assalamualaikum.
asal taon baru jep, mesti duk berazam itu ini kan? and rata rata pom orang duk tanya apa azam taon neh ?
huu...aQ takde azam pape pom. cuma apa yang nak dilakukan cuba la berusaha untuk lakukannya. and tak perlu kot hebah hebah. yala kalo tak menjadi malu ler...kalo menjadi alhamdulillah. memang la kita hanya merancang Tuhan yang menentukan. tapi kalo rancang itu ini tapi tindakan haremmm tak buat memang ah sudah tak jadik ! apa yang orang selalu cakap tuh ? cakap tak super bikin ! cakap manyak bikin pom kena manyak ler !
apa yang aQ nak bagitahu just minat di taon baru. aQ sekarang suka 'berpolitik' ? heeee. bukan main politik apa. tapi suka ambik tahu pasal politik. ya ! I'm 22 already. so, tak salah kan ? *angkat muka tegak. dulu dengar politik pom taknak, sekarang siap ambik tahu lagi. kadang kadang siap search kat tenet nak tahu. tapi aQ tak sampai ke tahap taksub lagi la. and tak semua isu politik aQ follow. sebesar zarah tuh mungkin la tahu. *eh sikitnya pengetahuan aQ ? LOL
minat aQ yang lagi satu neh..aQ suka dengar ceramah dari Ustaz Azhar. sebelom neh, kalo mom aQ pasang ceramah kat tv, aQ masuk bilik takpom duk depan tv tapi layan tenet ke, game ke . bukan aQ tak suka dengar ceramah agama neh tapi cara penyampaian tuh memboring kan aQ. tapi at last aQ la yang rugi kan ? kalo nak tahu kemusykilan pape bab bab agama aQ lebih suka bertanya dan membaca.
tapi sekarang aQ dah suka dengar ceramah dari ustaz ni. penyampaian beliau tak borink and kebanyakkan isu semasa and pendekatan terhadap kaum muda . dah tagline pom 'orang muda geng kita' , memang masuk betol ah dengan jiwa orang muda. bahasa yang digunakan jelas and ada orang cakap bahasa yang beliau guna kasar. tapi bagi aQ biasa je kot. sebab kalo baca tafsir pom kita selalu jumpa perkataan 'celaka lah kamu', 'gila'. ni antaranya la. melalui perkataan cam tuh explanation lebih jelas. tu pendapat aQ.
banyak input yang aQ dapat and isyaAllah aQ akan amalkan apa yang aQ dapat. kan pepatah arab ada 'mengatakan ilmu kalo tak amal ibarat pokok yang tidak berbuah.' so, kalo nak pokok tuh berbuah kena la beramal. heeee. tapi mungkin perubahan tuh slow-slow. tak leh drastik, nanti sakit jantung. bahaha. *just kidding. takde la buat setakat mampu dulu tapi jangan tunggu seru. seru neh kalo tak diseru tak datang datang. bayangkan kalo tunggu seru, buat ke tak datang sampai mati. mati kita dalam kesesatan.
oke la . sama sama doakan yang terbaik. makin hari makin tua and makin hari makin hampir dengan kematian. :)
bubye.