kenalan tauke blog ini

Wednesday, 25 December 2013

cinta

Assalamualaikum

malam ni feeling jiwang2 ,,pheww

cinta itu cahaya sanubari  ,,kurniaan Tuhan fitrah insani
dan dimana terciptanya cinta  ,,di situ rindu bermula

cinta itu tidak pernah meminta  ,,tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara  ,,berkorban segala-gala

semua kerana cinta  ,,y pahit manis dirasa 
menghibur nestapa merawat luka  ,,damai dijiwa

terpadam api benci permusuhan  ,,terjalinlah kasih sayang
begitulah cinta y di idamkan  ,,tanpa nafsu y mecemarkan

dan jangan pula kerana bercinta  ,,kita pun leka entah kemana
dan jangan pula kerana bercinta  ,,tergadai maruah agama

cinta sejati hanya cintakan Ilahi ,,cinta ayah bonda tulus suci selamanya
cinta saudara masa berada hanya sementara  ,,cinta sesama insan suburkan dengan ketaqwaan


cinta kamu kerana Allah 

Sunday, 22 December 2013

tahlil kesyukuran dan dinner ikan bakar zul

Assalamualaikum

Pada jumaat itu hari kat rumah aQ ada buat majlis tahlil  , eh cup aQ sebenar nya konpius orang panggil majlis tahlil kah or tahlil sahaja  ? hoohoo

tahlil ni dibuat selepas solat subuh. waaaa..awal kengs. orang kat sini memang pepagi dah meghiahhh. aQ bangom pukul 5pagi u'olls goreng karipap untuk pencuci mulut lah kengkonon. afta siap goreng hidang bagai, aQ solat subuh sambung tido balik so, aQ tak dengar la orang tahlil .perrghhh ngok ngek betoi ! aQ ngantok tersangattt la hari tue, eh selalu je ngantok sebenarnya  . hahaha  .

actually buat majlis ni untuk cukur jambul si amir anak buah y paling latest  keluar  pada 18 nov 14  , tapi abang aQ a.k.a abah si amir tue cakap dia da cukur hari ke berapa kelahiran entah  , kan sunat cukur kat depan tu je kan bukan 1 kepala like sholin shoker tuh  .

tapi  , tapi  , sebab nak buat jugak majlis tue so buat la tahlil kesyukuran , mintak selamat segala2nya and bersyukur bertambah lagi ahli keluarga  . Alhamdulillah .

petang jumaat tue papa cukur keseluruhan kepala baby amir. haaaa  ,,jadi lah little sholin shoker .tak silap aQ kebanyakan cucu cucu papa y cukurkan kecuali anak-anak 3rd bro aQ .


hidangan nasi minyak je hari tue. jemput sedara mara terdekat and orang orang mejid (masjid) .tapi sedara nya datang belah belah tengah hari , so kene masak lagi sekali sebab tak cukop tapi y best bukan aQ la y masak . akak aQ y masak . kalo aQ masak rasenya takdek istilah tak cukop  . muahehe



ni haa si amir sebelom botak  ,,bam bam. belom sampai 40 hari dah travel dari kuala lumpur ke terengganu .hebak ah amir , gini la hero . kene lasak lasak  .


proses mencukur kepala . amir masa ni tido tak sedor sedor tokkie duk cukur  . behave betol amir neh ,,bgos memberi kerjasama  . senang betol nak cukur dia even letak dia niarap pom just uwekk uwekk jep . tak nanges pom .


haaa  ,,ni pada malam tuh  . dah botak dah . lagi nampak bam bam  .kuberinama cekebum bum .

pastue semalam , memandangkan memasing nak balik ke perantaun memasing  . so  , 1 family kecuali 3rd bro aQ tak dek tak balik kampung. kitorang pergi makan kat zul ikan bakar  . tempat ni aQ dah pergi 3 kali rasanya  . bestt waa cakap luu  ..if orang besut  , terengganu . mesti kenal tempat ni . famous amos murah lak tuh even aQ tak pernah pom keluar doit sendiri makan kat sini  . hahaha

family aQ nie if balik reramai , kerja projek makan makan n makan . kalo balik kampung takdek istilah nak jaga diet . semua balon , impian nak kurus , hancuss berkecai  . haaa kau kemain ayat aQ. hahaha . and kitorang if berkumpul kerja sembang menyembang tak habes habes .cerita 1 lori memasing  , cam tak jupe bertahun padahal setiap kali musim cuti sekolah jupe , beza sekejap dengan lama jep  . nasib baik jugak la adik beradik aQ ramai guru so ada masa balik kampung even ipar duai bukan guru tapi dorang apply la cuti  . hikhokhikhok

haaaa ,,tu dia tempat  . berhampiran jambatan tok bali.


dibuka sampai 2pg u'olss  ,,tapi senin tutup  . if nak pegi memerlukan kesabaran y sedikit tinggi bukan sebab servis siput tapi sebab orang  ramai y amat kedai neh . tapi ,, tapi  ,,i'olss oke je  .  takde ah lambat sangat pom .

tetiba akak aQ cakap  , cepat la amek pic tag kat akak ipar aQ wife kepada 3rd bro aQ . nawaitu nak kasi jeles lah . nawaitu aje la  , buatnya tidak lagi  . baik kengs aQ. loya tak?  .. ni before sampai makanan  , dah macam macam action dah anak anak buah aQ buat  . 





haaaa  ,,tu dia makanan da sampai dah  . aQ eksaited nak makan y celup celup tepung tuh  . sedap celup tepung kat sini  . kriuk kriuk and sotong dia tak liat , sebab dia goreng sotong y dah dipotong potong . eh paham tak , ke cam kel ayat aQ  .hahaha  . maksudnya sebelom goreng dah potong bulat bulat , kebiasaan orang goreng sekoq sekoq dah masak baru potong potong  .tapi y ni tak camtue .








oke lepas makan tue , baru aQ rase macam eh cam orang geletek je tekak aQ rase cam nak muntah pom hadooo  ,,maybe sebab eksaited pastue makan banyak banyak  . haa that why  lah jadi camtu tue  .

y order semalam pari bakar tak sure brapa ekor  .tapi y bakor bakor tu 6 pinggan kot  and y celup celup tuh 12 pinggang u'olss  ,puas ati gilossss  . hahaha

and total is rm 180 sahaja  . murah kengs  . and dibelanjakan oleh abah si baby amir tuh 2nd bro aQ. syukran jaziilan ya bro  . depan2 tak ucap pom terima kasih , thank you . hahaha  .

Alhamdulillah  , alhamdulillah  , alhamdulillah quality time wif familia  .syukran ya Allah  .

psstt  ,,aQ tak paham betol camera hp aQ bila amek pic malam jep blurrrr  .oh key  ,,mungkin tepon cikai jep  .tsskkk ..sedih  !






Wednesday, 18 December 2013

keburukan pasangan

Assalamualaikum

good morning  ,,
saja up entry pepagi nak avoid tidur afta subuh. weeee

entry ni bukan nak list keburukan pasangan  ,,
ohhh  ! no  ,, no  ,,
hamboii ,,, nak list keburukan orang, keburukan engkau reti plak sorok ye nyah . hahaha

manusia tak terlepas dari khilaf, tak sempurna. so, takyah la nak duk pong pam pong pam sangat duk cerita keburukan pasangan. kita sendiri pom tak sempurna  , ada buruk , ada baik nya. tapi  , tapi  , manusia memang cepat nampak y buruk kan  ? tu la ,, 10 kebaikan y dilakukan tak dapat lindung 1 kejahatan y telah dilakukan. ohh lumrah  ! lumrah di donia y fana neh . 

walau bergaduh bercakaran macam mana pom takyah la duk cerita keburukan pasangan tu pada orang. masa bercinta/berasmaradana/bermesra bagai ,kentut pasangan bole plak bau wangi  , ni contoh la agak hiperbola sket . hahaha.  tapi masa bergaduh , tak ingat dah kebaikan pasangan tuh. pas tue plak duk cerita cerita keburukan pasangan pada orang . lagi best up status kat fB, twitter bagai. satu donia bole taw keburukan pasangan . best ke tak best ?agak2 la kan apa tanggapan orang kat pasangan kita sesudah kita mencanang keburukan pasangan kita  ?

actually  , masa bergaduh memang tak hengat hape kan . y ada dalam kepala hotak mesti hak buruk buruk , busuk busuk perihal pasangan  ,, kan ?hak tu best sangat duk jaja keburukan pasangan kat orang kan. boleh nak ceritakan, tapi find somebody y kita bole percaya untuk cerita. bukan untuk mencanang tapi just nak release apa y tak puas hati . baik, faham ? tapi kan tapi kan ,somebody tue aQ ghase takyah la pilih y berlainan jantina kot2 membuka pintu kecurangan,,ecece  ..bersesuaian dengan hadith Nabi dikhuatiri membuka pintu kecurangan apabila kita cuba luahkan masalah pada orang lain. y aQ maksudkan ni bukan kanselor la, mean kawan takyah la pegi cerita kat dia (berlainan jantina) tak pom kat y pernah taruh perasaan dekat ekau,,haa y neh lagi parah . hahaha. nati bez lorh depa menyucuk jarum lalu menusuk diqalbu mu ,,lalu...berlaku la kecurangan .nauzubillah.

habes da cerita kat somebody tuh,  terus terang kat pasangan apa y tak puas hati supaya next time bole improve jadi lebih baik dalam hubungan .ni da dalam keadaan cool. jangan discuss dalam keadaan marah, buruk padahnya. sebab masa tu masing masing hotak biul  . hahaha

one more thing la nak pesan, if gaduh dengan pasangan , geram tahap nak cekik pom . takyah duk cerita kat parents, nati perspektif parent kat pasangan pom dah jadi lain. and orang tua ni cepat risau. kita bagitahu jaaa hak baik baik kat parent supaya mengumbira kan hatinya.. cewwahhh. cerita hak baik baik y datang pom y baik baik. mudah mudahan. inshaALLAH.

bersyukur and hargailah pasangan y da bole terima baik buruknya kita. jangan disebabkan nak marah , tak puas hati , duk canang 1 donia keburukannya. ingat kita ada maruah nak dijaga, dia pom mesti nak jaga maruah dia. so, senang cerita kita jaga aib orang, Allah jaga aib kita.

ni apa y aQ up kat status fB

Usah ceritakan pada umum keburukan pasangan ,,
kita sendiri pom ada kurangnya . Manusia tidak sempurna .

Nak ke orang tgok selek/sinis kat pasangan kita ??



haaa,, fikir2 kan lah. tindakan mencanang itu baik ke idooooooookk  ??

Friday, 13 December 2013

bicara hati

Assalamualaikum

dah berkurun aQ meng anak tirikan blog neh  ,,
aQ hide kan kepada reader then aQ 'clear' kan apa yang patot  ,,mostly pikca la  .tu y lama tak public kan. sesudah ditapiskan guna penapis tea inshaALLAH takde y sensor dah. hehehe

oke  ,, balik kepada title tuh  . bicara hati tue. hehehe
sebut pasal hati , macam macam hadoo.  sakit hati, ikot hati, jatuh hati ,,oppsss.

warning :entry panjang.

actually  ,,nak coretkan mengenai hati / perasaan and seumpamanya  .ecece

pernah kan terasa hati dengan someone/somebody/parent/siblings ?itu normal la kan dalam kehidupan seharian  ,mana ada y smooth aje. ye dok  ?

masa sakit hati tu , mesti kita akan fikir kita aje yang betol  , orang lain y salah kan ?mesti dalam hotak kita kenapa dan mengapa orang tak faham kita la, kenapa buat kita cam tu la , kenapa sekat keinginan kita la (ni biasa berlaku antara anak and makayah) , persoalan demi persoalan menyalahkan orang lain kan  ?

macam aQ sendiri  ,, time sakit hati  ,,rasa nak pergi jejaoh tinggalkan orang orang tersayang  , off handphone , biar yang tersayangs itu tak dapat detect kita kat mana . *oppss dah terkantoi*. haaa kau jangan memain , hotak tak betol memang cam tuh , nafsu tak di tapis dengan iman memang mengarot pk. hahaha . tapi setakat mana kita boleh pergi jaoh dari yang tersayang and tersayang. takyah nak berlagak sangat la kan, dah lama hidup dengan yang tersayangs tetiba nak tinggalkan, ermm sia sia jep tindakan tu. hohoho

kalo kita sakit hati dengan orang  , nak marah kat orang and nampak orang aje salah. ce duk diam fikir balik,banyak bicara time marah hanya akan membuatkan keadaan semakin 'sakit'. fikir dengan tenang mungkin tu antara kafarah dosa kita . mana la taw dulu mulut kita lancang berbicara menyebabkan orang lain terguris, now turn hati kita plak y terguris. karma oke ! hehehe  . Allah maha mengetahui. Bole jadi ni ujian untuk kita .Ujian datang tanda kasih sayangNYA pada kita .bila ada ujian baru kita reti nak carik DIA kan. eh aQ la tuh . dush. thats why la diberinya ujian.

hati kita, hati orang lain dan y lain ALLAH y pegang so kerja kita doa. moga diberi ketenangan, jadi pemaaf, dan mudah meminta maaf. Ada dua sebab penghalang seseorang dari meminta maaf malu and ego. tapi ego lah yang paling tinggi kan. ye dak ? ye dak ?

taw tak sebenarnya antara doa dimakbulkan adalah mendoakan kepada orang lain. nak nak orang yang menyakiti hati kita. haaaa,,engkau ,,,, mampu  ? dahla buat kita sakit hati nak doa kan y baik baik untuk dia , bole ke idokk ? tehehe. doa aje lah, tak rugi apa pom, bermodalkan masa  and air liur aje pom. doa kan senjata mukmin. 

sila baca hadis ini *ceh skema plak ayat. mana taw tersentuh diqalbu afta baca hadis neh. hekhek

Abdul laits meriwayatkan dengan sanadnya daripada Abdullah bin Amr bin al-'Ash r.a berkata: "seseorang datang kepada baginda s.a.w dan berkata: 'ya Rasulullah, aku mempunyai keluarga y aku hubungi mereka tetapi mereka memutuskan hubungan denganku. Aku baik kepada mereka tetapi mereka zalim kepadaku dan aku tolong membantu mereka dan mereka berbuat jahat kepadaku, apakah boleh aku membalas perbuatan mereka dengan perbuatan y sama ?' jawab Baginda S.A.W : "tidak, sebab jika kamu membalas mereka, maka kamu sama dengan mereka tetapi hendaknya kamu tetap mengambil cara y lebih baik dan tetap menghubungi mereka, maka kamu selalu akan mendapat bantuan dari ALLAH S.W.T selama engkau berbuat demikian'."
-rujukan : mudahnya menjemput rezeki-


susahkan nak buat baik kat orang y sakitkan hati kita. kan ? kan ? haaa ni bisikan syaitonn la neh. dush3. kuatkan diri, jangan terlampau nampak kesalahan orang sampaikan kebaikan dia tak nampak langsung.  

if kita buat orang terguris , reti reti la minta maaf , tak luak apa pom. memang kita tak dapat puaskan hati semua orang tapi sekurang kurangnya kita meminimakan kesakitan hati orang. tapi dalam duk nak meminimakan tu pom terbuat jugak orang sakit hati, kengs  ?  manusia tak lari dari khilaf, kerja kita usaha baiki khilaf tue, pelan pelan. inshaALLAH. Orang tak maafkan, kita doa and doa and doa. ALLAH maha mengetahui seikhlas mana kemaafan kita, so, the rest tawakal lah. Hati kita sakit senang nak handle, eh senang ke ? hahaha.. nanges jugak la sket kan, kata pom sakit hati , kengsss ? takpe minta ALLAH rawatkan hati kita. cari ketenangan denganNYA. doa bebanyak . yea babe yea. tehehe

beautiful face wif beautiful heart. love sejuta . wink wink wink