh dekat dekat waktu nak balik. merah kot muka aQ semalam. 

yang budak laki asal aQ nak marah ada jep modal nya. terus tak jadi marah, asyik nak tergelak jep. bole kira berapa kali jep aQ berhasil 'berlakon' jadi serious. aQ rasa aQ neh takde ciri ciri nak cikgu ah. hahaha.

balik aje sampai rumah , terus buang tudung pergi melantak nasi sepinggan. perggghh..lega ! tak sempat nak siapkan amali. haishh..budak budak.