assalamualaikum
perghhhhhhhhhh...kenyang ah aQ melantak nasi putih+ayam sup+tumis bilis tempe+kikik goreng berlada.
kan aQ da cakap aQ maintain supper. hek.
today is thursday and friday's night, right ?
haa tiap tiap malam jumaat, aQ 'wajib' kan diri aQ baca yassin untuk sedekah kan pada arwah arwah nenek atuk dolu dolu. since aQ standard 4 lagi, aQ 'wajib' kan 'tabiat' neh. ni sebab kerana arwah nenek a.k.a chek aQ la yang ajar. dia cakap baca la yassin tiap tiap malam jumaat sedekah pada arwah nenek moyang dolu dolu. sekarang bukan setakat malam jumaat jep tapi tiap tiap malam aQ baca yassin, at least dalam 1 hari tuh, aQ sentuh jugak Quran even baca yassin jep. tapi ada hari hari yang tak sentuh Quran, lagho (lalai). aQ wat cam neh supaya Quran tak tinggal aQ. sebab ustaz aQ pernah cakap 1 hari kita tinggal Quran, 1 minggu Quran tinggal kita. sejaoh mana kebenarannya, aQ tak selidik lagi tapi kalo fikir balik, tak salah pom kita pegang apa yang ustaz aQ cakap tu sebab bukan membawa kepada kemudharatan malah membawa kepada kebaikan adalah. *skema nya ayat neh.
aQ belajar baca yassin pom dengan chek masa darjah 4 *aQ taw korang darjah 1 pom da pandai baca yassin kan, aQ lembat lambat nak wat macam mane. taw tak berapa lama ? 2jam wey belajar baca yassin. chek kalo ajar ngaji memang siap dengan mimik mimik muka lagi, pitching tone semua la. bahaha. aQ tamat mengaji pom dengan chek masa darjah5. ishhh da tak sanggup da nak cakap diri sendiri lembat lambat , darjah5 baru khatam.
malam ni rasa rindu kat arwah chek. chek neh sebenarnya mak saudara maa merangkat nenek saudara aQ . tapi tak rasa macam nenek saudara pom sebab close sangat. aQ dengan nenek sendiri aQ malu taw nak mintak doit ke tanah ke (eh melampau) baju ke ,kain tudung ke, tapi dengan chek tak langsung. nak beli baju pom pernah mintak dengan chek. masa aQ darjah 4 until 6 aQ duk dengan chek jaga chek. eh terbalik chek jaga aQ. hek. tak la sebenarnya buat teman chek jep cause chek alone takot la jadi pape kan, susah la nanti duk sorang sorang.
masa chek da agak tak larat, baru chek nak duk dengan maa. mean rumah kami la. masa chek lumpuh *tak taw nak cakap camne sakit chek tapi da tak bole berdiri (confirm confirm tak bole), tak bole duduk lama lama. kena baring jep and da start pakai pampers. tapi chek tak nyanyuk so sembahyang dikira wajib lagi la kan. jadi nya kena la selalu tukar pampers dia.
setiap kali cuti sem, memang aQ la yang jaga chek, kalo aQ kat kolej maa la jaga chek.last aQ jaga chek cuti sem4 nak masuk sem5 almost 2bulan. memang aQ jaga chek kaw kaw ah. .aQ saling pampers chek setiap kali nak solat, aQ mandikan chek segala. bagi makan *maa yang masak aQ tolong unjuk jep. aQ bukan nak cerita, aQ buat baik kat orang tua ke hape. tapi bila kita da treat seseorang macam ni segala, kita akan sangat menyayangi dan merindui nya kan ?do you get what I mean ? tak sangka la tu rupa rupa nya 'perkhidmatan' terakhir aQ pada chek.
after 3 hari sem5 bukak, chek meninggal. ya Rabbi sedih yang amat. Tuhan saje yang tahu. aQ bersyukur sebab aQ bole mandikan jenazah chek and aQ jugak yang mengwudhu' kan chek untuk berjumpa yang maha Esa.
setakat ni je bole cerita ! sebak tak tahan. Moga chek dicucuri rahmat and di tempatkan dikalangan orang orang yang beriman. chek baik sangat........and malam ni orang (address aQ kat rumah) baca yassin untuk chek. and tiap tiap malam jumaat pom orang bacakan yassin untuk chek dan arwah arwah nenek atok yang lain.
opss...... malam ni aQ tidur kat ruang tamu kene halau dek laki. (cehh tak ah.)