kenalan tauke blog ini

Wednesday 27 July 2011

gigi depan kuh tercabut ....tidak !!!!!!!

assalamualaikum...yabibi ya maulana

macam mana nak cerita erk....

begini......aQ ni suka duk mengadap depan cermin then tengok muka...check ada apa apa 'accessory' baru tak kat muka setiap pagi. suka raba raba untuk memastikan adakah kulit kuh seperti kertas pasir. then senyum senyum depan cermin macam kerang wangi. haip.

sambil tersenyum senyum tuh. entah macam mana rasa nak goncang gigi depan aQ, aQ pom gerak gerak kan gigi aQ tuh...suddenly....hah hambek kau, gigi tu tercabut. aQ da mula panik. then nangis nangis, darah mencurah curah keluar. gigi depan tu wey... mana tak risau nya... kalo belakang tu, takpe la jugak kan. 

kawan kawan aQ dengar la aQ nangis , diorang pom panik jugak, yala aQ nangis bapak ar beriya. dalam kepala hotak aQ neh, macam macam duk fikir, macam mana la nak senyum nanti, macam mana la nak hang out dengan kawan kawan. mesti orang pom takot tengok aQ senyum. waaaaaaaaa semua tuh ngeri bagi kuh. orang cakap gigi depan asset. so, how now ? 

kawan kawan aQ ni sibuk duk tenang kan aQ. macam macam diorang cakap, takpe la, nanti tumbuh balik la. lagi cun la. aQ pom cakap la, korang tak rasa, bole la cakap macam tu, umur kita ni da tua *yala no more teen mestilah da tua ark, kalo gigi tercabut, imposibble nak tumbuh balik. *aQ pom tak tahu related tak antara ketumbuhan gigi and usia seseorang, aQ main redah je cakap, nak marah kan, macam macam bole keluar. tak logik pom ada. diorang pom cakap lagi, gigi belakang tu kan tercabut gak,*yala diorang semua tahu gigi depan, belakang, kanan, kiri aQ tercabut. diorang suruh rasa,ada tanda tanda nak tumbuh tak. aQ pom cepat cepat rasa.. a'ah memang ada sikit tanda nak tumbuh, tapi nak tumbuh tu take time. bukan on the spot. diorang pom da tak tahu nak cakap apa lagi. aQ pom makin kuat nangis.

dalam duk nangis nangis tu.....terdengar la

bangom....... papa marah da neh! bangom lewat. apa ni tidur... tengah hari baru  nak bangom!
(maa berkata.)

owhhh !!! rupanya aQ mimpi. hek.

yang kelakarnya, gigi belakang aQ pom takde yang tercabut and tadi ada mention kawan kawan ark, mana datangnya kawan kawan, i'm at my home right now...owhh maybe situasi dalam mimpi tu berlaku kat hostel. tehehe.

aQ tulis entry ni pom sebab nya tadi masa duk tolong maa masak duk teringat ke mimpi ni, then tanya maa agak agaknya macam mana gigi depan orang tercabut...maa cakap tak tahu la. and tadi masa bangom tidur , aQ tak pergi cari cermin pom nak cek gigi aQ ada ke tak. terus basuh muka and breakfeast *eh breakfeast ke, rasa macam da waktu lunch jep. hehehe. and begitu la rutin kuh, contra dengan mimpi. bangom tidur aQ akan cari makanan bukan cermin. bahaha

oke sekian.:) 
*da bole senyum, takde gigi yang tercabut. hehehe


Thursday 21 July 2011

terkenang. rindu sangat :(

assalamualaikum

perghhhhhhhhhh...kenyang ah aQ melantak nasi putih+ayam sup+tumis bilis tempe+kikik goreng berlada.
kan aQ da cakap aQ maintain supper. hek.

today is thursday and friday's night, right ?

haa tiap tiap malam jumaat, aQ 'wajib' kan diri aQ baca yassin untuk sedekah kan pada arwah arwah nenek atuk dolu dolu. since aQ standard 4 lagi, aQ 'wajib' kan 'tabiat' neh. ni sebab kerana arwah nenek a.k.a chek aQ la yang ajar. dia cakap baca la yassin tiap tiap malam jumaat sedekah pada arwah nenek moyang dolu dolu. sekarang bukan setakat malam jumaat jep tapi tiap tiap malam aQ baca yassin, at least dalam 1 hari tuh, aQ sentuh jugak Quran  even baca yassin jep. tapi ada hari hari yang tak sentuh Quran, lagho (lalai). aQ wat cam neh supaya Quran tak tinggal aQ. sebab ustaz aQ pernah cakap 1 hari kita tinggal Quran, 1 minggu Quran tinggal kita. sejaoh mana kebenarannya, aQ tak selidik lagi tapi kalo fikir balik, tak salah pom kita pegang apa yang ustaz aQ cakap tu sebab bukan membawa kepada kemudharatan malah membawa kepada kebaikan adalah. *skema nya ayat neh.

aQ belajar baca yassin pom dengan chek masa darjah 4 *aQ taw korang darjah 1 pom da pandai baca yassin kan, aQ lembat lambat nak wat macam mane. taw tak berapa lama ? 2jam wey belajar baca yassin. chek kalo ajar ngaji memang siap dengan mimik mimik muka lagi, pitching tone semua la. bahaha. aQ tamat mengaji pom dengan chek masa darjah5. ishhh da tak sanggup da nak cakap diri sendiri lembat lambat , darjah5 baru khatam.

malam ni rasa rindu kat arwah chek. chek neh sebenarnya mak saudara maa merangkat nenek saudara aQ . tapi tak rasa macam nenek saudara pom sebab close sangat. aQ dengan nenek sendiri aQ malu taw nak mintak doit ke tanah ke (eh melampau) baju ke ,kain tudung ke, tapi dengan chek tak langsung. nak beli baju pom pernah mintak dengan chek. masa aQ darjah 4 until 6 aQ duk dengan chek jaga chek. eh terbalik chek jaga aQ. hek. tak la sebenarnya buat teman chek jep cause chek alone takot la jadi pape kan, susah la nanti duk sorang sorang.

masa chek da agak tak larat, baru chek nak duk dengan maa. mean rumah kami la. masa chek lumpuh *tak taw nak cakap camne sakit chek tapi da tak bole berdiri (confirm confirm tak bole), tak bole duduk lama lama. kena baring jep and da start pakai pampers. tapi chek tak nyanyuk so sembahyang dikira wajib lagi la kan. jadi nya kena la selalu tukar pampers dia. 

setiap kali cuti sem, memang aQ la yang jaga chek, kalo aQ kat kolej maa la jaga chek.last aQ jaga chek cuti sem4 nak masuk sem5 almost 2bulan. memang aQ jaga chek kaw kaw ah.  .aQ saling pampers chek setiap kali nak solat, aQ mandikan chek segala. bagi makan *maa yang masak aQ tolong unjuk jep. aQ bukan nak cerita, aQ buat baik kat orang tua ke hape. tapi bila kita da treat seseorang macam ni segala, kita akan sangat menyayangi dan merindui nya kan ?do you get what I mean ? tak sangka la tu rupa rupa nya 'perkhidmatan' terakhir aQ pada chek. 

after 3 hari sem5 bukak, chek meninggal. ya Rabbi sedih yang amat. Tuhan saje yang tahu. aQ bersyukur sebab aQ bole mandikan jenazah chek and aQ jugak yang mengwudhu' kan chek untuk berjumpa yang maha Esa.

setakat ni je bole cerita ! sebak tak tahan. Moga chek dicucuri rahmat and di tempatkan dikalangan orang orang yang beriman. chek baik sangat........and malam ni orang (address aQ kat rumah) baca yassin untuk chek. and tiap tiap malam jumaat pom orang bacakan yassin untuk chek dan arwah arwah nenek atok yang lain.

opss...... malam ni aQ tidur kat ruang tamu kene halau dek laki. (cehh tak ah.)


Wednesday 20 July 2011

ka-ba-ra-ka-tan sya'ban

assalamualaikum

ka-ba-ra-ka-tan 
ingat tak yang dalam ceritan 'kami the movie'. khathijah tan. selalu sebut macam tu bila nak cakap pasal keberkatan.but it is not my point .

entry kali neh, nak cakap keberkatan syaaban. rugi la aQ tak grab berkat bulan neh. see....

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

credit to iluv islam


pasal yang neh aQ baca masa 15 syaaban , tu pom sebab aQ call maa. maa yang bagitahu then maa mintak baca yasin.*padahal tiap tiap malam aQ baca yasin tapi ada jugak time tak baca. time period- time tak berapa rajin bukan malas- time tak sempat.*kejar donia lebih neh 

so, tengah tengah bulan baru aQ start puasa. hari neh masuk lah 3hari pertengahan bulan syaaban aQ puasa. taw tak kenapa, aQ tak lalu nak makan duk sini (johore) so aQ grab this chance. aQ pom tak tahu sejak bila aQ pandai tak lalu nak makan. memang tak lalu wey tapi oke apa! dapat pahala tuh. haaa kan ada hikmah nya tuh. hek.

kalo duk rumah aQ, lauk ikan goreng dengan kicap pom aQ lalu jep.even tak lalu makan pom duk sini..*eh cam ke-leng lak ayat aQ neh,berat badan aQ  still maintain, xdekk pom turun. haipp degil betol lemak nak melebur. tapi degil jugak nak naik. lemak pom reti konsisten. bahaha

oke daaaaaa.....

Friday 15 July 2011

macam sesuai jep

Ke arah satu perjalanan

Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati



Usaha dengan doa 
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainnya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh



Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah aku
Hamba mu Allah 
Sekiranya takdir menguji
Cekalkan hasrat dihati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus azam 

credit to Edry KRU. lirik yang best ever.

yep. memang feeling, touching habis ah. hek.
sesuai je lagu neh dengan situasi aQ sekarang. tak kira apa yang berlaku, semoga aQ tak terputus dari rahmat ALLAH. tu yang penting. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. apa yang penting , what ever we do, dont give up. haaa give up give up neh, ALLAH tak suka taw. haaa jangan kau.... jangan...

kuat semangat, kuat semangat. Allah always be with me. yeah, aQ selalu wat ayat gini bila aQ rasa nak down and ayat ni la yang selalu wat aQ semangat. tak sikit, banyak pom jadi lah. haks.

Thursday 14 July 2011

at johore right now

happy morning everyone. yeah morning even jarum jam dah sentuh angka 10 am. bahaha

apa yer nak diceritakan pasal johor neh. nothing interesting to say actually. haks. almost 2weeks im here but im still got nothing. aQ datang sini just bawak zara jumpa umi dia. *aQ plak yang derita jiwa jaoh dengan parents. ahaks.

actually, aQ tak bole taw duk rumah orang lama lama even rumah sibling sendirik. aQ cepat rasa boring, i dont know why, even rumah tuh complete la ada internet bagai. yes, internet just for example untuk hilang kan boring, right ? patut la orang tua tua , walau buruk macam mana pom rumah diorang, memang nak balik rumah sendirik even duk rumah anak mereka yang besar gedabak, complete water heater bagai. *yeah, mostly orang tua memang suka mandi air panas.

aQ pom tak taw apa special rumah aQ, even aQ tak keluar rumah 1 hari pom, aQ takde ah rasa borink. *ada jugak kekadang tuh, tapi still rasa best duk rumah sendirik. kalo duk rumah orang memang makan minum aQ tak ikot schedule yang betol. mean waktu breakfeast akan skip ke lunch and lunch akan skip ke petang. mesti ada orang cakap, yala kat rumah mak yang sediakan makan. owhh bukan begitu maksud aQ, even aQ sendirik yang sedia makan kat rumah, aQ akan ikot schedule yang betol. oke fine, mostly maa la banyak sediakan makan minum kami semua. aQ sendirik pom rasa macam malas nak makan bila duk rumah orang *ceh ada chance nak kurus neh. heeeee.  kakak and abang aQ pom selalu tanya nak makan apa apa tak tp still macam mmmm....entah la. *tak tahu nak makan apa.

bila aQ dah tua bangka neh baru la paham kenapa arwah nenek a.k.a chek aQ nak sangat balik rumah dia kalo time duk rumah aQ lama sangat. tempoh bertahan duk rumah aQ 2minggu. tu kira lama ah. after tuh, macam macam alasan dia bagi kat maa nak suruh hantar balik. paling aQ ingat takot pokok pokok bunga dia mati. sayang betol dengan pokok pokok bunga dia. hehehe.

the points is sebenarnya, aQ nak duk dengan papa and maa. kalo duk jaoh jaoh dengan parents kredit tepon aQ cepat habis. hish. nak buat macam mana hati aQ neh , asyik duk teringat kat parents, so salah aQ ker ? bahaha. actually masa neh la kita nak duk dengan parent nanti dah kawen kena ikot cakap husband and da tak bole duk 'bawah ketiak' parent lagi. masa tu pom kita ada komitmen dengan rumahtangga sendiri. am I right ? yeah, mesti ada orang cakap aQ tak independent kan, tak bukan. (tak nak ngaku)bahaha. aQ duk rumah pom, bole je masak , basuh kain sendiri bagai tapi just nak parent always be with me as long as im still single *mean tak kawen lagi. tapi nak be with me pom kat rumah sendirik bukan rumah abang or kakak. hek.

nak balikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.

vco user

ya, I'm the one of them....vco user

sekarang hot and spicy ah vco neh. oke fine ada jugak yang still tak tahu shortform apa entah vco tuh. aQ dolu pom cam tu jugak, aQ pom dengan senang lenang reka v = virgin c=control o= oil. alah yang salahnya tengah tu je haaaa. c = coconut. actually ni virgin coconut oil and dalam bahasa ibunda kita minyak kelapa dara. ianya sejenis supliment.

aQ ada terbaca yang budak budak ni duk cakap pasal vco ni kat facebook fB tapi takde plak rasa ingin tahu. aQ tertarik pasal vco neh after terbaca coment kak adah  (kenal masa skola dolu) kat home fB. duk coment coment pasal vco. aQ macam.... eh dia pom kenal and amalkan vco, apa yang ada sangat pada vco neh. aQ pom tanya la dia apakah benda alah tuh. 

kebetulan, k.adah neh pom jual vco, so senang la nak beli if da kenal kan and tu pom kalo tertarik lah. aQ ada jugak buat research (konon) pasal vco neh. research dalam internet je pom, aQ baca testimoni orang and apa ingredient dia, apa khasiat dia then most important thing halal ke tak. * tapi sekarang bertimbum je cop halal kat mana mana product but still ramai cam... eh yang ni bole guna ker, eh yang ni bole makan ker, dengar dengar ada geletin babum. (babi). haaa was was tak payah ! hakhakhak.

you know what ? aQ neh tak pernah hayat hidup makan supliment ke jamu ke . makan ubat je yang hospital bagi if sakit pergi jumpa doktor. haks. that's why, aQ buat research tuh. yala, dolu dolu aQ takot sangat benda benda yang jenis makan makan neh, even orang cakap untuk kesihatan. aQ takot effect nanti aQ kawen, takot susa nak dapat anak or tak dapat terus. *huish nauzubillah. nanti tua siapa nak mewarisi bakal harta aQ. bakal harta sebab sekarang takde harta lagi. bahaha. and siapa yang nak doakan aQ dalam kubur nanti. *ecece .

actually aQ nak bagi testimoni sikit neh. hek. tapi agak malu ah sebab nya , aQ takde ah banyak sangat perubahan nya and takde ah drastik sangat macam user yang lain. yang aQ noticed aQ kurenz tidur . yup! aQ neh memang penidur yang tegar. hahaha. Oke fine , you guys reject nak buat bini. right ?. but, as I mention just now, da kurenz tidur sekarang. kalo dolu *ceh bajet da lama. before makan vco neh, bangom pagi after subuh tidur balik bangom pukul 10 or 11 then after zohor dalam pukul 3 petang tidur plak. maa da puah berleter tapi tu lah....nak buat macam mana. and masa kat kolej, ada gap kelas sikit of course tidur. 

aQ ada jugak lumur @ sapu vco neh kat muka masa nak tidur. maa cakap ada perubahan sikit tapi aQ rasa macam biasa jep. tapi kan, atas dahi aQ dolu menggelupas taw, kecik kecik jep, tak nampak sangat, maybe malu kot nak keluar secara besar besaran. tapi sekarang da agak hilang ar penggelupasan tuh *tak reti how to describe it. and whitehead lambat keluar, still keluar tapi agak terbantut sikit tumbesaran dia. haaaa cakap pasal whitehead neh kan, aQ pantang la tengok whitehead kat muka siapa siapa, rasa nak picit picit jep, nak nak laki, yang bercakap menghadap batang hidung aQ *mean dekat. sebijik sebijik tahu nampak. hai, you guys tak rasa serabut ke whitehead tumbuh cam lalang tu. tapi aQ takde ah cakap , woi pergi tanggalkan whitehead tuh sekarang. alaa laki pom, nak pompuan yang kulit licin gebu bagai kan, pompuan pom tak kan nak laki cam kertas pasir ark. so, kita sama sama jaga oke. memang whitehead tak akan totally remove from our face but we can reduce it, right ?

mula mula amalkan neh, aQ kerap berak and kencing. sampai rasa macam malas nak makan and minum. tapi apakan daya perut berdendang dendang mintak diisikan. hek. so, no matter what kene sumbat jugak. aQ pom tanya la kak adah kenapa jadi cam neh, dia cakap nak buang toksin. hooooooo.. baru tahu banyak toksin dalam badan. bahaha. sekarang dah tak kerap 'buang', maybe da di nyah kan toksin tuh. 

banyak khasiat vco neh, untuk prevent kencing manis, cancer, menstabilkan kadar metabolis and................korang buat lah research sendirik. * jangan malas malas, aQ cubit kang .


oke tu jep nak share. :) senyum sokmo.




nah ambik 1botol,aQ kasi......

RM39.90 = 60 CAPSULES
tengok!

Sunday 10 July 2011

pada detik 12.30 malam....hihihi



korang ada nampak something tak kat photo neh ? kalo tak jumpa pape just scroll down, maybe you find something. hihihi


malam semalam aQ and abang and kakak kakak and anak anak sedara  pergi makan malam kat dekat dengan dataran batu pahat. wahhhhhhhh superb ah tak sedapp. mahal lak tuh. *nasib baik bukan aQ yang keluar pulus. heh before ni pom tak pernah. hehehe. aQ makan tak habis pom. tapi aQ try semua makanan yang order. kami order lain lain makanan. * baru syiokkkkkkk. tp sayang tak sedap.


haaa gambar makanan tak sempat ambil sebabnya lapor menguasai perut and automatik lupa kepada camera. haishh.


after isi perut segala. kami pergi lepak lepak kat dataran. wahhhh ramai nya la haaa. nama pom dataran kannnnnnnn. makin malam makin ramai. masa kitorang sampai tu da pukul 10 lebih tapi orang baru sampai tak putus putus.

sampai sampai dataran anak sedara aQ pergi gerai jual mainan terus ambik and main padahal tak bayar pom lagi padan muka abang aQ , . no matter what kena bayar la kan. tapi memang niat nak beli mainan pom *cehh tahu tahu je aQ niat dia . yala kalo tak nak beli tak kan pergi gerai mainan bawak budak budak ni segala kan.


after budak budak ni main segala macam bagai. diorang da penat, kami pom balik la. lagipom si baby alya da uwekkk..uwekkkk. rengek rengek nak tidur la tu.


kami sampai rumah  detik 12.30 malam. kikiki.

p/s: question for the first picture it is nothing. hehehe.

oke tata titi tutu....tido dolu. *hantu karipap datang ni. ('balas' maharaja lawak) 

Friday 8 July 2011

trouble ! huish.

apa yang nak diceritakan ni berlaku pada hari rabu malam. but tonight baru nak story mory sebab baru jumpa line internet. ni mintak simpati kakak ipar aQ a.k.a kak aina. pinjam broadband dengan kak aina. biasanya aQ on line guna streamyx but now, no more streamyx. hek takde la. sebab sekarang kat johor , balik rumah nanti bole la jumpa mucuk mucuk streamyx lagi. * agak banyak terkeluar dari tajuk. hish.

macam mana yer nak start cerita neh. 

haaa gini, pada malam rabu tuh, aQ and zara naik bus pergi ke yong peng johor  . before naik bus tuh, abang ipar aQ call cakap yang ticket aQ tuh ke rompin bukan ke yong peng. oke fine. ticket salah. dia tahu tu sebab malam tu dia ade jumpa ke contact ke apa dengan driver yang nak ke yong peng tuh. so, aQ bertolak awal sikit dari rumah ke stesen bus sebabnya nak betolkan ticket tuh kat kaunter.

sampai kat kaunter aQ tanya la cik kak, ni ticket ke mana. *buat buat tanya padahal dah tahu ke rompin, haruslah untuk memulakan bicara. of course la dia jawab ke rompin. aQ pom cakap la yang aQ nak yong peng. * tahu tak dia wat derkk jap masa ni, menyirap jugak darah aQ. *biasa la darah muda. aQ cakap la sekali lagi yang aQ nak ke yong peng. then, masa tu la baru ye start calling calling. tak tahu la dengan siapa tapi conversation about my ticket. 

after call tuh, dia cakap la yang bus nak ke yong peng malam tuh da full. so, aQ kene tunggu untuk malam esok. itupun kalo tak full. * sakit pancreas kan dengar jawapan cam gitu ? aQ pom cakap la, kenapa bole tersalah ticket, sebabnye dia bajet orang yang jaga kaunter masa aQ beli ticket tuh, tersalah dengar antara yong peng and rompin.

aQ ingat lagi waktu beli ticket. * cehh tiba tiba memory aQ kuat.  masa tuh aQ cakap kat dia (orang jaga kaunter) nak pergi yong peng, and masa tuh aQ pergi beli dengan kawan aQ aina. seingat aQ si aina ni cakap 2,3 kali nak pergi yong peng dah la 2,3 kali, then dia sebut plak cam berjarak yong ----peng. pas tu orang tu pom bagi la ticket harga lagi best. *tibe tibe ingat iklan perodua. sebab apa lagi best? sebab murah dari biasa. terdetik di hati untuk bertanya..*ayat tak nak kalah. aQ pom tanya biasa beli dekat dekat nak rm60 tapi ni kenapa rm 43.20. *aQ suka sangat murah murah ni, tapi kekeliruan melanda diri, so terasa keinginan untuk bertanya. dia pom jawab, betol la harga tuh . so , siapa yang salah ? tak kisa la siapa yang salah janji aQ dapat naik bus masa tuh.

cik kak tu  kasi number headquarter HQ and suruh aQ yang deal dengan HQ esok. patot kah ?*biasa la dah dapat doit kan, lepas tanggungjawab cam tuh jep. i know that you only agent to sell the tickets but in this case you must to responsible with it. *cehh depan dia tak cakap pom macam ni. ayat ni baru keluar malam ni. hek! sebenarnya aQ sangat serabut pada malam tuh, yala papa dah agak nak marah kat aQ, papa cakap macam mane bole tersalah ticket. maa plak, seperti biasa kerja reporter nya, menyoal siasat aQ kenapa and kenapa bole tersalah. kenapa tak cakap cam ni cam tu kat kaunter tuh. and akak aQ plak duk sms aQ cakap kena wat tegas sikit, kalo perlu mintak doit. trouble right ?

actually, i cant fight because i dont know the right way to yong peng and i know that, cik kak kaunter like me too. orang kat kaunter tahu jual jep, laluan ke mana mana diorang tak tahu. driver jep yang tahu. papa pom cakap, takpe la tunggu kot kot ada reserve. supposed bus aQ j1 but i got wrong ticket is j2. which is go to rompin.

tetttt...j1 pom sampai. explain punya explain pak cik driver tu cakap tak bole nak tolong cause bus full. *berbuih den explain. heish. tapi dia bagi suggestion. dia cakap naik je j2 then berhenti kat ayer hitam then naik bus lain ke yong peng rm 3.50 jep tambang. memang tak la kan , dah la aQ jadi ibu tunggul malam tuh, bawak si zara and bag bagai. 

tetttt... sampai plak j2. then explain. *tak berbuih sangat explain kat pak cik ni cause terus dapat naik, da memang sah sah seat aQ ada kat bus tuh. cuma cakap la yang tersalah tuh. pak cik tu cakap dia berhenti kat batu pahat, so kepala aQ terus ingat abang aQ tapi unfortunately dia tak bole ambil cause dia ada exam awal awal pagi lagi tapi dia bole mintak kawan dia ambik kan aQ kat terminal batu pahat. tapi aQ plak tak tahu sampai pukul berapa. pas tu dalam duk berkira kira tuh, akak aQ anta sms cakap abang ipar aQ call driver tanya lalu kat jalan mana mana. then dia cakap lalu kat ayer hitam so, decision aQ berhenti kat ayer hitam sebab yong peng dengan ayer hitam lagi dekat nak compare yong peng dengan batu pahat. so, akak aQ pergi ambik aQ kat ayer hitam. nasib baik dia takde kelas pagi, kalo ada pom cuti rasanya. cause anak dia ada dalam tangan aQ. * cehh bajet cam kidnap anak dia.

masa duk dalam bus tuh, toksah duk cakap ah. memang banyak kali papa call. aQ tak tahu papa lena ke tak tidur kat rumah tuh. tapi yang pasti aQ tak lena tidur atas bus, dengan fenim, nak muntah bagai. * memang kebiasaan derita yang aQ lalui naik bus. tapi yang malam tuh, aQ lebih fikir kan keselesaan and keselamatan zara. amanah orang tuh. dah la maa sokmo runsing aQ naik bus and jadi plak macam gini lagi laaaaa. double triple runsingnya and.... yang best nya, aQ tak kena top up pom doit ticket tuh. heeeeee. *big smile.

banyak menyusah kan orang kan ? aQ memang menci menci situasi yang menyusahkan orang even family sendiri tapi kalo bab bab doit aQ terpaksa menyusah kan mereka sebab aQ memang tidak berkemampuan lagi. heeeeeeeeeeee :)

trouble right ? hishhhhh.


Monday 4 July 2011

sembahyang hajat

semalam maa buat makan makan sikit cause abang 2nd aQ ambik kereta baru dia semalam. so, dia call maa mintak papa je sembahyang hajat tapi maa masak masak hantar kat masjid. mintak orang masjid sembahyang hajat sekali. sembahyang hajat tuh untuk kereta abang aQ lagi sorang jugak yang 3rd. and tak lupa jugak untuk kereta baru aQ. (dalam mimpi...hek)

menu nya :-


nasi lemak ikan tongkol, bilis segala.


agar agar


kek coklat. (aQ yang buat neh...heeeeee)


nampak cam sikit jep menu kan tapi penat woooooo. kaki dan tangan sikit. aQ dengan maa jep. papa plak part beli beli barang.  kena basuh bekas bekas, periuk periuk segala. tapi totaly maa la yang masak.

aQ tak tengok lagi kereta diorang camne camne so, mintak simpati uncle google je la. ni jep gambaran yang aQ dapat. 


  gambaran kereta 2nd bro yang ni.

ni plak gambaran kereta 3rd bro.

yang real punyer aQ tak tahu la camne. cc berapa berapa. ni gambaran yang aQ dapat. panjang umur jumpa la yang real nanti. both of them choose white colour. *hek hek hek seriau. bahaha

oke itu saja cerita kuh. bubye. 

Sunday 3 July 2011

dah agak dah

my instinct is always right ! ceyhhh poyos kamu NM !
takde ah, sometimes right sometimes wrong. bahahaha *normal la tu kan ?

sebenarnya aQ dah agak dah yang imam muda hassan akan menang. you know why ? dah 2x imam muda hassan dapat like 'award' kot imam terbaik sepanjang berada dalam program tuh. siapa siapa yang follow imam muda neh tahu la.

aQ follow imam muda neh since maharajalawak beralih kat astro warna *mean yang 2010 dolu aQ tak folow. hek ! and kat rumah aQ neh tak langgan pom channel tuh. kalo nak tengok maharajalawak pom, aQ mintak simpati youtube jep. tu la orang kata ada hikmah di sebalik yang berlaku. *cehh tiba tiba. yala, aQ follow imam muda ada jugak input, tak dapat banyak, sikit pom oke la kan. something is better than nothing, right ?

program neh bagi aQ best sesangat. imam imam muda bapak ah hebat hebat. kalo tak banyak ilmu toksah duk cakap ah wey nak masuk program neh. yala diorang ingat dalil, hadis bagai. huishhh. kagum ah. aQ takde aim siapa siapa pom dalam program sebab semuanya aQ rasa bagos. sebab tu la aQ tak bole jadi judges imam muda neh. *cehh tak ah.

haa ni la finalis imam imam muda 2011.



congrats both of you imam muda hassan and imam muda nazrul.
*bajet diorang baca blog aQ neh. bahaha

sedap mata memandang, biasalah orang banyak ilmu agama kan.