kenalan tauke blog ini

Tuesday 20 March 2012

mahu muka lamakuh

assalamualaikum

alopz blog ! should I said alopz to blog ? never mind..never mind..hah..hah..oke straight to my entry.

taw tak..taw tak..muka aQ teruk gler gler sekarang. :( .sumpah low confident nak berhadapan dengan makhluk lain dengan keadaan muka cam gini. lagi lagi dengan students time tasmik. kan tasmik kene rapat rapat duduk renggang renggang hati bertambah sayang...pang ! melalut jaoh. kalo tasmik kene duduk dalam keadaan jarak yang dekat baru la bole dengar bacaan mereka. minggu neh aQ takde mood nak mengajar. kesian budak budak dapat ustajah macam haku neh. kuikuikui. ada student cakap ingat aQ pergi pulau, yala cuti sekolah kan 1minggu, dia ingat aQ pergi holiday lettew..padahal aQ busy macam hape time cuti hari tuh.

penyebab kepada muka aQ teruk macam gini sebab tukar product lain kat muka. muka aQ jadi gelupas and nampak macam tua gitu. sebab ada kedut kedut gelupas tuh. actually, aQ tak taw la muka aQ gelupas neh sebab tak sesuai dengan product tuh or memang product tuh nak 'treat' muka aQ and gelupas tuh sebab nak buang sel kulit mati. hamboii..manyak nye sel kulit mati aQ ? sampai 70% dari muka aQ gelupas. *rolling eyes*

bukan takat tuh jep, mata aQ jadi bengkak, nak bukak pom macam nak tutup balik. and muka jadi merah merah, gatal gatal and now..dah ada parut bawah mata kanan sebab aQ asyik garu jep. gatai nyah, mak garu je la. 

aQ baru gunakannya tak sampai 1minggu. tapi sekarang neh aQ 'treat' balik dengan bedak sejuk. malam pakai bedak sejuk, siang pergi mana mana da tak pakai pape. ttak tahannya facial foam pom tak pakai. hahaha. aQ nak stop! kawan kawan aQ pom suggest suruh stop. maa gosok pipi aQ terkejut terlalu kasar mengalahkan kertas pasir. hah..hah.. ma cakap takde penyakit pergi cari penyakit. aQ guna product neh konon nak hilangkan whitehead la, sebab rasanya muka aQ takde prob lain. tapi lain lak jadinya. pedih pedih pom ada taw.

walaupun muka aQ takde la secun mana pom dolu tapi jaoh la lagi oke dari sekarang. kulit licin , nak sentuh pipi sendiri pom best tapi tak sampai la ke tahap nak cakap kulit muka dulu flawless. bila da jadi cam gini baru rasa. waaaa...nak muka yang dulu. hah..hah..biasa la manusia bila dah jadi macam gini baru nak hargai yang dulu. hehehe. dulu dulu aQ jenis tak kisah sangat muka macam mana tapi bila dah jadi cam gini rasa terlebih nak jaga lak muka . hew hew hew.