kenalan tauke blog ini

Wednesday, 16 April 2014

jumpa para pendidik

Assalamualaikum

aQ tak taw nak letak title apa  . ziarah/melawat/ jumpa pom cam tak sesuai. jumpa ni cam terjumpa kat pasar2 malam ke mall ke . padahal aQ and the gengs pergi skola jumpa cikgu-cikgu  .

selasa lepas clip bertiga pergi skola . actually berempat tapi zela kawan aQ sorang lagi nie workaholic . suke nooo keje . bagos la dia mencari rezeki y halal . so, aQ , mc iah and ajah aje pegi .

sampai kat skola cikgu2 cakap ..cikgu cakap kitorang cam dulu2 jugak. tak rasa cam da dewasa still sweet 17. ehem .anddd.....memang perangai hu ha hu ha  tak abes abes lagi . ajah je la cam baik sket n aQ dan y lain cam baik banyak . wakaka . eh tak tak  . ajah sopan sket la nk banding dengan kitorang bertiga .

cam bese pegi skola jupe cikgu tanya belajar kat mana, kos apa, bla,,bla,,bla ,,bila nak makan nasi minyak ..eh ? hahaha .hari tue keluar dari ofis skola jupe cikgu jak (razak) . cikgu add math dolu masa form5 . cikgu cakap kat aQ 'eh tak besar2, bila nak besar ?'padahal nak tanya aQ tinggi  . eh cikgu nak kene neh ...hahaha . tapi wat lek wat pis jaaa ..orang kurang tinggi ni comey2 jaa . arghh !!mohon setuju dengan setmen prasan aQ neh .

oke  ,,,ni diaaaa clips bertiga haaaa  ...aQ ,mc iah and ajah .


ni cikgu fauziah hanim belanja makan kat kantin .cikgu akaun best ever .bila cikgu try cakap slang besut kelakar bunyi sebab cikgu asal selangor . hahaha .

y kat belakang tue anak dara pingitan .ehem ehem . y kat depan mak dara pingitan  dari kiri cikgu hasnah ajar math mod ,tengah ustazah aniza wati ajar agama la kot sekarang pk1andd ..haa kanan tue la cikgu fauziah hanim .


ni plak dengan cikgu noni cikgu perdagangan dulu tapi sekarang cikgu ajar ekonomi. jupe ramai jugak cikgu tapi tak tersnap ,,duk ralik borak pong pam pong pam  ...hahaha

actually tak puas jupe geng . nak buat camno masing-masing duk jaoh. menjalankan tanggungjawab memasing. elehhh duk dekat pom bukan bole keluar selalu ..haaa ekou ingat senang ke nak keluar , susah kot papa nak kasi keluar even nampak aQ selalu keluar. sampaikan sebab malas nak mintak izin so tak keluar ah . duk dalam rumah . best jugakkkkkkkk. dah kenapa masuk cerita ni plak  ?

best jugak datang jupe cikgu-cikgu. update pasal itu ini. bila cikgu puji bgos korang ni datang skola jenguk cikgu2. haaa masa tue rasa ex stud y paling good2 di  abad ini. hahaha. kalo takde ajah memang sogan weyy nak pegi jupe cikgu. tak paham kenapa sogan padahal pergi berbaju lengkap. heh ?

oke la . bye tu je nak cerita .

*saje menulis elak ngantok pepetang ni .*


Sunday, 13 April 2014

s.e.r.a.b.u.t

Assalamualaikum

rasa dikeheningan malam ni aQ nak merapu meraban  .

aduhh sayang ! serabut rasa  .

if rasa serabut mula lah text orang pom dalam keadaan betol tak betol  , komunikasi dengan orang sekeliling pom nak tak nak . and ...y paling best rasa nak tumbuk  , hempuk je mana2 y dekat dengan aQ. hah  ! ganas !

apa lagi ek nak merepek ni  . haaa kene study 5bab untuk 1subject je tue tapi 1bab pom tak abes lagi . acane neh ?subject2 lain berlambak lagi  .

hurm,,,rasa kan dalam satu hari malas nak fikir hati dan perasaan orang. nak jadi selfish . mati bergolek sendiri la mu kalo gitu  . hahaha. pastue rasa nak lariiiiiiiiiii jaoh dari y kenal and sayang , barulah orang hargai ketiadaan kita  . tue pom kalo orang hargai  . kalo org tak hargai padan muka  ! bahaha 

penyakit lagi satu aQ ni cepat noooo kesian kan org padahal org tak kesian pom kat aQ. sob ! sadis kan ! hahaha  . walaupun aQ nak marah org berapi2 tapi cepat je aQ kesian kat org tue . arghhhh tak suka tak suka perasaan ni. tak suka kesian kan org . tapi  ...tapi  ..nak buat camne hati mak jemah ni selembut sutera. sepatotnye bersyukur bila dipinjamkan hati y lembut tapi well....manusia cam mak jemah neh memang hampeh . tak reti syukur  !

oh naseb baik ade belog y aQ bole merapu  .well ,,,sory tak ilmiah  .tapi kekadang memlalui penulisan dapat release apa y terbuku  .

arghhh dahla penat merapu . seterez lagi hadoo  . aQ nak hempuk org bole tak  ?hahaha 

ya Allah . i miss u . aQ pendosa tanpa nokhtah .

Wednesday, 9 April 2014

muslimah

Assalamualaikum

Muslimah itu ,
terkadang gelak kuat tak henti , terkadang juga minum berdiri , terkadang sebelum tidur trlupa baca doa & ayat kursi ,
terkadang pakai stoking dimulai kaki kiri ,
terkadang aci redah sarung kasut org lain tanpa disedari .
Muslimah itu ,
terkadang gembira sampai trlompat terkinja smbil trsenyum tayang gigi ,
terkadang menitis air matanya laju tak terperi ,
terkadang rasa lemah smpai tak mampu nk bangun2 lagi ,
terkadang rasa marah menguasai diri ,
sampai rasa nk lempang org tu laju2 without mercy .
Muslimah itu ,
adalah manusia biasa ,
yg tak lari dari segala perasaan sebagai manusia ,
yg tak lari dari segala mcm ujian dan pancaroba ,
yg tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya ,
yg tak lari dari buat khilaf dan dosa .
Kerana apa ?
Kerana dia juga manusia biasa . Apa2 pun , yg pastinya , muslimah itu sentiasa bangkit bila trjatuh , sentiasa cuba gembirakan hati org lain walau hatinya sendiri remuk , sentiasa cuba nk improve diri ,
dari semasa ke semasa tnpa henti , walau terkadang dia trsungkur , itu bkn kerana dia lemah ,
tapi itu kerana dia cuba ambil masa utk bangkit semula ,
jadi kuat dari sebelumnya ,
kerana dia berusaha utk mnjadi bidadari dunia , dan juga di akhirat sana ,
insyaAllah :')

copypasta . manfaat. inshaALLAH.

Friday, 4 April 2014

cuti sekolah bermanfaat dan masa manjakan diri

Assalamualaikum

wohooo ,,dah lama aQ nak hupdek pasal cuti skola mac ari tue tapi ni baru hupdek . bajet busy pom yea aQ neh , malas pom yea jugak  .

oke lah .sebenarnya kan waktu cuti sekolah aQ adalah lebih sibuk dari keje . sibuk dengan family la . aQ suka sangat cuti sekolah bole together dengan family . oh indah nye, jupe anak2 buah and bergosip bagai dengan adik beradik . walaupun kadang2 kitorg tak sebulu berbulu tapi alahhhh adik beradik apa la sangat kan. gaduh2 pom baik plak .haaa macam tue la.

actually cuti ni cam plan family nak pegi pulau perhentian tapi sebab nak buat majlis aqiqah si amir bolat so tak jadik. and...ada majlis khatam quran aQ jugak. dah tua bangka baru nak buat . hayya.*tepuk dahi*. dah 2 plan family tertangguh nie 1 gambang water park and pulau perhentian. 

cuti kali ni cam berkualiti lah. sebab aQ follow ma n papa pegi kenduri sedara mara. actually aQ bertindak sebagai pemandu aje. tapi dah alang-alang memandu kan terun ah pegi makan skali . walaupun aQ taw,,aQ makan kat kenduri tak pernah nak kenyang. tak tahu lah jin aprit apa y makan apa y aQ makan. cam hari tue dah balon nasi kenduri ,,tup tup,, pergi beli mc D. huh !

tapi ada sesuatu y berkualiti and bermanfaat y aQ dapat iaitu aQ dapat kenal secara lebih detail saudara mara, erat silaturrahim and improve aQ punya pR .(public relation)

macam biasa pergi makan2 dengan family . tengok gambar aje la .


ni otw ke majlis arwah mak kawan maa. selfie dalam kete. motip  ?


y bawah2 ni pergi makan sotong celup tepung kat penarik , setiu. depan caltex. sedappp!sampai sini pom dah pukul 6lebih. maghrib duk situ lagi. dah makan blahhh crik mesjid.






y ni plak masa hari majlis aqiqah si amir bambam nie.2 ekor kambing. and majlis khatam aQ. eh tadi da cakap rasanye. hahaha





haaa ,,afta cuti .mesti ah keje kan. pada hari ahad y lepas cuti tue . set appointment nak buat facial kat satu spa. col ahkak spa ni set time dia cakap oke ,,bla,,bla,,. balik je dari skola aQ teros shoot pergi !

dah lama aQ nak buat facial tapi susah nak jumpa spa y guna kaedah sedut kat sini. dulu ada satu spa ni dia gune sedut lah atau aQ panggil vacum ,,arghh lantak lah. pastue nak buat untuk kali ke 3. col spa tue dia cakap dah tutup sebab takdek sambutan. aQ rasa best lah spa tue and dia guna produk dr. azimuth tapi kan rasenye takdek sambutan sebab tempat dia tak strategik.

lama jugak lah aQ mencari spa untuk buat facial. aQ masuk je memana spa mesti aQ akan tanya kat sini buang whitehead guna sedut or besi. besi tue y cam bulat dihujung dan hujung satu lagi tue tajam cam jarum. kebanyakkan guna besi.and...kenapa aQ taknak gune besi ni sebab nati dia akan menyebabkan kulit muka mengelupas dan parut. plus sakit woooo .even that spa claim y tak sakit, tak parut bla,,bla,,tapi aQ tetap tak suka !

kat sini memang tak banyak spa. mungkin orang kat sini fikir masuk spa membazir and im one of them. tapi bila masuk cam addicted plak. hahaha. sapa tak suka juz tidur orang y sental kan muka kita urut bagai. best tak best cam tue  ??

tapi ,,tapi,,aQ pegi spa tak pernah ah amek pakej massage ke hape. aQ juz amek normal facial. kahkahkah. and baru 4x sepanjang hidup masuk spa. gaya cerita cam tiap2 bulan kan  ?phuiii !kopak la tiap2 bulan. tapi kan spa y aQ pergi ni mughahh je haaa..y dulu pergi rm30/normal facial.

latest ni rm25/normal facial. perghhhh !tak sangka dengan harga murah cam tue. servis tip toplah bagi aQ. ahkak ni buat kerja dengan teliti bukan setakat siap je. masalah muka aQ adalah whitehead y sangat degil untuk keluar so, dia memang sedut betol2 ah. tak kua  lagik dia wap lagi muka aQ. hurmm,,,masa wap ni aQ tak bape nak tahan sebernarnya. panas la. maybe sebab aQ tak biasa lagik !

aQ kan kan kannnnn memang serabut betol lah dengan whitehead tapi better lah dari naik jerawat kan. if pegi memana tengok si gegirl y takdek whitehead. tros macam,,,,masyallah best nye takdek whitehead. hurm,,aQ ni memang jenis perati and tenung muka . hahaha. selongkar apa y ada kat muka orang, tak kira lah laki ke pompan asal duk dekat dgn aQ itulah y aQ buat. kahkahkah

rasa cam nak pergi lagi je spa nie. lama lak tuh dibelai dmanja,, hehehe. aQ tidur siap mimpi bagai lagik. hahaha. best ! best! sangattttttt berbaloi. balik je gebam gebum suh kawan2 pergi buat facial kat situ . hahaha



oke . itu je nak share . bubye .cam borink kan entry nie. hahaha aQ pom rasa benda y sama.

p/s:nama spa 'saloon n beauty spa' kat jerteh, besut, terengganu.
tepi al-ikhsan, dekat bangunan mara y baru siap.

p/s:kedai sotong celup tepung. penarik, setiu, terengganu.
dekat caltex  . kira opposite caltex.