kenalan tauke blog ini

Sunday, 5 February 2012

maulidur RASUL (NABI MUHAMMAD S.A.W)

Assalamualaikum

Hari ini sudah sedia maklum 12 rabiuawal tarikh islam merupakan hari kelahiran baginda Nabi Muhammad S.A.W. Kita diseru untuk selawat kepada baginda. spend masa dalam 2,3 minit untuk selawat kepada baginda tidak terlalu lama, bukan ?Moga kita dapat syafaat darinya nanti. Ikuti kisah dibawah ini . hew..hew..

Pada suatu malam seorang lelaki bermimpi melihat Rasulullah s.a.w tetapi baginda tidak menoleh memandangnya.

“Wahai Rasulullah, apakah engkah marah kepadaku?” Tanya lelaki itu.

“Tidak” Jawab Rasulullah s.a.w

“Mengapa engkau tidak memandangku?” Tanya lelaki itu lagi.

“Kerana aku tidak kenal kamu”. Kata Rasulullah s.a.w

Lalu lelaki itu bertanya lagi “Bagaimana engkau tidak mengenaliku ya Rasulullah? Aku adalah umatmu. Para ulama pun mengatakan bahawa engkau lebih mengenali umatmu daripada ayah dan ibunya sendiri.”

“Mereka benar. Aku tidak mengenalimu kerana engkau tidak mengingatiku dengan membaca selawat. Padahal aku kenal dengan umatku itu bergantung kepada bacaan selawat mereka kepadaku.” Jawab Rasulullah s.a.w

Lalu lelaki itu terus terjaga dan mewajibkan dirinya membaca selawat seratus kali sehari.

Bebarapa hari kemudian, lelaki itu bermimpi melihat Rasulullah semula seraya Baginda s.a.w berkata “Sekarang aku telah kenal engkau dan aku syafaati engkau”

-Mukashafah Al Qulub : Imam Al-Ghazali

Ya Allah, berilah selawat ke atas Nabi Muhammmad s.a.w dan ke atas keluarga Baginda sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji Lagi Maha Mulia. Ya Allah, berkatilah ke atas Nabi Muhammad s.a.w sebagaimana Engkau telah memberkati ke atas Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.