kenalan tauke blog ini

Thursday, 25 August 2011

barang barang raya

assalamualaikum

tadi aQ pergi cari barang barang nak raya. overall papa yang kasi doit and ada akaQ aQ kasi sikit. gler ah rasa da tua bangka cam gini mak bapak ag beli barang raya. dari atas sampai bawah. bila la aQ plak nak belikan maa and papa dari atas sampai bawah. :(

tadi aQ pergi dengan papa jep. maa kena jaga baby damia. semalam giliran maa shoping, hari ni aQ plak.kena gilir gilir, nak bawak baby skali, kesian. panas !

shoping kat jerteh memang tak best. takde choice sangat. aQ da takde selera nak shoping tapi da papa bawak aQ pergi jerteh semata mata nak beli barang barang raya so aQ menyelerakan la diri aQ. bahaha. aQ suka shoping kat kuantan banyak choice and giler giler sale. *padahal dia mark up je lebih then ada event pape 50% la, 70% la, 80% la sale, yang sudah kita kena tipu untung .

meh la wey aQ tunjuk barang aQ beli tadi. penat wey menaip. ekeke. maklom la cu nek da tua bangka. bahaha.

first thing first nak tunjuk sandal. ni papa yang pilih....
 tadaaa.............
RM 35.99

sebenarnya nak beli colour purple gelap tapi da takde size so ambik je la warna coklat cerah  neh. aQ rasa macam orang tua, anda pula bagaimana ?



aQ biasa beli yang stok stok cam neh tapi bukan wages la. tapi siyez yang papa pilih tu comfort habis. papa memang pilih jenis comfort dari cun . biasa yang cam gini sakit kaki and yang neh pom aQ pakai 2,3 kali je apa orang kate, beauty is pain. i loike this quate. lagi pom prasan tali wages tu halus, papa memang tak la nak belikan yang macam gini , katenya tak kukuh.

lagi lagi

RM 25

aQ beli tudung ni sebab neh

haaa ada label korea. aQ kan addicted korean sikit. aQ tipu je la. aQ beli tudung neh sebab comfort. siyez comfort wey. ZnZ punyer. da banyak brand da aQ pakai (oke tipu, baru 2,3 brand) tapi ZnZ paling best yang pernah aQ pakai la.

then beli jugak yang neh

 hehe.. tipu yang neh raya tahun lepas rasanya. abang aQ yang belikan. tiba tiba rasa nak upload sebab suka jam neh. :)

story about price sikit. ada lagi hide price tak bagitahu . bayar kat tailor RM 35.
thanx a lot papa. thanx sangat sangat. nanti orang kerja, orang beli sendiri semua neh. hehehe

k nah photo happy shopping !

Monday, 15 August 2011

change my routine

assalamualaikum

I just wanna to tell about my routine. I have to change my routine and I think ...........it is better than before. hek. (prasentan). wake up early morning (of course sahur). then makan makan. basuh pinggan  and kemas dapur segala. 

masuk waktu subuh, sembahyang subuh then mengaji sikit. (wat amal la sikit wey bulan bulan puasa neh, lagipun umur masih muda jelita neh, terpanjang plak ayat dalam bracket. hahaha).

after that, aQ kemas rumah sapu setiap inci (tipu) sudut rumah . and lepas tu aQ ke bawah untuk berkebun like cabut rumput.(padahal hari ni baru aQ start cabut rumput). hehehe . ni suggestion yang aina selalu suruh aQ buat time aQ cakap aQ tak tahu nak buat apa nak avoid tidur pagi. berkesan jugak la cadangan minah neh.

sebelom neh aQ asyik tidur jep. sekarang tak, after peluh peluh , mandi  then baru tidur.

oke finish! aQ da rasa macam malas nak tulis and aQ rasa entry neh pom macam borink semacam jep. aQ saje menyinggah tak nak kasi blog aQ neh alone. hehehe. baik kan aQ ? oke prasentan !

notatangan: 

lindan menang! again ! nasib baik you handsome. (suka tengok muka you) hek. hehehe. kira kalo you menang pom takpe la even you from china. *bias tol aQ neh! tapi datuk lee chong wei pom tak kalah teruk.2mata je beza. I'm proud of you datuk lee chong wei. :)

again pinjam notebook orang untuk online. ni guna netbook abang aQ a.k.a yie . lappy aQ tak pulih seperti sedia kala lagi. hohoho

bubye :)
 














Wednesday, 10 August 2011

owhh my lovly lappy

assalamualaikum

ini malam, gua mahu story cerita sedey gua. sedey tak sedey jugak la, air mata gua pom takde ah keluar.

macam neh gua punya lappy before this guna antivirus kapersky then da expired then kene update ke apa entah tapi yang pasti berbayar. memang tak la gua nak bayar kan sebab gua dapat yang tu pom free tiba tiba suruh bayar. kirim salam saje la kalo gua nak bayar. gua nak install avira (avira neh baik sebab free) tapi gua takleh nak uninstall kapersky tu. ishhh heran bin ajaib tol gua ( da gua taknak lu, lu apa pasal mau duk dalam lappy gua ?) taw la lu tu pelakon terkenal. *ceh tiba tiba nak babitkan duta dia. takpe takpe, gua tengah emo neh, kalo emo pelakon terkenal ke tercorok ke, gua tak kira! actually masa nak uninstall tu kena enter perkataan lepas (password) gua tak tahu perkataan lepas apa. complicated betol! abang gua relax je uninstall, takde plak mintak perkataan lepas.

sekarang gua takde antivirus eh bukan sekarang je tapi da lama gua takde antivirus. so, sekarang neh gua adalah penternak virus yang berjaya. dalan lappy gua, macam macam virus ada, lu olang bole pilih mane mane lu olang berkenan.kecil molek montok bagai puteh gebu lagi berdebu,  semua ada.

tadi la lappy gua baru buat hal. adehhh. bila gua nak on je mesti keluar warning dangerous apo kobonde entah. then gua saje nak proceed nak online kan, last skali keluar cartoon yang cam devil tuh. *describe macam gua pernah tengok devil secara live. padahal di alam maya pom tak pernah !

da la gua punya lappy takde partition D . so, segala gajah harimau gua taruk dalam  partition C. kesian plak gua tengok bebanan partition C. awal beli hari tu ada taw then wireless gua buat hal so, gua pergi la hantar kat centre, sekali tengok takde partition D and segala itik belalang yang gua simpan hilang. owhhh gua rasa cam nak sue je sony. tapi takpe memandang gua tak mampu nak bayar lawyer gua bertendang lagi sebab gua ada back up dalam lappy member gua, tu yang gua bole bertendang sikit. masa gua hantar nak baiki tu diaolang cakap nak call gua if nak back up pape tapi harammm tak call. main delete jep. huh! nasib baik assigment gua takde dalam tuh kalo tak..... berasap jugak. gua emo neh gua emo. emo ikan nemo.

gua ingat macam nak jual je lappy gua konon nak beli yang lain, macam la untung kan wat gitu. gua taknak da pakai sony. macam susa la cause incase pape kena hantar centre, leceh la . da la maintenane dia tinggi, ingat gua ni penternak doit ke apa ? tapi handphone sony gua takde ah gedik cam lappy gua . oke jep sampai sekarang, sekali skala tu ade la merengek sikit sikit tapi oke balik. gua ingat semua barang sony oke, that's why gua pakai sony. tapi...tapi memang best pom barang barang sony and comey comey.

akaQ gua advise takyah jual, at least kita da ada, katenya la. gua cakap je nak jual, deep in my heart gua sayang gler lappy gua neh. lappy gua comey comey gitu, kecik cinonet. nasib baik la lu comey lappy kalo tak........dari dolu lagi gua tak beli lu.

meh gua tunjuk my lovly lappy gua



part neh la yang gua duk berkenan nampak girlish kan ?

haa comey kan kan ...




notatangan: gua update blog pakai e-book adeQ gua yang dapat free dari kerajaan negeri terengganu.(kasi famous sikit terengganu)

gua baru balik dari shooting for the next kL gangster, that's why address duk pakai gua lu gua lu. gua gangster solehah dalam cerita tuh.

Tuesday, 9 August 2011

seperti raksasa yang ganas

assalamualaikum

morning everyone :)

actually aQ tak tahu nak buat apa ni that why aQ singgah ke sini untuk menconteng mencoret .

aQ tak nak tidur, konon nak murah rezeki and aQ pom pepagi rajin benor bukak tingkap bilik nak kasi senang rezeki masuk. bahaha

nak kemas rumah , macam pagi sangat , takot la jugak parent aQ terkejut tengok aQ kemas terlampau pagi kan. bukan aQ malas but nak prevent parent aQ tu dari sakit jantung dek terkejut tengok aQ mengemas pagi sangat. alah cakap je la yang kau tu liat nak buat kerja pepagi.

apa yang aQ  cakap  tulis neh ? takde langsung yang related dengan title. title bajet gempak, raksasa bagai. hahhahhahhah *gelak jahat.

oke yang ni related sikit, tak banyak sikit je.

macam ni, biasanya pepagi after subuh, aQ akan basuh pinggan and kemas dapur tapi hasrat ku di pagi yang mulia hari ini terbantut dek kerana tangan ku. 

semalam masa mandi, aQ  nak simpan berus kat atas cermin kaca. *eh tak sure la benda alah tu orang panggil apa. then benda tu terjatuh dan terkena tangan kuh. aQ ingatkan takde pape, yala tak sakit pom kan. pas tu masa kena air tu. perghhhhhhh...bapak ah pedih, ditilik tilik makanya tertengok dan terkelihatan sedikit kulit kuh tercabut eh ? macam tak sesuai, tercarik kot. ah lantak lah nak describe apa pom, bM aQ dolu dapat 3B. 

so, that's why la pagi ni iteww tak bole basuh pinggan auww... sebab tangan itew sakit auwww... sob sob sob. iteww tak malas, tapi tangan itew ni pedih, ni pom itew letak gamat lagi.. *rasa cam nak sepakkkkkk je baca part ni kan, geli wey itew bagai. bahaha

hari tu dalam bilik air jugak, tengah duk syok syok bersabun eh ke wat senaman ringan . lupa la, aQ terjatuh tersungkur kat bulatan tandas duduk tu. bukan mangkuk yer tapi tempat yang kau duduk masa kau nak uk uk tu la. then dagu aQ la tersungkur kat situ. aQ ingatkan takde pape. *aQ neh memang selalu ingat takde pape, yala tak sakit tapi bengang je la sekejap kepala aQ. alang alang da tersungkur tu, memang aQ termenung la sekejap kat situ sambil letak dagu kat atas tu. mesti korang cakap euwwwww gelinya duk termenung kat tandas. kau apa tahu ? kepala aQ bengang tak leh nak bangun. *eh cam terpanjang plak paragraph neh, oke aQ sambung kat bawah plak.

masa duk termenung tu la, aQ tengok air berwarna putih kejernihan dalam mangkuk bertukar menjadi merah. hihihihi (suara hantu kak limah). aQ pom tercari cari punca nya, maka ku temui la punca darah itu mangalir dari hasil terbelahnya dagu aQ (aik apsal ayat aQ neh cam sastera sangat ? ). nak mudah cerita, dagu aQ terbelah , kira kuat jugak la aQ tersungkur tu . 

yang kelakarnya, aQ tengok darah steady ag. pergi la cakap kat my mom . pastu masuk bilik tengok cermin...wahh amazing terbelah macam mulut rupanya. masa tu la aQ nangis bagai nak rak. hahaha mengom betol !

korang nak tengok ? bagi yang ada simpton simpton penggelian tahap cipan just pause your icon click here !




ni after lepas jumpa doktor. masa kena tu tak ingat camera pom. yang duk ingat fikir kena jahit hidup hidup...waaa manyak sakit woooo...takot gua.

tapi alhamdulillah tak kena jahit hidup hidup pom, zaman da makin canggih. doktor just guna penampal jep sambungkan balik isi aQ tu, masa aQ operate hari tu pom guna penampal jugak , tak jahit pom so, takde lilitan lipan. hehehe. doktor cakap guna cara neh lagi berkesan and patient pom cepat sembuh. and yang penting parut takde. takyah susa beli bio-oil. save budget wooooooooooooo. 

about 1week jugak la , aQ pakai balutan tuh, sembahyang pom tayammum. kebetolan aQ baru je pas belajar pasal tayammum, memang practise make perfect betol ah. bahaha tapi masa nak buat my dad ajar balik. 

oke macam raksasa tak. banyak lagi sebenarnya kalo nak diikotkan, jatuh kat air terjun masa daki gunung tebu, jatuh dalam parit besar and....ala penat la cakap tulis. that's why la aQ cakap seperti raksasa yang ganas. mesti korang bajet aQ besar and gemuk gedempol ark sebab cakap raksasa, tapi aQ tak kisa pom, fikir kan apa yang korang imagine kan, tak memudaratkan kan aQ rasanya? hihikhik

oke la bubye.

Saturday, 6 August 2011

tom yam putih

assalamualaikum kalian


oke di sini aQ ingin share resipi tom yam yang aQ sendiri buat. di ulangi.... aQ sendiri yang buat. *oke agak annoying yer.


first of all *macam nak present dalam kelas lak rasa. bahaha


bahan bahan


daging / ayam / sotong / udang / 4 in 1 pom bole *mean sekalikan ke empat empat tu.


3biji limau


serai (agak agak, maa cakap serai banyak lagi best....ooooo)* iklan perodua


halia


bawang putih, bawang merah, bawang besar


daun limau purut




tatacara membuat


halia, bawang merah, bawang putih di blend kan. *kalo kat rumah aQ memang da stand by benda alah neh sebab senang nak tumis pape.


tumiskan bede yang di blend tuh bersama sama daging / ayam / sotong / udang. agak agak nak masak, masukkan air, serai (ketuk dulu), daun limau purut. last skali masukkan bawang besar.

kalo nak masukkan sayur pom bole.


oke tunggu masak and serve kan. superb sedappppppppppp. kihkihkih


aQ pom tak percaya aQ dapat buat neh, selalu aQ masak mesti tak kena la, tak sedap la. yang kelakarnya,7th bro aQ suruh aQ cek solat aQ. hahaha ngek tol. ada kaitan kah ? tapi sekarang aQ da banyak improvement. oke berbangga ohhhhhhhhhh. :)

Friday, 5 August 2011

di suatu pagi

assalamualaikum kalian


sihat kalian ? puasa penuh ? terawih penuh ? oke oke tak nak tanya soalan banyak banyak, nak straight to the ampang point.

lepas sahur untuk mengelakkan ketiduran aQ tengok cerita korean, currently aQ duk melayan hello! my lady. tapi tak habis lagi, 16episodes. jenuh nak habis, nak nak tengok online plak , lagi la susah nak habiskan.

aQ da tapis (jangan percaya sangat) cerita neh, elok ke tidak untuk di tonton pada bulan puasa supaya puasa kuh segemuk aQ. takde sangat aksi aksi yang ......*alah macam tak pernah tengok korean genre romantic korang neh.

masa duk tengok tu, papa masuk bilik cakap kat aQ nak pergi kebun. dalam hati aQ : aik selama neh tak bagitahu pom unless aQ yang tanya tapi ni  kenapa tiba tiba je bagitahu. aQ pom iyakan je la.

after tengok cerita tuh, aQ pom memantau mantau dalam rumah aQ, first aQ akan pergi master bedroom (bilik papa and maa). tengok maa takde, bilik air tak berkunci mean maa memang takde dalam rumah.  owhh baru la aQ tahu, kenapa papa bagitahu aQ nak ke kebun sebab maa takde kat rumah. biasa bagitahu maa jep. maa pergi tolong jiran nak buat majlis bukak puasa rupanya.

perkara yang paling aQ suka kalo maa takde, eh bukan setakat maa tapi semua orang adalah...........kemas rumah. kalo maa ada memang kena buat betol betol. sikit pom tak leh missed habuk. maa cerewet sikit eh banyak rasanya (dalam certain hal je la), kalo duk dapur pom aQ selalu kene tegur sampai ke tahap potong sayur pom kene tegur. maa selalu cakap kalo tak tegur sampai bila bila tak pandai. that's right !

tak percaya aQ kemas rumah ea. jap, aQ buktikan, sikit pom tiada penipuan di sini.

tadaaaa......

ni ruangan television TV

tak sure, ruangan keluarga maybe. bahaha

beranda rumah. licin gak kan ? siap bole tilik muka cantik and handsome korang ag.

dapur basah lencung
Quality gambar tidak seberapa kerana di ambil menggunakan telefon kuh yang tidak seberapa. tapi telefon yang tidak seberapa ni la yang banyak berjasa pada kuh dunia dan tidak untuk akhirat. nak capture banyak lagi tapi battery phone sudah nazak, so itu saje lah yang sempat. heeeeeeeeeeeee.

oke bubye. :)

Wednesday, 3 August 2011

ramadhan is come back

assalamualaikum

hari nii da 3 hari puasa. syukur! full lagi. *tak period. 

mesti penulis blog * saja tak nak tulis blogger. ramai duk cerita pasal bulan yang mulia neh. so, aQ pom tercuit hati *eh geli. nak jugak tulis entry pasal ramadhan.

actually nak tulis entry ni hari 1st puasa lagi tapi tak sempat. * ceh bajet busy. supposed awal awal puasa kita kena mintak maaf right ? tapi sekarang baru aQ nak bermintak maaf. oke la kan dari tak langsung. kepada yang mengenali kuh and terdekat and contact number diorang terada and berada dalam phone aQ. aQ da text mintak maaf. 

dalam duk mintak mintak maaf tu, aQ plak terbuat salah. aQ silap sent massage. aQ tak tahu macam mana number si receiver tu bole ada dalam phone aQ tapi aQ save nama dia najmudin. aQ ada 2,3 orang kawan nama najmudin *ni mesti kecik kecik dolu parent dorang duk pakat nak letak nama sama. aishh. tapi dia jawab 'im not najmudin' and bla..bla..bla..so how bole berada dalam phone aQ, siap nama segala ? hohoho. oke never mind. aQ da delete pom number tu and receiver tu pom maybe da delete jugak number aQ.

hopefully terawih tahun neh dapat buat full *period lain cerita. and diberikan rezeki malam lailatul qadar pada kita semua.

oke la entry tak seberapa, lagipun duk kejar battery notebook neh nak habis. malas nak plug-in. 

selamat menyambut ramdhan al-mubarak dan manfaat kan nya 'seboleh boleh' nya. 

sory for everything everyone. :) happy fasting !